Followers

Wednesday, February 6, 2013

Jadual Pasang Surut Air Sandakan Februari 2013

Jadual ni saya dapat dari blog http://jadualair.blogspot.com/ - JAPSS dan saya kongsikannya bersama di sini. Terima kasih tidak terhingga pada blog JAPSS. Moga ianya memberi panduan dan manfaat pada semua pembaca.


Tuesday, February 5, 2013

Udang Galah Penghujung Musim

Musim hujan di Sandakan hampir sampai ke penghujungnya. Musim kemarau dan cuaca panas bakal mengambil alih dalam tempoh sebulan lagi. Ini bermakna musim mancing udang galah di Sungai Beruang akan berakhir dan lazimnya semua pemancing akan mula cuba turun ke laut sesudah Tahun Baru Cina.


Dua hari yang lalu, Arbakin, Cjepp, Yazid dan Lelek cuba lagi untuk memancing udang galah di akhir musim.  Bagi yang ingin masih memancing udang galah selepas bulan Februari, dicadangkan supaya ke Beluran dan Sungai Kinabatangan, di mana udang galah di sana boleh dipancing hampir sepanjang tahun kecual pada musim banjir.


Yazid


Cjepp

Udang cacing, udang pasar dan satu lagi umpan rahsia menjadi taruhan mereka berempat. Walaubagaimanapun Arbakin enggan berkongsi umpan rahsia yang dimaksudkan. Memang tiap-tiap kali mancing udang, umpan yang berlainan dibawa dan dicuba sebab selera udang ni sentiasa berbeza-beza.


Lelek


Memang benar, udang kebanyakkannya bersaiz M, susah betul nak dapatkan yang sepit biru. Beberapa spot berpotensi dan pernah mencatatkan rekod sebelum ini dicuba, namun keputusan masih sama.


Salah satu halangan yang terpaksa ditempuh bila air surut.






Anak udang yang berpaut pada mata kail, belum sempat masuk mulut dah kena pancing.






Arbakin




Salah satu daripada beberapa ekor udang galah sepit biru yang berjaya dinaikkan, namun masih bersaiz M nak ke L sahaja.






Bila air mulai pasang, semakin sukar untuk udang dinaikkan kerana tahap kemasinan air mula bertambah. Bagi Lelek, dapat melelapkan mata lebih berbaloi dari melayan ragutan kecil sang semprideng.


Cjepp dengan anak ikan puput

Sehingga pukul 6 petang, Arbakin mendapat 18 ekor dengan 100% menggunakan umpan rahsianya, Cjepp 15 ekor, Yazid 12 ekor, manakala Lelek 7 ekor. Sehingga berjumpa lagi dalam eksplorasi udang galah Sungai Beruang akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...