Followers

Monday, June 21, 2010

Mancing Belut Masa Balik Kampung

Ni la alat-alat yang digunakan untuk mancing belut. Setengah tin cacing, 1 baldi kecik, tali pancing dan mata kail. Kami pergi mancing bertiga. Tertonggeng tonggeng tepi parit depan Sekolah Rendah Simpang Jeram, Muar Johor cari lubang belut.


Adik ipar saya menunjukkan belut yang berjaya dipancing oleh Abg Man. Ni jer sekor yang kami dapat. Abg Man kata air tak ngam. Parit penuh air, gara-gara hujan lebat pada pagi tu. Tak nampak lubang belut.




Oleh kerana dapat sekor jer, terus hilang semangat kami nak masak tomyam belut mahupun paprik belut.

KERTAM BIKIN GERAM

Mendengar perkhabaran dari rakan pemancing yang selalu mengunjungi Kertam, hati ini seperti dipalu. Keinginan yang tinggi membuatkan aku berazam untuk menduga lubuk yang selalu jadi sebutan para memancing Sandakan. Maka dengan itu tersenarai lah nama aku dan seorang lagi rakan yang juga belum pernah mengunjungi Kertam, Cosmack Fahim, dalam satu team pemancing tegar yang selalu mengunjungi Kertam. Kami menggunakan khidmat tekong Kasran. Pada 19 hb jun 2010, kami berkumpul di tempat yang dijanjikan sembelum bertolak ke jeti. Maklumlah, aku bukan tau sangat jeti kat mana. selepas barang dimuatkan ke bot dan enjin dihidupkan, maka bermulalah satu perjalanan yang sangat diidamkan tapi belum tahu apa yang dijanjikannya. Sama-sama kita menikmati gambar yang berjaya di ambil selama trip.

Antara peralatan yang kami pertaruhkan. Aku punya hanya cap ayam ja ada jadi itu yang bakal diturunkan nanti.



Umpan yang telah di sediakan oleh organizer. banyak oo.. mungkin cecah 50 kilo. cayalah..


bot tunda yang di ubah suai untuk keselesaan pemancing. Tekong masih Kekalkan winch untuk kemudahan tarik sauh yang berat.

Persediaan yang tepat mesti dititik beratkan. 'mancing di kertam jangan main-main bro' pesan seorang teman. Kami pun ikut ja apa yang patut. Maklumlah, pengalaman amat cetek.




Dalam perjalanan, ada pemancing yang cuba trolling tapi sepanjang jalan langsung tiada sebarang sambaran. Aku cuma tukang tengok ja.Setibanya di lokasi, semua pemancing menurunkan pancing dan berharap agar ada monster yang menguji peralatan yang dipertaruhkan.. Aku pun tidak terkecuali.


Ini bukan ikan pertama naik tapi ni antara yang besar dan awal dinaikkan. Ikan lain tak sempat di photokan sebab tuannya cepat ja masukkan dalam tong ais.


Saudara Cosmack yang banyak menerima strike dari spesis ikan putih yang kalau tak silap aku ikan ni bernama cermin. Harap maaf kalau salah tolong betulkan.


Ni la mangsa aku. Aku keliru antara cermin dengan sagai tapi yang pastinya ikan ni di namakan ikan putih kalau di sandakan. hehehehe..





Awak-awak yang rajin dan sentiasa bersemangat.. Maaf.. aku segan nak amik gambar tekong. hehehehe.. ni pun amik candid ja.






Aktiviti berendam di air laut menjadi agenda terakhir kami lokasi ni berhampiran di taganak bila hari kedua berada di kertam hasil pancingan masih kurang dan sunyi. Selepas bermandi-mandian, kami pun sepakat bergerak pulang kira-kira jam 1330h,20hb jun 2010.


Antara pemandangan yang biasa di kg Batu Putih. Bot nelayan pukat tunda cukup banyak di sini.Ini lah bot tekong Haji Kasran. Anda boleh dapatkan maklumat dtentang tekong ini di kalangan pemancing laut dalam di Sandakan.







Dan demikian lah trip kami yang agak mengecewakan bagi mereka yang biasa meraih tangkapan yang lumayan. Bagi aku dan Cosmack, cukup puas hati terutama cosmack yang di serang ikan bertubi-tubi hingga ada masanya dia dapat double strike. Sementara aku pulak cuma berjaya mendaratkan 2 ekor ikan dan berjaya membantu rakan menaikkan seekor ikan gerong pulau skala 3 kilo.

Sempat lagi berposing dengan hasil tangkapan. Tahniah teman.. semoga kita dapat bersama lagi di trip akan datang. Terima kasih atas segala bantuan dan panduan. Mohon maaf andai repot ini banyak kekurangan..

















Monday, June 7, 2010

SANTAI CARI LAUK

3 hari sebelum trip, aku ligat berfikir. Hendak atur trip atau tidak. Rasanya dah lama nda tarik ikan ni. Teringat pasal satu lubuk yang baru aku temui dan belum diuji secara maksimum. Tambahan lagi, cerita dari nelayan yang dah puas mengheret ikan di sana amatlah mengujakan. Lantas terlaksana lah satu trip yang langsung tiada pengharapan. Sekadar mencari lauk sahaja.
Sebelah petang, perjalanan amat damai. Suasana yang kadang kala dirindui oleh para pemancing. Aku pun terpegun memandang.
Tiba di lokasi pertama, lampu belum di hidupkan lagi. Umpan belanak di pertaruhkan. malangnya langsung tiada getuan di rasa. huhuhu.. Lantas kami berpindah ke lokasi seterusnya dan berharap sotong memunculkan diri. Umpan belanak di abaikan. Malang sekali lagi, sotong liat nak timbul. sehinggalah lokasi yang keempat. kami beroleh sotong yang cukup untuk umpan.
Dengan berumpankan sotong, maka ikan yang di sasarkan jarang menolak. Sotong pun semakin meriah dan membuatkan tukang tangguk kami sibuk. Aku yang berada di buritan bot hanya diam sambil memegang joran tapi mula merasa bosan. Intai sotong lagi bagus.. hehehe
Asyik intai sotong di air yang diterangi oleh cahaya lampu, Rostam meluru ke arah joran aku pacakkan. Dia perasan joran aku melentur di henjut ikan. Aku lantas mengambil tempat dia sebelum pertarungan berakhir. Hahahaha.. Dan naik la seekor ikan tabung yang cantik saiznya.
bermula dari itu, satu demi satu ikan tabung aka jenahak melarikan umpan sotong kami. Ketiga-tiga pemancing merasa henjutan kasar dan memuaskan..


Ni pulak sotong terbesar yang berjaya di tangguk oleh rostam tanpa belas kasihan. Aku pulak tak sanggup cangkuk di mata kail sebab takut di ngap ikan yang lagi besar. Maklumlah, set pun cap ayam. Takut ikan lari tak cukup air, Aku bertahan pulak tak cukup tali.
Tabung terbesar trip ini. Bisa buat biji mata member merah. hahahahaha..
Hui.. Tak nak kalah juga mamat ni. Semua yang di darat kan pada trip ni adalah ikan tabung ja. langsung tiada kerapu.


Ni pulak antara hasil member sekampung aku. Pakar lampu pam kami. Tanpa dia, susah la kami dapat umpan segar. Lagi pun trip tu, kami cukup bertaruh. Tidak bawa sebarang umpan dari mana-mana. kalau lah sotong langsung tiada, tido ja lah jawabnya..
Suasana pagi pun amat menyejukkan mata memandang. Warna yang kebiruan begitu damai ku rasakan walaupun sepanjang malam tidak tidur gara-gara adrenalin yang sering di renjat oleh pecutan ikan dan tarian sotong..

Sebelah siangnya, kami masih mencuba. Malangnya hanya ikan kecil yang sudi menyapa kami lantas keputusan untuk pulang pun dibuat. Lagi pun lauk dah ada, buat apa lagi mau cari. hehehehe..
Nah.. Semua koleksi tangkapan kami selama trip malam hari sabtu. bahagi 3, memang lumayan juga lah. Bukan selalu dapat begini pun. Apa yang jelas, lokasi kami memancing tu akan terang benderang malam selanjutnya kerana ada beberapa nelayan yang nampak dan kagun dengan hasil kami. Mesti mereka juga akan mencuba tapi itu dah kerja mereka.


Akhir sekali, dalam fikiran, minggu depan mungkin turun lagi... hehehe sementara bulan masih gelap..

Thursday, June 3, 2010

Test mancing Ikan Baung guna umpan Tapa Kemboja

Semalam saya try mancing ikan baung dengan Arbakin kat Sungai Segaliud. Kami mencuba umpan tapa kemboja. Dalam internet kata 5 minit jer dah dapat ikan tapi sejam kami tunggu tiada 1 pun ragutan. Umpan udang pun kami cuba, pun tak dapat. Mungkin jugak air tak ngam (air pasang masa tu).

Keadaan air Sungai Segaliud masa tu. Kami sengaja test umpan tapa tu kat situ sebab dah 3 kali saya dapat baung kat situ. Tapi kali ni memang kumpau.

Umpan tapa dikendalikan dengan berhati hati kerana baunya yang amat menusuk hidung sesiapa sahaja. Kalau terkena anggota badan tanpa berlapik, abis laa... lekat seminggu bau dia.

Jeti baru Sungai Segaliud yang cantik. Siap dengan bangku lagi. Takpe, lain kali boleh test lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...