Followers

Monday, April 25, 2011

PANCINGAN DI MINGGU GOOD FRIDAY

Bila memikirkan cuti yang jatuh pada hari jumaat minggu lepas, ingin benar hati mengatur trip 3 hari 2 malam bersama rakan yang jarang dapat turun. Cukup lah sekadar bermain di Libaran. Mungkin kalau ke Puru-Puru agak jauh. Apa yang penting adalah puas berada di laut. Cuaca pun kelihatan baik. Lantas rakan-rakan dihubungi melalui SMS. Kali ni tiada siapa yang menolak. Mereka yang dihubungi bersetuju dengan pantas walau pun pengalaman berhujan di Libaran sepanjang malam sedikit masa lalu masih terasa. Selepas beberapa perbincangan, kami mengambil keputusan untuk singkatkan trip kepada 2hari 1 malam. Perjanjian diukir, pergerakan akan dimulakan pada petang jumaat seawal jam 3.30 petang. Malangnya, setiba aku di kg, seseorang berkunjung kerumah dan mengharapkan bantuan dari aku. Aku memang tiada pilihan. Hanya berharap masalah tersebut dapat diselesaikan cepat. Masalah cuma selesai selepas hampir jam 5 petang. Ahlul trip sudah lama tercongok di jeti menanti aku. Mohon maaf pada rakan-rakan yang terlibat. Juga mohon maaf pada pembaca report ini kerana bakal dihidangkan dengan cerita yang lebih dan kurang bahan paparan.





Selesai menurunkan semua peralatan yang perlu, kami bergerak lewat sekitar jam 6.30 petang. Arus surut sudah pun beransur kurang. Pergerakan kami terbantut bila bot mula meninggalkan muara dan menuju ke Pulau Libaran. Ombak yang dijana oleh arus surut dan angin bertentangan menghalang perjalanan kami. Haluan bot ditukar menuju ke muara semula. Kami berlabuh di muara sambil menanti arus berhenti.



Selepas jam menunjukkan masa sekitar jam 8 malam barulah kami dapat bergerak dengan selesa. Dalam hati aku terasa sedikit risau. Bulan dijangka muncul sekitar jam 10 setengah dan kami cuma dapat bergerak dalam jam 8 sedangkan pergerakan memerlukan masa dalam sejam setengah atau lebih. Maknanya masa untuk menangguk sotong amat terhad. Itu pun kalau ada sotong.






Ternyata kerisauan aku terbukti bila sepanjang malam kami hanya berumpankan udang pasar kerana sotong langsung tidak memunculkan diri. Selepas beberapa kali berpindah lokasi, aku mencadangkan kami bergerak ke kawasan pulau tikus. Kami singgah di takat batu mandi dan mencuba nasib namun tiada apa-apa yang kami boleh harapkan. Selepas di batu mandi, aku memecutkan bot ke Takat Tadika dan juga masih seperti lubuk-lubuk yang lain. Sunyi dan sepi. Hanya beberapa ekor ikan anak kerapu dan keluhan sang pemancing yang kehilangan matakail dan batu ladung kerana putus tersangkut. Aku terlena dilubuk ini sampai pagi. Lantaran aku sebagai tekong sudah terlelap maka yang lain pun turut terlelap. Aku dah tak larat nak berpindah lagi. Takat terdekat pun di Takat Keriting tapi cuaca bukan cerah sangat jadi aku tidak berani ambil risiko.





Paginya baru aku ku gerakkan bot menuju Takat Keriting sambil mengharap agar ada tangkapan yang boleh menghiburkan duka kami. Pergerakan agak perlahan kerana kami bergerak sambil memasak air untuk makan dan minum. Tiba di lubuk, umpan dilabuhkan. Masih berkeputusan sama. Sunyi. Ombak pulak makin menggila. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencuba nasib di muara. Bak kata seorang rakan, sembilang pun jadilah.

Dimuara, kami cuma dihidangkan beberapa tangkapan yang kecil. Sembilang tersebut adalah tangkapan paling besar kami dalam trip ini. Yang lain turut dinaikkan adalah gelama, utik dan kerapu yang juga tak sampai pun 500 gram.




Ini pula tangkapan terbaik aku dalam trip ni. Dua orang ahli komplot lagi enggan hasil mereka di fotokan atau disiarkan disini kerana beberapa masalah teknikal yang sengaja tidak dielak. Aku bertekad untuk mancing sampai habis bekalan umpan yang ada walaupun kami terpaksa pulang lewat petang. Hingga satu tahap aku ter'pengsan' keletihan mungkin dalam lebih sejam. Pemancing lain masih juga berteman pagutan utik yang sukar dijinakkan dengan matakail. Sekitar jam 2 setengah petang, umpan udang pasar kami habis diguna dan kami bersetuju untuk pulang ke jeti bersama cerita kehampaan tanpa sebarang cerita menarik untuk diceritakan pada rakan-rakan lain.







Pagi berikutnya aku ingin menyambung perjuangan dimuara dengan teknik casting tapi lesen dari KDN tidak dapat dikeluarkan. Hanya lesen mengail di tepian sungai berhampiran rumah saja dibenarkan. Itu pun sebab KDN teringin memancing bersama. Ipar aku dan suaminya sudah pun turun awal pagi untuk dapatkan umpan udnag hidup dengan jala. Setiba aku di tepian sungai tempat dicadangkan, sudah ada anak ikan putih di daratkan. Kami mencuba nasib dengan menggunakan umpan udang hidup. Malangnya umpan aku langsung tidak diusik oleh penghuni dalam air. Hanya suami ipar aku yang beroleh seekor MJ kecil. Beberapa minit kemudian, hujan pulak turun membuatkan kami semua lari pulang bersama peralatan yang ada.





MJ milik biras aku. Memang cukup buatkan aku jeles. Ada juga ku cuba turunkan gewang tapi Rapala Shad Rap tidak sesuai direnangkan di lubuk ini.

Jam 12 tengah hari, hujan sudah mula berhenti. Aku yang tidak puas hati terus mencadangkan jeti sebagai lokasi. Walau hujan tak perlu lari lagi. Kali ni aku hanya berteman isteri. Itu pun dia lewat turun. Ku labuhkan umpan hirisan ikan selangat (kuaci). Arus pasang masih bergerak. Selepas umpan hirisan ikan dilabuhkan, umpan isi udang pula ku turunkan untuk menjerat kitang atau belais. Belum pun lama, joran berumpan ikan diusik. Aku balas sentap alakadar. Ternyata mangsa memcicit laju tapi mudah dikawal. Seekor MJ kecil jadi tawanan.

Selepas MJ didaratkan dengan selamat, aku labuhkan lagi umpan hirisan ikan. belum pun terduduk, joran dihenjut ganas. Mujur sempat ditangkap sebelum dijadikan tukun. Bila mangsa didaratkan, Rupanya sang tabung yang punya angkara. Berat baru 600 gram lebih tapi ganas bukan main..



Ikan tabung yang hampir menerjunkan joran aku

Selang beberapa minit kemudian, KDN pula turun. Teruja dengan hasil yang naik, dia terus pegang set udang aku yang berumpankan isi udang. Memang untuk dia juga tu. Saja nak hiburkan hatinya. Ternyata dia tidak dihampakan juga. Seekor kitang bersaiz tapak tangan berjaya menghiburkan dia.


Sang kitang yang didaratkan walau hanya sekadar seekor. Walaubagaimana pun ikan ini dilepaskan semula memandangkan sudah ada dua ekor ikan yang boleh dijadikan lauk.



Bagi aku, keseluruhan percutian yang diisi dengan aktiviti memancing pada hujung minggu ini tidaklah mengecewakan sangat memandangkan ada pengubat lara dari jeti. Sungguh pun begitu, aku tidak berani memberi harapan kepada pemancing yang ingin menduga penghuni lubuk Jeti ini walau pun sudah dua minggu berturut ada MJ didaratkan di sini. Selain dari arus pasang surut yang perlu sesuai, bunyi bising bot yang datang dan pergi juga mengganggu malah kadang-kadang kanak-kanak kampung akan berterjunan di hujung jeti. Namun itu semua terpulang pada pemancing. Apa yang jelas adalah, memancing dijeti tidak dikenakan apa-apa bayaran langsung..

Sunday, April 17, 2011

TRIP SINGKAT DUA JAM SETENGAH

Hari sabtu lagi, dah kedengaran berita tentang MJ. Sang nelayan mendaratkan MJ dengan jumlah yang banyak dengan teknik pancing tradisional. Malangnya hari sabtu pergerakan ku agak terbatas lantaran ada urusan yang lebih penting harus diselesaikan. Maka hari ahad difikirkan masa yang sesuai walaupun agak lewat dapat memulakan pergerakan.
Pada mulanya trip dirancang adalah untuk casting sepenuhnya memandangkan masa yang terhad, arus yang sesuai dan gewang yang sudah lama direhatkan boleh dianggap sebagai alasan yang munasabah. Minyak untuk bot pun masih ada sisa dari trip yang lepas. Cuma bot yang sering aku guna belum siap diservis dan masih berada diatas tanah. Gambar dibawah adalah antara set dan gewang yang bakal dipertaruhkan. Aku turun padang kali ni hanya berteman seorang kenalan baru bernama Max.


Hanya gewang jenis minnow yang ada dalam simpanan aku sebagai taruhan kali ni. Abu Garcia Tormentor dan Yozuri Minnow menjadi peluru kami. Nasib agak malang bila kami tiba di lokasi yang selalu menghidangkan aku sambaran dan pecutan, direntangkan jaring. Aku cuba-cuba mengira, andai kami jatuhkan gewang seperti biasa, apakah jaring yang tenggelam tersebut tidak tercapai oleh gewang. Namun aku kecewa, Jaring nelayan terlalu hampir dengan tempat jatuhan gewang. Mesti gara-gara perkhabaran nelayan yang banyak menaikkan MJ di lokasi tersebut pada Jumaat lalu. Aku terpaksa mengubah haluan. Lubuk tembaring jadi harapan dan puas kami baling gewang malah halco juga diturunkan, tetap sunyi dari sapaan sang penghuni lubuk. Mujur lah aku terfikir membawa umpan udang yang dibeli di pasar batu 8. Memang pancing dasar menjadi pilihan kedua sekiranya ikan culas dengan gewang.

Maka hasilnya adalah anak ikan putih yang menjadi pengubat lara dikala arena casting menjadi hambar. Ikan putih kedua aku selang beberapa minit ikan putih pertama didaratkan. Max masih belum menaikkan mangsanya.

Jam 4.40 petang, aku mengajak pulang memandangkan tuan punya bot yang kami pinjam perlukan botnya untuk turun kelaut sebelum maghrib. Keputusan pancing dasar berumpan udang pasar terikat dengan tangkapan aku 3 ekor anak ikan putih dan Max kosong. Manakala casting pula menyaksikan kehampaan kami memandangkan langsung tiasa hasil. 'Kalaulah dari mula kami dah mancing dasar' gumam aku sendiri.



Inilah hasil pancingan aku dalam trip ringkas hari ini. Ketibaan selewat jam 1.30 tengah hari di jeti dan bot bergerak sejam kemudian mungkin boleh dijadikan alasan yang membuatkan trip kami agak kurang berhasil kerana adik aku yang hanya melabuhkan pancing berumpankan hirisan ikan selangat (kuaci) dijeti pun beroleh 4 ekor MJ dan MJ yang tertumpang dalam gambar terakhir tersebut adalah hasil pancingannya di jeti. Kami tiba di jeti selepas menamatkan sesi pancingan sekitar jam 5 petang.


Nampaknya, ikan muara dah cukup lama bersabar lantaran cuaca yang tidak stabil. Hujan yang selalu membawa lumpur dan selut ke sistem perairan muara membuatkan ikan menjadi kurang aktif. Ketiadaan hujan dalam beberapa hari ini telah mula membuatkan sang penghuni muara aktif semula. Mungkinkah hujung minggu hadapan masih berhias hujan lebat dan angin kencang? Atau cerita kerakusan ikan muara sudah mula diperdagangkan oleh sang nelayan? Kita tunggu. Apa yang pasti, bot biru yang sering ku guna akan beraksi semula pada minggu hadapan.

Sedekah ladung di Pulau Berhala

Kali ni saya mancing di Pulau Berhala dgn Hamdan dan Kiflee. Botman macam biasa la Pakcik Mas jambatan 2 Sim Sim. Sekitar 7:30 pagi kami dah jalan. Berkobar-kobar Kiflee pasal dah 2 tahun tak turun mancing. Umpan kami cuma udang dan sotong BDC jer.
Tak banyak cerita menarik yang dapat dikongsikan bersama. Pagi tu arus agak laju dengan keadaan air yang kabut. Ada la 2 3 kali pindah takat. Takat Parit (menghadap Kampung Sim Sim) agak tenang tapi cuma gelama dan utek yang ada. Ok la, ada juga menarik.
Tengah hari berehat di pantai Pulau Berhala, bersih betul tapi tak sempat nak mandi manda. Lepas makan dan tunaikan kewajipan, perjuangan diteruskan dengan sesi troling.

Set troling traditional Pakcik Mas menjadi taruhan dengan ikan kayu sebagai umpan. Set troling saya sengaja tak diturunkan sebab malas. Selepas 2 round troling, tidak ada 1 pun strike yang kena antara 3 set yang digunakan.
Sambung lagi mancing. Arus pada sebelah petang pun agak laju. Jam 3 petang baru ok skit. Bila nampak anak-anak ikan melompat-lompat, saya agak mesti ada ikan yang besar kat bawah tu, terus saya try casting. Tapi cuma anak-anak ikan tadi yang mengejar. Angin dan arus yang kuat menjadikan saya cepat bosan, lalu meneruskan aksi bottom. Tak lama tu, baru la ada tetuka (anak pari), ikan merah, kerapu, ikan baji dan sembilang.
Hamdan berasa agak kecewa kali ni sebab tak dapat sekor kerapu pun. Dah la pagi terlepas kerapu besar, kail tak lekat betul agaknya. Kiflee pulak yang menjadi. Terus dia ajak pegi lagi. Baru dia kena karan lepas 2 tahun tak mancing.
Masa kecederaan banyak dihabiskan di Takat Parit. Syok jugak layan kerapu kecik-kecik macam tu. Pukul 6 baru kami balik. Ngam-ngam umpan pun habis. Keseluruhannya hasil ala kadar. Alhamdulillah. Kiflee dan Hamdan menyimpan angan-angan nak ke Gobin pulak lepas disajikan cerita menarik serta sikit kelentong dari saya dan Pakcik Mas. Biasa la, kalau takde ajinomoto mana sedap. Hahahaha.... Tapi laporan trip ni ori ha, tak guna ajinomoto.

Sunday, April 3, 2011

Trip mancing laut pertama 2011

Akhirnya pada 2 April, saya menamatkan penantian pancingan air masin untuk tahun ni. Manakan tidak, ni la 1st trip mancing laut untuk 2011. Kesibukan tugas dan cuaca yang tidak menentu menjadi 'alasan' dan penghalang utama. Trip kali ni disertai juga oleh Jas, Kay dan Arbakin selaku ketua trip.

Jam 8 pagi kami bertolak ke takat pertama. Dua buah enjin Yamaha 15hp digunakan dalam trip kali ini bagi menjimatkan masa ke takat-takat berpotensi. Keadaan air agak keruh dengan cuaca yang cerah dan sedikit berangin. Antara ikan-ikan terawal yang berjaya dinaikkan ialah gelama jarang gigi dan utek.


Kay banyak menaikkan ikan utek pada sesi sebelah pagi. Sehinggalah kami berpindah ke spot yang lain, barulah ikan seperti kerapu, pari, ketam dan pisang-pisang berjaya ditawan.




Menjelang tengah hari cuaca semakin panas, sehinggakan saya hampir-hampir mengisytiharkan trip telah sampai kemuncaknya sebab pening kepala dan dah nak pengsan. Mujurlah kapten bot mencadangkan kami berehat sekejap di Pulau Tikus. Makan-makan, baring-baring, tunaikan kewajipan apa yang patut dan berkongsi pengalaman tarikan sang utek pada sebelah pagi.



Setelah bateri masing-masing di'cas', kami pun meneruskan aksi di waktu-waktu kecederaan. Kerapu, belukang, belut dan GT sebagai bonus menjadi penghibur sesi petang.





GT 1.9kg menjadi habuan kapten bot. Kalau la dari pagi parking di sini kan best. Hahahaha... Lantaran asakan GT padu tersebut, joran yang sama gagal untuk menjalankan tugasnya dengan sempurna untuk mangsa seterusnya. Akibatnya, joran Lemax Arbakin patah 2. Kematian bermaruah bagi rod kesayangannya dengan mangsa terakhir seekor GT. Hebat bukan!

Kay menambah koleksi peribadi dengan seekor senangin comel. Lompatan senangin tersebut betul-betul di tepi bot, sehingga air terpercik ke muka dan baju saya benar-benar menerbitkan rasa jeles di hati saya.

Trip di akhiri dengan mandi manda di takat Kapal Buruk. Saya tak mandi sebab lupa bawak pelampung. Maklum lah, tak pandai berenang.


Hasil dibahagi sama rata setibanya di jeti Kampung Sungai Beruang. Trip air masin yang saya anggap ok sebagai permulaan. Nasib baik tak pengsan betul-betul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...