Followers

Monday, August 31, 2009

siakap bulan puasa

Pagi sabtu lepas (29/08/09) aku rasa boring. lantas keluar cadangan nak gi mancing dari mulut ku. KDN bersetuju dengan syarat dia nak ikut. aku ok ja.. bawa sekali anak buah yang sanggup berpanas walau pun puasa..

kami menjala udang untuk umpan tapi payah oo dapat udang time air gini.. dekat 2 jam gak untuk dapatkan 24 ekor udang hidup.. hmm cukup le tu. bukan lama pun mancing.
lubuk pertama, ni lah hasilnya.. talang seekor.



tapi lubuk pertama panas. terdedah ngan matahari jadi kami pindah ke lubuk ke dua. main tepi bakau. teduh sikit dan hasilnya selepas beberapa strike gagal..



ini hasil anak buah di lubuk kedua.. mana kala KDN tak dapat apa-apa dan tak mahu gambarnya diambil.



hampir jam dua petang, kami sepakat pulang sebab dah ada lauk dan memang tak larat dah pun.. hehehe cukup lah.. esok lagi.


Cuti mancing...


Takde cerita mancing baru nak saya upload kat sini pasal saya cuti mancing sepanjang bulan puasa ni. Mesti ada yang tanya, "Apa? Bulan puasa tak boleh mancing ke? Puasa batal ke?" Bukan macam tu tapi saya ni cepat sikit letih kalau tak makan minum. Al maklum lah ketahanan fizikal dan mental setiap individu tu berlainan. Saya cuma lah insan yang lemah. Hehehehehe...

Ikan Tebal Sisik

Saja nak share port mancing santai petang petang. Port ni kat Taman Fajar Perdana, ada kolam belakang rumah Cikgu Abidin (Sarawakian). Syok jugak tempat ni, tapi dulu la. Ada ikan Talapia, Haruan, Ketutu dan Tebal Sisik. Ikan Puyu dan Keli tak pernah pulak saya dapat kat sini. Dulu tempat ni bersih, siap ada jeti lagi yang dibuat oleh tuan rumah untuk keselesaan pemancing. Katanya "Korang nak mancing, mancing la puas puas. Jangan kau pasang pukat dah la". Bagus jugak cikgu ni. Tapi sekarang jeti pun dah roboh, belakang rumah dia pun dah naik semak. Cikgu ni sibuk dengan urusan lain. Kalau nak casting Haruan ni la salah 1 tempat yang kena pergi selain Taman Airport dan belakang JPJ. -mayong-

Thursday, August 27, 2009

ikan lupi/lape aka kaci

nak letak video member sikit.. nick dia mayaboys.. kalau korang kenal baguslah..
dia ni memang suka mancing.. mancing tak kira masa. asal ada peluang mesti dia mancing..
best tak bunyi drag dia? hehehe

Tuesday, August 25, 2009

pecutan pecah periuk.

video ni sempat di rakam masa aku memburu ikan pecah periuk di laut teluk labuk. memang best layan spesies ni.. cuba-cuba lah cari nipah/benda hanyut cam tu pastu labuhkan umpan tanpa batu ladung. best mancing ikan ni

Monday, August 24, 2009

pengalaman pertama memancing


saya pun nak cerita gak pengalaman pertama mancing nih. masa tu saya masih kecik lagi.. umur dalam 8 tahun kot. tak ingat sangatlah. nak sangat ikut ayah gi tarik udang. masa tu ayah masih ada kapal tarik udang. bila masa nak rehat makan, saya labuhkan koyan 50lbs berumpankan udang segar. sambil makan, koyan yang di ikat kat tiang kapal terus diperhatikan. tiba-tiba ikatan mudah lucut yang saya buat kat lati langsi koyan tersebut, terlucut dan botol minyak tempat menggulung tali tangsi melompat-lompat. saya terus sambar tali tapi larian ikan tak dapat dikawal. dengan pantas, tali yang ada dalam gelung habis ditarik. apa lagi, tahan botol je lah. ayah jerit "lepaskan botol tu.." saya pun terus lepaskan. tinggal tengok ja botol tu tenggelam. sedih gak sebab ikan dah terlepas.. heheh rupanya ayah bukan nak lepaskan ikan tu. dia asyik tengok ke air. tiba-tiba botol tu timbul ke permukaan air jauh huga lah kira-kira 20 meter dari kapal. ayah terus hidupkan enjin dan ikatan kapal dileraikan lalu ayah mendekati botol yang masih bergerak sedikit.. pantas botol ditangkap oleh ayah bila kapal dah dekat botol. ikan masih ada di hujung tali. ayah melayan dengan sabar. susah juga saya pada pandangan saya tapi ayahkan berpengalaman.. kira-kira 20 minit, ikan terkulai di permukaan. ayah terus tikam dengan parang. ikan pari yang besar bagi saya yang masih budak ni. ikan selamat di naikkan dan sayan cukup berbangga walaupun bukan saya yang naikkan tapi saya yang pasangkan umpan. hehehe tapi citer ni takde kena mengena dengan gambar tu. sori yek.. gambar tu antara aktiviti masa mula-mula saya guna joran dan kekili..

1st Time Mancing Dalam Hidup


Aku ingat lagi 1st time aku mancing masa aku darjah 3 sekolah rendah (umur 9 tahun / 1991). Masa tu mancing kat longkang jer. Dah lama aku perhati ikan dalam longkang tu. Asal jengah jer dalam longkang tu, mesti ada gelombang ikan yang berdesup masuk dalam culvert. Menurut kawan kawan sepermainan yang lebih tua, ianya adalah Ikan Haruan.

















Maka strategi pun disusun untuk memancing ikan tersebut. Pakat pakat dengan 2 3 oarang kawan beli tali tangsi dengan mata kail kat kedai katun (kitorang panggil kedai katun pasal tokei kedai tu jual segala barang mainan yang melalaikan zaman kanak kanak. hehehehehehe...) Tak ingat pulak berapa sen masa tu beli mata kail dengan tangsi. Tangsi ikat kat kayu, aku guna umpan anak belalang. Ikatan pun ntah apa apa. Main belasah jer. FG knot? Huh! Simpul manuk pengakap pun tak pass lagi masa tu. Kawan plak guna umpan cacing. Siap ludah lagi kat cacing tu ikut petua orang tua tua. Kami pacak jer kayu tu kat tepi parit, esok baru check.

Keesokkan petang, kawan aku yg angkat dulu pancing dia. Takde hasil. Pancing sorang lagi kawan aku plak hilang. Giliran aku plak angkat. Menggelupur ikan tu. Yessss... dapat jugak ikan yang selama ni aku tak tau ikan apa. Punya la bangga masa tu, kawan kawan semua berkerumun kat aku. Hahahahaha... terer tak aku mancing ikan? Lepas tu aku pun bawak balik rumah ikan tu. Post moterm dilakukan dengan hati hati. Rupa rupanya tangsi kawan aku yang hilang tu jatuh dan terbelit kat mata kail aku. Umpan anak belalang aku sikit pun tak terusik. Jadi maknanya Haruan tu makan umpan cacing, dan yang ikan tu makan bukan pancing aku, pancing kawan aku. Hahahahahaha... tak kisah lah, yang penting masa tu aku dah rasa macam mana tarikkan Ikan Haruan. Sorry la my fren... Hehehehe...

Sebenarnya aku ni dulu pun memang kaki main longkang. Kadang-kadang dalam 1 hari tu 2 3 kali balik tukar seluar sebab jatuh longkang. Main longkang, tangkap anak ikan seluang. Balik rumah simpan dalam akuarium plastik bulat yang mak aku belikan. Esok semua ikan tu mati. Bila dah mati baru mak aku cakap, "ikan tu nak kena ada pam, lepas tu pulak air tu ada klorin, memang la dia mati". Owhhh... satu pengalaman yang cukup berharga. Kata orang putih "Experience is priceless" Kui kui kui... -mayong-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...