Followers

Friday, October 30, 2009

Batu Putih The Return

Petang Jumaat 30/10/09, saya (mayong), Alpha Kilo dgn Rostam (Geng Joran Puaka) secara berjemaah ke Batu Putih tempat saya selalu merambat petang-petang. Alhamdulillah cuaca baik, tapi keadaan air yang agak keruh, sejuk dan arus yang laju membuatkan trip ni menjadi lebih santai sekadar riki tempat baru.


Saya dgn Alpha Kilo try la jugak merambat. Ada la udang sikit sikit, boleh buat umpan layan bottom. Sambil tu saya layan popping. Bro Alpha Kilo ajar saya teknik 'walk the dog'. Macam best plak layan popping ni.. hehehe... kalau kena ikan lagi best agaknya.


Sesi pancing dan rambat bermula jam 3:20 petang dan berakhir jam 4:30 petang. Kami pulang awal sebab masing masing ada urusan peribadi yang lebih mustahak dari merambat udang 2 3 ekor dan duduk mencanguk tunggu umpan tak kena makan dengan ikan. Hehehehe...
Apa-apa pun Rostam dan Alpha Kilo nampak berpuas hati dgn spot yang saya tunjukkan ni walaupun tiada sebarang hasil berjaya dinaikkan. Tempat yang sesuai untuk projek camping sambil mancing tahun depan.

Friday, October 23, 2009

Badi berterusan di Batu Putih

Petang tadi saya pegi lagi mencuba nasib di Batu Putih. Saya pegi dgn sorang jiran, yang merangkap sifu rambat saya, Cikgu Roshdi dari SMK Elopura Bestari. Kami masing -masing bawak rambat dan joran. Merambat dulu untuk cari udang hidup buat umpan. Mana la tau kalau kalau hari ni dapat Siakap Merah ke Selungsung ke Kerapu ke Kertang ke Kanai ke... hehehehehehe...

Hari ni buat pertama kalinya saya merambat dapat anak Ikan Belanak, kira best la tu. Pasal apa sebelum ni saya merambat asik dapat anak Ikan Kekek dgn Tapak Sleman jer. Udang hari ni pun besar besar. Kalau kat pasar Bt 8 tu harga dia RM13 sekilo. Sorry takde bukti bergambar. Hasil lain bagi aktiviti merambat hari ni ialah ikan kekek, sotong, udang, tapak sulaiman dan ikan tembakul.

Saya bawak 2 set joran. Satu layan bottom, satu lagi layan casting. Seperti tajuk di atas, badi berterusan di Batu Putih, kumpau adalah satu keputusan yang biasa pada saya. Hehehehe... Kalau dapat ikan tu dah dikira luar biasa tu.

Setelah menukar beberapa kali umpan udang hidup, gara gara dikacau oleh anak-anak ikan (mungkin Ikan Belais kata Cikgu Roshdi), Cikgu Roshdi mendapat habuan sulung pada hari ni, seekor baby MJ yang masih lagi nenen dengan ibu dia. Baby MJ tu beliau CnR dengan harapan dapat bertarung lagi dengannya apabila ia dewasa kelak. Kagum sungguh saya dengan Cikgu Roshdi kerana beliau mempunyai sifat sebenar sebagai seorang pemancing beretika dan berpandangan jauh.

Sesi mancing dan merambat hari ni yang bermula pukul 4 petang hingga 5:30 petang terasa begitu singkat kerana lampu motor Cikgu Roshdi rosak. Jadi kami kena la pulang awal, nanti dah gelap tak nampak jalan pulak. Apa apa pun, saya tetap tak berputus asa. Saya akan kembali lagi ke Batu Putih. Tahniah cikgu dan tahniah jugak kat diri saya sendiri sebab dapat Belanak pertama hasil merambat. Yeeaaahooooo....

Sunday, October 11, 2009

Mancing Belut

Selamat Hari Raya kepada semua yang melawat blog ni. Ni saya nak cerita pasal mancing belut.
Saya mancing belut ni masa balik raya kat kampung isteri, Simpang Jeram, Bakri, Muar, Johor. Bagi yang belum pernah mancing belut, korang mmg kena cuba. Ianya satu pancingan yang unik macam mancing udang galah. Tak perlu set yang mahal. Cukup sekadar tali tangsi 20 lbs sepanjang 1 meter dan mata kail kecik yang agak2 muat mulut belut. Umpan boleh guna cacing. Sebenarnya belut ni jenis pelahap, umpan apa pun dia makan.

Lokasi memancing kami adalah di depan sekolah. Tak payah jauh jauh. Depan sekolah pun ada belut. Tepi jalan besar lagi tu. Makhluk lain yang mendiami parit ni adalah haruan, puyu dan sepat.

Belut pertama saya hari tu, kira boleh tahan la saiz macam tu. Dia punya lawan pun kuat belut ni.

Dua ekor belut pertama pancingan Abg Man (sepupu isteri) dan saya. Yessssss....

Ni la dia rupa lubang belut. Tali yang tertancap mata kail tajam berumpankan cacing perlu dihulur ke dalam lubang belut dan digentel tali tu supaya bunyi air dapat mengganggu belut.
Kalau dalam lubang tu tiba-tiba surut dan kemudian naik balik, itu tandanya ada la belut dalam tu. Bunyi air yang 'bising' akan membuatkan belut 'marah' lalu naik menjamah umpan.
Tarikan pertama dari belut menandakan memang sah ada belut. Biarkan dia tarik dulu, dia baru nak menjamah umpan tu. Lepas tu tarikan tu akan berhenti seketika. Lepas tu belut akan tarik lagi tali tu lebih dalam, menandakan umpan dah ditelan oleh sang belut. Tali digulung di tangan, dan ditarik cermat. Jangan terlampau kasar, nanti terlucut, dan jangan terlampau perlahan. Kalau tak nanti belut akan mengambil kesempatan untuk memebelit ekornya pada lubang-lubang dan akar-akar dalam tanah.
Belut memiliki darah yang banyak. Sebab tu la orang yang mengusahakan ternakan lintah bagi lintah diorang makan belut sebagai alternatif bagi ikan keli.

Belut perlu dibuang perut dan dibersihkan dari darahnya yang banyak kalau nak makan. Ada banyak menu yang boleh membuka selera seperti goreng rempah, laksa, masak kicap pedas, goreng lada hitam, sup, tomyam dan paprik. Saya memilih untuk masak paprik. Terima kasih kat isteri tersayang kerana memahami hobi suami yang suka memancing, dan masakkan belut ni jadi Paprik Belut. Hehehehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...