Jadual ni saya dapat dari blog http://jadualair.blogspot.com/ - JAPSS dan saya kongsikannya bersama di sini. Terima kasih tidak terhingga pada blog JAPSS. Moga ianya memberi panduan dan manfaat pada semua pembaca.
Mancing Sampai Pengsan
Wednesday, February 6, 2013
Tuesday, February 5, 2013
Udang Galah Penghujung Musim
Musim hujan di Sandakan hampir sampai ke penghujungnya. Musim kemarau dan cuaca panas bakal mengambil alih dalam tempoh sebulan lagi. Ini bermakna musim mancing udang galah di Sungai Beruang akan berakhir dan lazimnya semua pemancing akan mula cuba turun ke laut sesudah Tahun Baru Cina.
Dua hari yang lalu, Arbakin, Cjepp, Yazid dan Lelek cuba lagi untuk memancing udang galah di akhir musim. Bagi yang ingin masih memancing udang galah selepas bulan Februari, dicadangkan supaya ke Beluran dan Sungai Kinabatangan, di mana udang galah di sana boleh dipancing hampir sepanjang tahun kecual pada musim banjir.
Yazid
Cjepp
Udang cacing, udang pasar dan satu lagi umpan rahsia menjadi taruhan mereka berempat. Walaubagaimanapun Arbakin enggan berkongsi umpan rahsia yang dimaksudkan. Memang tiap-tiap kali mancing udang, umpan yang berlainan dibawa dan dicuba sebab selera udang ni sentiasa berbeza-beza.
Lelek
Memang benar, udang kebanyakkannya bersaiz M, susah betul nak dapatkan yang sepit biru. Beberapa spot berpotensi dan pernah mencatatkan rekod sebelum ini dicuba, namun keputusan masih sama.
Salah satu halangan yang terpaksa ditempuh bila air surut.
Anak udang yang berpaut pada mata kail, belum sempat masuk mulut dah kena pancing.
Arbakin
Bila air mulai pasang, semakin sukar untuk udang dinaikkan kerana tahap kemasinan air mula bertambah. Bagi Lelek, dapat melelapkan mata lebih berbaloi dari melayan ragutan kecil sang semprideng.
Cjepp dengan anak ikan puput
Sehingga pukul 6 petang, Arbakin mendapat 18 ekor dengan 100% menggunakan umpan rahsianya, Cjepp 15 ekor, Yazid 12 ekor, manakala Lelek 7 ekor. Sehingga berjumpa lagi dalam eksplorasi udang galah Sungai Beruang akan datang.
Friday, January 4, 2013
Puyu On Lure
Hari ini 4 Januari 2013 menyaksikan saya berjaya memecahkan rekod peribadi untuk pancingan haruan. Terdahulu percubaan saya untuk menaikkan haruan menggunakan Berkley Blade Dancer gagal beberapa kali. Lantas gewang ditukar kepada Bakau hardbait RM7.50 yang biasa saya gunakan.
Haruan 1.27kg. Sorry sebab tiada gambar ikan dengan pemancing sebab saya mancing solo hari ni. Kamera pun guna kamera handphone. Agak sukar nak berposing dengan ikan sambil bergambar.
Lepas tu ada la 2 kali lagi sambaran oleh haruan yang marah sebab saya sengaja mengilat di kawanan anak-anak haruan, namun tak lekat. Di akhir-akhir masa gewang saya disambar pula oleh sang puyu (CnR). Kali pertama dalam hidup gewang saya dimakan puyu. Suspen jugak mula-mula, ingatkan haruan. Maka haruan dan puyu menjadi pembuka tirai pancingan saya tahun 2013 ini.
Wednesday, November 28, 2012
November Rain
Macam biasa bila tiba bulan November di Sandakan ni, hujan. Hampir setiap hari hujan sepanjang hari. Lantaran ketagihan memancing yang melampau, satu trip memancing di sekitar Pulau Berhala diatur oleh Rodney. Selain saya, ia turut disertai oleh Jason, Bob dan Cjepp.
Jason dengan karekter biasa seperti orang demam.
Anak kerapu terkecil berjaya dipancing oleh Cjepp.
Bob berbaju celoreng turun memancing buat kali kedua di perairan Sandakan.
Cjepp dengan ikan termahal, Ikan Lahundun/Ikan Babi (nama tempatan). RM80 - RM120 sekilogram.
Pemandangan bandar Sandakan dari salah satu lubuk.
Pulau Berhala
Ikan kaci seberat 990g membuatkan saya tak jadi untuk melelapkan mata.
Cjepp cemerlang dengan ikan-ikan yang best hari tu
Perhatikan bekas biru di depan saudara Cjepp. Ikan yang kami dapat, disimpan hidup-hidup dalam bekas tersebut dengan bantuan pam dan bateri. Ini termasuk ikan selar kuning yang kami dapat menggunakan teknik apollo dengan harapan untuk dijadikan umpan bagi teknik drifting.

Ini la hasil kami yang tak seberapa. Kira ok la kot mancing dalam keadaan arus yang laju dan hujan. Berikut disertakan serba sedikit maklumat mengenai bot yang kami gunakan.
Botman : Lim @ Ah Leong
No hp : 012-8607266
Kos : RM300 (siang) dan RM400 (malam) termasuk umpan dan ais
Parking : Yacht Club Sandakan
Pemancing : Maksimum 6 orang pemancing supaya selesa
Lain-lain benda yang ada dalam bot : GPS, Fish Finder, pelampung, life jacket, bekas umpan hidup.
Komen : Saya bagi 3 setengah bintang sebab Ah Leong masih baru dan belum banyak takat yang power. Servis yang baik sebab tolong sauk ikan dan tanggalkan ikan dari mata kail. Boleh cuba lagi lain kali.
Sunday, October 28, 2012
MENGACAH PENUNGGU JETI
'Pakcik, air cantik ni kalau mancing belanak di jeti..' saran anak buah aku yang berumur 15 tahun sejurus bot ditambat sewaktu kami pulang dari trip mancing udang sehari selepas hari raya haji. Mungkin trip udang yang menghampakan membuatkan anak buah aku bersedia mendedahkan rahsia pancingan belanak yang tak pernah dia ceritakan. Aku acuh tak acuh mendengar. 'Ada belanak ka?' soal aku ragu. 'Mesti ada', jawabnya yakin. Aku mengatakan akan cuba esok kalau ada peluang. Hati masih belum meyakini.
Hendak jadi cerita, esok tengahari aku turun juga ke jeti dan aku tiba disaat anak buah aku sedang bertarung dengan seekor belanak. Gadang dan degil. Aku yang turun dengan tangan kosong bergegas naik ke rumah mendapatkan dua set pancing udang yang sesuai. Itu mangsa ketiga anak buah aku bersama rakannya. Aku memang terlewat. Tidak membuang masa, aku melabuhkan umpan.
Inilah lubuk persinggahan sang belanak.
Pedih mata melihat mereka yang lain mendaratkan ikan satu persatu. Sungguhpun bukan ikan belanak, aku tetap berharap agar beroleh lesen. Belais ka, kitang ka. Tak pun ikan sasaran. Belanak.
Sang belanak yang menjadi lesen ku yang pertama.
Akhirnya sang belanak yang menjadi idaman muncul juga bersama tenaga tentangan yang hebat. Walaupun baru bersaiz lengan tapi mampu membuat kami kelam kabut seketika. Satu pengalaman yang lama ku cari di beberapa tempat yang jauh tapi akhirnya ku miliki di jeti terdekat. Untuk pengetahuan, belanak jenis ini dikenali sebagai mendapong atau andapong di tempat kami. Jenis ni cuma digelar mendapong kalau dah besar mencecah saiz yang melebihi setengah kilo. Sewaktu bersaiz kecil, ianya dikenali dengan nama belanak. Pun begitu, ada sejenis belanak lagi yang aku kenali. Bergelar sembawi dan terkenal degil dan bijak. Jenis ni belum pernah direkodkan tertangkap dengan mata kail di jeti Kg Sg Beruang.
Sedang seronok usik mengusik dengan pemancing lain, aku terasa umpan diragut halus. Joran udang yang lembut di angkat perlahan untuk tindak balas lembut. Tali terue tegang dan joran melentur maksimum. Aku risau ikan akan membelit tiang jeti yang menghiasai lubuk. Mujur juga sang ikan memecut terus ke tengah sungai. Kekili menjerit agak panjang. Sang ikan dilayan dengan cukup berhati-hati. Hati cukup puas tatkala mangsa berjaya disauk. Andapong berskala lebih sekilo tewas selepas satu pertarungan yang cukup mengujakan.
Mungkin tidak seperti stamina ikan susu tapi pecutannya memang mengasyikkan.
Riuh juga suasana seketika. Anak buah aku cakap ini yang terbesar pernah didaratkan dijeti ini.
Gambar kenangan. Hehehehe..
Hasil dua jam tercongok di jeti. Mereka yang lain enggan difotokan. Banyak juga kitang dan belais tapi milik orang..
Satu rekod peribadi yang tercatat dan mungkin sukar untuk ku miliki lagi.
Menurut pemerhatian, ikan belanak tertarik dengan kemeriahan sang kitang dan belais yang berpesta di tiang jeti kerana anak buah aku menggantung seutas tali tangsi yang diikatkan sepotong isi ikan. Sistem rasuah ini ternyata berkesan menggoda belanak untuk mendekati. Set pancing udang bertali 10lb kebawah, berhias seketul batu ladung kecil dan mata kail udang saiz no 3 dicangkukkan isi udang yang dikupas cukup untuk mengheret sang belanak yang pemalu. Tentu cara ini amat berbeza dengan cara yang selalu dipraktikkan di tempat lain.
Apa pun ini satu pengalaman berguna. Satu perkara baru bagi aku. Mengail belanak berumpan udang. Aku masih berharap dapat merasainya dimasa akan datang..
Subscribe to:
Posts (Atom)













































