Followers

Friday, March 7, 2014

MFN Kembali Lagi

Beberapa tahun lepas sebuah forum untuk kaki pancing yang amat dikenali ramai iaitu, MFN (Malaysian Fishing Net) telah ditutup kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan oleh pemiliknya, saudara Vincent Chin. Sejak itu semua forumers hilang tempat berdiskusi dan berkongsi pengalaman walaupun ada beberapa forum lain seumpamanya. Namun nasib baik ada Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya tapi 'feel'nya tak juga sama macam MFN.


Baru-baru ini saya terpandang post saudara Gemang PAT dalam Facebook, yang mana katanya MFN is back. Tanpa menunggu lama saya terus register balik di http://fishing.net.my/


Sejarah MFN dan latar belakang MFN boleh dibaca dari link tersebut. Semoga dengan kewujudan semula MFN dalm versi yang baru ini akan mengeratkan hubungan kaki pancing Malaysia khususnya. Kami di MSP menyeru semua pelawat blog ini untuk mendaftar di MFN untuk menambah dan berkongsi ilmu pengetahuan. Jumpa anda semua di MFN.

Sunday, March 2, 2014

Edisi Pertama di Teluk Labuk

Dah hampir masuk bulan Mac tapi belum ada lagi aktiviti memancing di laut lantaran cuaca di Sandakan yang masih belum mengizinkan. Lantas satu panggilan dibuat kepada saudara Arbakin untuk trip percubaan di sekitar Teluk Labuk. Tarikh 1 Mac dipilih kerana jatuh pada hari Sabtu.


Persiapan dilakukan sebaik mungkin. Jika keaadaan tidak mengizinkan ke laut, kami akan mancing di sungai sahaja. Perahu MSP masih dalam proses pembaikkan, lantas bot khas dipinjam untuk trip ini.


Saudara Rostam dan Arbakin gigih memukat udang di perairan Pantai Dandulit untuk dijadikan umpan terbaik di lubuk yang bakal dikunjungi nanti.


Kesukaran mendapatkan udang umpan, memaksa kami meneruskan aktiviti memancing walaupun stok udang yang ala kadar. Keadaan ombak dan angin menambahkan lagi tekanan yang sedia ada. Tiada satu pun gambar di laut sempat dirakam kerana keadaan bot yang teroleng-oleng dipukul ombak berselang seli patukkan ikan.

Dalam perjalanan pulang sempat juga kami trolling dan casting di sungai. Mana lah tau ada kanai yang sudi menyerah diri, namun hampa.



Saudara Arbakin membahagi-bahagikan hasil tangkapan berupa ikan duri, sembilang, gelama dan kerapu.




Hasil tangkapan yang agak memuaskan untuk tempoh memancing dari pukul 1130 pagi hingga 2 petang di satu lubuk sahaja.


Kami berpendapat Teluk Labuk sudah bersedia untuk dikunjungi kaki-kaki pancing yang berminat menduganya. Masih banyak lagi lubuk-lubuk yang tidak sempat kami singgah lantaran faktor ombak, angin dan kekurangan umpan. Jumpa lagi di trip yang akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...