Followers

Monday, November 29, 2010

TROFI MUARA GUM-GUM.

Minggu lepas, aku terserempak dengan rakan yang pernah memancing bersama dengan satu team yang tegar dan gemar bermain di Pulau Tikus dan Libaran. Dari ceritanya, mereka menemui satu lubuk baru yang didiami ikan berskala besar dan gagah. Aku lantas mengajaknya turun bersama dalam satu bot dan dia setuju. Malangnya, sampai masa yang dijanjikan, tiada kelibatnya sampai di Jeti. Aku yang dah bersedia dengan keperluan memancing bermalam merasa agak kecewa. Nasib baik lah kawan tu tiada no hp. Kalau ada, aku dah kol bertalu-talu..

Ketidakpuashatian tu di bawa sampai ke pagi ahad. Rakan lain yang turut mau join dalam trip tu dihubungi memandangkan mereka pun dah laburkan modal untuk trip tu malangnya, hanya Rostam yang ada. Air masih bergerak surut dan kesempatan itu kami gunakan untuk menjala udang sebagai umpan hidup. Namun kesukaran mendapatkan umpan udang hidup begitu mencabar. Cabaran bertambah bila nelayan pukat tunda yang sering aku datangi untuk minta umpan pulak bercuti hari ini tapi hidup mesti terus. hehehehe.. kami terus menyusup masuk ke anak-anak sungai yang kecil untuk memburu umpan udang hidup sehingga pasang mula bergerak.
Saat air pasang sudah bergerak dengan perlahan, aku hentikan aktiviti menjala dan memeriksa takungan tempat udang hidup kami. Dah ada sekitar 30 ekor. Sakit juga pinggang menebar jala begitu lama. Mungkin hampir 3 jam. Cukup lah banyak tu. Memandangkan air pasang bergerak perlahan, aku cadangkan untuk memcari ikan buruan ramai pemancing iaitu SIAKAP PUTIH dan matakail yagn kami gunakan adalah berbeza dari yang selalu ku guna. Di kampung, mata kail di atas di panggil mata pancing tuang.

Malangnya lagi, mata kail tu tak mau di sentuh ikan. Hampeh betul. Napa ari tu bagus guna mata pancing tuang ni. Kami terpaksa tukar jenis mata kail dan perambut dan juga beralih lokasi. Biar lubuk siakap tu sunyi seketika. Kami akan datang kejap lagi. hehehehe.. Di lubuk yang teduh, aku beroleh seekor tabung yang best tarik. Ikan ni makan umpan ikan nipis.

Selepas beberapa minit, sekali lagi rentapan berlaku. MJ pulak jadi mangsa. Aku tengok Rostam dah mula gigit bibir. Maklumlah, dah la hanya sekali dia dihenjut, terlucut lagi tu. Aku pula dah 2 ekor naik.
Selepas beberapa lama kami dilubuk yang teduh tu dan tiada yang menyapa lagi, kami pun pindah ke satu lokasi yang terdedah dengan matahari tapi ni bukan lokasi sang Siakap. Kali ni Rostam dapat naikkan seekor ikan aguhut. Cantik juga lawan ngan ikan ni.
Aku pulak beroleh seekor kerapu saiz stim yang agak malas bergerak. Ingatkan aku tarik ketam. Rupanya ikan kerapu. Selepas 2 ekor ikan tu, ada lagi beberapa anak tabung yang cuma skala 3 hingga 5 jari dan malas mau difotokan. hehehe.. Bila lubuk tu dah mula sunyi, kami bergerak ke lokasi lain lagi dan mengharap ada getuan dari penghuni lubuk tapi tetap tiada sapaan. Kami bergerak ke 3 lagi lokasi sebelum arus betul-betul sesuai untuk menduga lubuk siakap yang selama ini aku sering tertewas. Bila arus pasang sudah bergerak agak laju dan mampu melayangkan batu ladung yang kecil, aku minta Rostam tarik sauh dan kami bergerak ke lokasi dengan penuh harapan. Semoga bakal ada sang trofi menyerah diri. Aku pernah saksikan nelayan melabuh pancing di lokasi tersebut dan mendaratkan siakap skala 7 atau 8 kilo. Aku cukup geram mengingatkannya. Tiba dilokasi, aku dapati, tiada sebarang bot yang berlabuh dan ini memberi kami peluang yang besar.
Kami labuhkan umpan udang hidup dengan harapan yang besar, setengah jam berlalu tiada sebarang sapaan. hampir sejam, aku terasa seperti umpan aku seperti dijentik sesuatu dan dilarikan secara perlahan seperti sang ketam melarikan umpan. Aku teringat pesan seorang otai, begitu lah cara siakap menyapa pemancing dan aku terus membalas sentap. Joran terus melengkung. Kekili bersaiz 3000 lantas menjerit. Aku terus berdiri sambil menikmati pecutan. Ikan mula timbul dikejauhan dan melompat sekali. Aku lantas mengurangkan tekanan drag sebab takut sang ikan rancak menerbangkan diri. Biar dia bermain di dalam air sahaja. Beberapa minit kemudian, Rostam berjaya menyauk sang siakap yang di anggarkan kira-kira 2.6 kilo.. Aku terasa lutut aku sedikit menggigil. Hehehehe.. Dah lama tak rasa pecutan secantik itu.
Trofi yang di cari-cari. Ada juga lesen siakap aku untuk tahun ni. hehehehe..
Gambar jarak dekat untuk siakap pertama aku tahun ni.



Selepas ikan siakap dinaikan, aku labuhkan lagi umpan dengan harapan lagi. Selepas penantian yang juga agak lama, sekali lagi joran Viper Venom aku di uji. Pecutan yang sama seperti tadi sekali lagi ku nikmati. Rostam agak tertekan melihat situasi yang hanya menyebelahi aku. Kali ini, ikan agak degil. Dua kali lompatan akrobatik sebelum didaratkan. Selepas di daratkan, aku cuba bandingan dengan siakap pertama tadi dan ternyata siakap kedua agak besar. Patutlah lagi degil. Selepas aksi siakap kedua, Tiada lagi siakap lain yang menyapa. Rostam pulak di uji oleh talang dianggarkan hampir 2 kilo sebagai ikan penutup dan aku pula disudahi dengan pendaratan ikan gerepoh yang mungkin seberat 600 gram. Malangnya, semua tu didaratkan selepas bateri kemara aku kehabisan cas. Mujurlah siakap kedua sempat difotokan. Hampir jam lima setengah petang, kami menutup tirai pancingan dan mengangkat sauh serta bergerak ke jeti. Apa pun, kali ni pengalaman berharga sudah di rasai. Setting yang aku rasa sesuai untk siakap di lubuk tersebut, sudah di'save' dalam memori. Harap bermanfaat untuk masa akan datang. Aku akan datang lagi mengusik siakapnya satu masa nanti.. ngeh ngeh ngeh..

Tuesday, November 16, 2010

RAKAMAN AKSI SET CAP AYAM vs PARI HARIMAU

Video ini dijadikan tontonan hanya sekadar untuk mengisi ruang lapang.

Ini adalah salah satu koleksi yang aku ada sedikit masa lalu

yang mana masa tu aku masih rajin merakam aksi rakan-rakan

yang sedang bertarung. Nikmati lah bersama.

Monday, November 15, 2010

BOTTOMING DI MUARA GUM-GUM

Hari jumaat sudah hampir melabuhkan tirai senjanya, aku masih berfikir tentang aktiviti yang perlu dilakukan keesokan hari. Bila tiba di kg aku terus bertanya pada anak buah aku tentang perkembangan aktiviti pancingan muara di kampung. Aku di khabarkan dengan cerita yang bagus dan otak pun berkerja. Malangnya aku tak punya masa yang panjang untuk mencari teman. Tanpa fikir panjang, aku offer adik aku untuk bersama mencari lauk dipagi sabtu. Mudah saja untuk dapat persetujuan. Maka pagi sabtu jam 8 pagi kami pun turunkan peralatan yang patut. Peralatan pancing, air dan rambat. Niat hati hanya nak minta umpan dari nelayan yang ada di lokasi. Rambat cuma sebagai insuran. Manalah tahu tiada tempat minta umpan.
Sekejap saja sampai di lokasi. Bukan jauh pun. Kami mencari nelayan yang memukat untuk minta sedikit umpan dan dapatlah ikan 'gelama lembut' (panggilan tempatan) yang aku anggap memang umpan killer untuk ikan merah (MJ).
Ni lah ikan gelama tersebut. Kalau di Muara Gum-Gum, umpan ni adalah yang
terbaik bagi aku. Cuma memang ada kalanya MJ juga memilih umpan yang lain
seperti beliak mata atau pun udang hidup.
Strike pertama mengejutkan aku selepas umpan dilabuhkan. Joran aku hampir terjun
tapi sempat di sambar. Malangnya ikan rabut dari matakail. Selepas srike pertama tersebut, adik aku, Jas pulak menerima rentapan dan berjaya mendaratkan MJnya.

Selang beberapa minit kemudian, aku pulak dikejutkan oleh rentapan MJ, agak kecil
tapi cukup untuk membuat aku tersenyum. Tak kumpau juga lah... hehehe..
Selepas MJ kedua didaratkan, sekali lagi joran aku diuji tapi ikatan perambut aku pulak
yang gagal melepasi ujian. Ciss! Albright Knot terlucut! Nampak sangat aku belum mahir
membuat ikatan tersebut. Hampeh betul

Selepas insiden ikatan perambut terlucut, suasana sunyi seketika. Aku tengok awan tebal dan hitam mula menyelubungi. Hati sedikit terganggu. Belum pun puas memancing. Saat termenung melihat awan mendung berkumpul, salah satu joran aku melentur menandakan umpan dilarikan ikan. aku membalas sentap dan hasilnya seekor ikan tabung bersaiz hampir sekilo. Syok juga layan ikan ni dengan set ringan. Selepas sesi bergambar, hujan mula merintik turun. Memandangkan dah ada rezeki untuk lauk, aku mengajak pulang. Malas nak berbasah-basah.
Jam baru pukul12 lebih dan arus masih cantik tapi kami mesti pulang.
Inilah hasil yang aku bawa pulang. Seekor MJ dan seekor tabung (tanda). Jas pulak dapat seekor MJ dan juga seekor tabung (tiada di fotokan). Petangnya, aku dengar kabar bahawa nelayan tempat kami minta umpan, beroleh MJ 7 ekor dan semuanya bersaiz atas sekilo. Dah rezeki dia. Hehehehehe..

Saturday, November 6, 2010

Pulau Bai, Sandakan melabuh tirai 2010

Hari ni last mancing laut untuk tahun 2010. Destinasi Pulau Bai, Sandakan. Macam-macam dugaan dihadapi dalam trip kali ni. Semua dilalui dengan sabar walaupun rasa macam nak give up. Akhirnya, dengan hanya 6 orang pemancing, kami berlayar ke Pulau Bai, Sandakan untuk memancing.

Yie, pemancing import dari Ranau dengan ikan ketambak. Di belakang langit dah mula menghitam.

Kerapu pulak.

Saya dengan ikan bebolos. Apa nama ikan ni di Sandakan?

Anak kerapu yang selamat di CNR.

Haaa... yang ni tak dapat la nak di CNR.

Ikan apa ntah... Ikan merah la kot.

Cosmack dengan ikan kerapunya.

Nazlee dengan ikan pertamanya dalam trip ni. Gelama.

Dah gambar dekat dengan kamera pun tak boleh lawan saiz gelama Cikgu Jepp. Cissss....

Gelama ke-2 dan terakhir. Hehehehehe.... sabar jer la Yop...

Haji Yassin trolling dalam panas. Pemancing yang tekun walaupun kali ni nasib tidak menyebelahi beliau. Kumpau tahap gaban dia kali ni...

Nazlee, Yie dan Cosmack.

Jivoh dengan aksi terlampau sebab dah geram sangat payah dapat ikan hari ni.

Ni otai punya ni....

Hehehehe... malu la konon naikkan gelama

Tengok ni... tak malu pun. Kui kui kui... Secara keseluruhannya, kata Nasib hasil lebih baik dari hari sebelumnya yang mana, tidak ada seekor pun kerapu berjaya dinaikkan. Hasil tangkapan, saya, Nazlee dan Yie adalah seperti di bawah. Diorang sedekah jer kat saya... Terima kasih semua.



Terlalu banyak kelemahan dalam trip kali ni dan saya telah pun mengambil pengajaran darinya. Mohon maaf pada semua dan terima kasih di atas semangat kerjasama dan persefahaman anda. Selamat tinggal Pulau Bai, Sandakan. Jumpa lagi tahun depan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...