Followers

Friday, December 10, 2010

TROFI MUARA GUM-GUM. EPISOD DUA.

Berikutan dari trip aku yang berjaya mendaratkan 2 ekor siakap pada minggu lepas, aku menerima beberapa panggilan dan sms dari rakan-rakan yang teracun oleh repot trip tersebut. Selepas beberapa sesi perbincangan kecil, satu trip di rancang dan bot memuatkan 5 pemancing termasuk aku. Peserta yang lain ada lah, sepupu aku, Azri, Rostam danRosli.

Kami dalam perjalanan menuju ke lokasi menjala udang untuk dijadikan umpan. Udang hidup adalah keperluan utama kami dalam trip ini. Tanpanya, sukar nak cerita. Ikan selunsung ni agak cerewet sikit.Sesi mencari udang dibuat oleh Azri. Pemancing yang jarang turun tapi mahir dalam bidang cari umpan. Cuma dalam gambar tu bentuk jala yang ditebarnya agak kurang cantik sebab dia dah penat kut.


Selesai mencari udang, kami terus bergerak ke lubuk yang kami rancang. Malangnya hanya ikan utik/duri yang menyambut kami. Mungkin arus tidak berapa cantik atau pun kami terlalu ramai sehingga membuatkan sang selunsung menyepi. Ada juga kes-kes yang mengejutkan di mana ada kalanya joran direntap kasar dan sukar di tahan. Dalam trip ni, aku cuma merasa satu getuan kasar dan ikannya berjaya ditawan. Hanya seekor ikan putih saiz stim. Seterusnya kita layan gambar.




Tak lupa juga kami minta umpan anak ikan ketika kami terserempak dengan nelayan pukat tunda ini. Banyak udang dan anak ikan kami perolehi darinya percuma. Sayang, rezeki agak kurang pada trip ini..
Sebelah petang, kami bergerak pulang bersama hasil yang tidak seberapa. Hanya seekor iakn merah, 2 ekor ikan putih, beberapa ekor kerapu. Sang siakap enggan menonjolkan diri..
Keesokan harinya, selepas menghadiri majlis nikah seorang rakan di kampung, aku mengajak anak buah aku untuk menguji lubuk selunsung lagi. Rasa tidak puas hati kerana gagal pada trip bersama rakan semalam. Kami mencari umpan alakadar. Bukan niat mau memancing lama. Turun pun dah pukul 4 setengah. Singgah cari umpan lagi. Lebih kurang pukul lima, sauh di turunkan di lubuk selunsung dan pancing direndam bersama umpan. Tatkala leka memandang suasana petang, terasa getuan kecil dan diikuti heretan seperti ketam.Selunsung, hati kecil ku menerka, joran diangkat pantas sebagai rentapan balas dan sang mangsa di hujung tali meronta dan berenang pantas. Aku berdiri melayan ikan yang tercangkuk di matakail. Tiba-tiba, sang ikan melompat. SELUNSUNG!! jerit anak buah aku. Tanpa disuruh, dia pantas menyauk ikan yang masih cergas lalu mengangkatnya ke dalam bot. Tewas lagi selunsung aku yang ketiga untuk tahun ni.


Semasa menanggalkan mata kail dari mulut ikan, aku teringat pesan seorang otai. Kalau mau memancing ikan ni, jangan bawa rakan ramai sangat. Tiga orang adalah maksimum. Sendiri adalah terbaik. Aku mula mengakui kebenarannya namun, rezeki tetap di tangan Tuhan dan kita hanya mampu merancang. Aku tau, pasti ada lagi rakan yang ingin menduga pecutan ikan ini dan aku mengajak anak buah aku pulang. Cukup lah setakat seekor. Kita cari lagi di hari lain.

3 comments:

mayong said...

oho... tu pantangyna ha... tak boleh ramai2...

❤ Sutera Maya ❤ said...

ya la .. rezki kena share-share .. hikhik

alphakilo said...

bukan juga lah pantang bro cuma tu petua saja. alasan dia adalah kalau ramai bot akan agak bising dan kelam kabut. aku pun sekadar menggunakan petua yang boleh pakai. hehehe..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...