Followers

Sunday, November 10, 2013

Jom Mancing Udang....

Bulan November tiba lagi, lazimnya bila dah masuk hujung tahun, susah dah nak mancing laut pasal Angin Monsun Timur Laut dah mula.. Jadi alternatif lain adalah pancingan air tawar di sungai, kolam, malah parit sekalipun dibelasah kalau ada penghuninya. Bagi saya dan sorang rakan, Cikgu Hamsi, udang galah menjadi percubaan pertama.



Udang galah pertama 'November Rain' 2013



Lokasi mancing udang galah kami hanyalah sebuah parit di tepi jalan.




Budak-budak dari kampung berdekatan pun turut sama mancing.



Udang lagi. Kesibukan kenderaan yang lalu lalang tidak kami hiraukan. Asalkan seronok mancing.



Umpan cacing yang kami gunakan turut menarik minat seekor talapia hitam. Sebenarnya dah lebih setahun kami tak mancing di lubuk ni. Oleh kerana hujan lebat 2 3 hari sebelumnya yang mungkin akibat tempias Taufan Haiyan, menarik minat kami untuk mencuba kalau-kalau udang dah ada.


Cikgu Hamsi, rakan memancing saya pada hari tu.




Sepit biru muda






Udang terakhir pada petang tu. Makin senja makin besar pulak udang yang kami dapat. 



Tujuh ekor udang, sekor talapia hitam. Kira ok la untuk trip udang pertama. Lagipun tepi jalan jer kan.

Sunday, October 27, 2013

Mancing Laut Di Penghujung Musim

Dah lama betul saya tak ikut trip memancing dari Yacht Club, jadi 26 Oktober baru-baru ni saya pun ikut la otai-otai ni memancing.


Jason, Rodney dan Andimax.


Cjepp dan Jason


Bila dua Bob budu dah berjumpa....


Kapten bot kami, Tikea (baju biru paling depan)


Bakry, Ustaz Razali dan Yazid


Bot yang kami gunakan.






Meninggalkan bandar Sandakan.



Ikan mahal oleh Rodney



Ikan bayan. Sedap ni masak sup.


Bob dengan ikan merah.


Ikan kaci/lapek.



Cjepp dengan ikan merah.


Andimax














Hasil kami yang biasa-biasa saja sebab keadaan laut yang berombak dan berangin.







Ikan yang saya dapat. Tak banyak. Sampai rumah, anak yang kecik dah booking nak yang mana satu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...