Followers

Sunday, November 10, 2013

Jom Mancing Udang....

Bulan November tiba lagi, lazimnya bila dah masuk hujung tahun, susah dah nak mancing laut pasal Angin Monsun Timur Laut dah mula.. Jadi alternatif lain adalah pancingan air tawar di sungai, kolam, malah parit sekalipun dibelasah kalau ada penghuninya. Bagi saya dan sorang rakan, Cikgu Hamsi, udang galah menjadi percubaan pertama.



Udang galah pertama 'November Rain' 2013



Lokasi mancing udang galah kami hanyalah sebuah parit di tepi jalan.




Budak-budak dari kampung berdekatan pun turut sama mancing.



Udang lagi. Kesibukan kenderaan yang lalu lalang tidak kami hiraukan. Asalkan seronok mancing.



Umpan cacing yang kami gunakan turut menarik minat seekor talapia hitam. Sebenarnya dah lebih setahun kami tak mancing di lubuk ni. Oleh kerana hujan lebat 2 3 hari sebelumnya yang mungkin akibat tempias Taufan Haiyan, menarik minat kami untuk mencuba kalau-kalau udang dah ada.


Cikgu Hamsi, rakan memancing saya pada hari tu.




Sepit biru muda






Udang terakhir pada petang tu. Makin senja makin besar pulak udang yang kami dapat. 



Tujuh ekor udang, sekor talapia hitam. Kira ok la untuk trip udang pertama. Lagipun tepi jalan jer kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...