Followers

Monday, September 16, 2013

Menjenguk Penghuni Bagang

Dah lama betul saya tak memancing di bagang. Lantas kesempatan memancing dengan kawan di airport Sandakan digunakan sebaik mungkin. Persiapan dan perancangan dibuat awal dan sebaik mungkin.



Bot yang kami gunakan. Selesa untuk 3 atau 4 orang pemancing termasuk boatman.



Bertolak dari Batu Putih. Kali pertama memancing dengan Abg Suratman walaupun dah hampir 8 tahun saya mengenali beliau. Hal ini disebabkan kesibukkan tugas dan shift kami yang tidak sama membuatkan sukar untuk mencari hari yang sesuai.



Bob, jarang-jarang keluar memancing disebabkan hobinya yang pelbagai. Kena la bagi bagikan masa pada semua hobinya.


Bagang paling hampir telah kelihatan. Lebih kurang 40 minit dari Batu Putih dengan enjin 30 kuasa kuda.


Bagang, struktur dari buluh, batang nibong dan jaring yang digunakan untuk menangkap ikan bilis. Lampu yang dihidupkan pada waktu malam akan menarik perhatian ribuan atau mungkin jutaan ikan bilis untuk datang. Berbagai ikan turut berkampung di bawah bagang sebagai tempat berlindung. Ianya turut menjadi sasaran ikan pelagik seperti gerepoh, tenggiri, alu alu dan sebagainya kerana banyak ikan ikan kecil berkumpul, memudahkan mereka memburu makanan.



Bob dengan ikan gelama jarang gigi.


(Maaf, gambar rosak)



Makan-makan di laut. Ikan tak makan, kami yang makan. 


Puluhan bagang di perairan Sandakan


Selepas makan kami mengambil keputusan untuk memancing di bagang paling jauh, sebelum berpindah ke satu demi satu bagang dalam perjalanan pulang.



Kami mencuba teknik drifting menggunakan belon. Hasil pembacaan di majalah, internet dan perkongsian rakan-rakan pancing, membuatkan kami teruja untuk mencuba kaedah ini.


Belon pertama dilepaskan.


Disusuli belon kedua. Dua set pancing dgn teknik ini digunakan.



Sambil tu kami sibuk melayan ikan-ikan kecil di bagang seperti agohod, kerisi, cencaru, kerong-kerong, gelama jarang gigi dan ketambak.


Tiba-tiba pancing Bob melentur cantik sambil belon di hujung pecah menandakan ada mangsa di hujung kail.


Sang todak rupanya.



Pinjam dulu ikan Bob tumpang bergambar. Best juga guna teknik ni. Berpeluang dapat ikan lebih besar.



Belut pulak dah.


Pindah lagi ke bagang lain.


Abg Suratman dengan anak ikan merah. 



Sambil kami melayan apolo dan bottom, teknik drifting masih diteruskan. Ada 2 kali lagi sambaran lepas tu namun rezeki tak menyebelahi kami. Pukul 04:30 petang kami bertolak pulang setelah kurang sambutan dari penghuni bagang.


Terlupa pulak nak ambil gambar keseluruhan ikan yang kami dapat. Rasanya ada la 10kg - 12kg hasil kami mancing bertiga dari pagi sampai ke petang. Takpe, lain kali cuba lagi mancing sampai pengsan.

Saturday, September 7, 2013

Mancing Merdeka di Pulau Bai

Dah lama betul MSP tak update blog gara-gara tak mancing. Kami agak sibuk dengan urusan kerja dan peribadi. Namu baru-baru ni saya sempat mengikuti aktiviti kelab DCA Sandakan untuk memancing di sekitar Pulau Bai, Sandakan. Ikuti gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


Masalah sebelum bertolak ke destinasi. Kipas enjin tersangkut pada tali. Abg Nasip terpaksa turun menyelam untuk membuang gumpalan tali kapal yang tersangkut pada kipas enjin.



Bismillah...


Meninggalkan jeti Pasar Sandakan.


Wajah ceria Yik dan Wan semasa dalam perjalanan.



Cyril dengan ikan pertama dalam trip memancing pertama dalam hidup beliau.


Lai masih menanti ikan pertama menjamah umpannya.


Azlan, pegawai praktikal dengan ikan pertama juga dalam trip memancing pertama dalam hidupnya.


Joe dengan anak kerapu.


Cyril lagi.


Saya



Azlan, lagi dan lagi. Tuah pemancing baru.


Joe makan dulu dengan menu orang bujang. Apa pun sedap kalau kat laut Joe.


Lai mancing sambil tidur, gaya penyamaran terbaru agar ikan makan umpan beliau.



Bila ikan tak makan, kami bergambar jer la.


Azlan lagi.



Herman, bos tempat saya bertugas.


Yik dengan ikan pertama beliau di Pulau Bai



Ikan di waktu kecederaan sebelum angin bertiup makin kencang.


Kami bertolak pulang sekitar pukul 03:45 petang bila keadaan ombak makin menjadi jadi, angin serta hujan semakin hampir dengan lokasi kami memancing.



Lai gagal menaikkan hatta seekor ikan pun dalam trip kali ini. Sebenarnya trip memancing ini khas untuk beliau sebelum beliau melaporkan diri untuk bertugas di Kota Kinabalu. Nampaknya memang bukan rezeki Lai.


Dua dua bujang ni nyaris kumpau. Wan dapat sekor gelama.



Azlan yang semakin ketagih.




Dah nak sampai.



Gambar kenangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...