Gambar kenangan Rostam dan sepupu kepada Arbakin semasa kami memulakan perjalanan pada pukul 08:40 pagi. Kami rasa sungguh bersemangat pada pagi tu selepas mendapat tahu ada nelayan di kampung mendapat seekor tembaring seberat 5kg pada hari sebelumnya. Mana la tau, nak cari siakap dapat kanai.
Singgah sekejap ke bot pukat tunda untuk meminta sedikit umpan ikan. Terer beliau ni... 2 ekor dah MJ dia dapat hasil memancing guna hand line.
Lepas tu kami pun start la mancing. Setting sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan air dan ikan sasaran. Dalam trip ni saya lebih gemar ikut nasihat kapten Arbakin. Ikut dia punya setting.
Almaklumlah, dia kan dah ada lesen siakap.
Oleh kerana air pagi tu tak berapa sesuai untuk cari siakap, jadi kami pun mancing ikan-ikan lain dulu...
Sesudah berehat makan tengah hari, kami pun cuba sekali lagi ke lubuk siakap. Sebelum tu cari lagi udang, sebab udang pagi tadi hampir habis dimakan oleh ketam dan ikan utek.
Malangnya trip kali ni berkeputusan sama macam minggu lepas. Saya sendiri cuma dapat ikan tetanda dan sembilang. Mengikut kata kapten, ada kemungkinan pergerakan kami agak bising sehingga membuatkan sang siakap takut nak dekat umpan. Memang lepas ni kena bergerak ala komando la jawabnya. Lain-lain ikan hari tu, ikan putih, ikan sumpit-sumpit dan ikan buntal the buntil.
2 comments:
hebat kamera man tu.. timing dia ngam. hehehe.. aku dah cuba banyak kali tapi nda juga dapat yang sebegitu..
lain kali kalau ada trip yg best best, kita ajak cameraman tu supaya gambar pun best best... kalau dia jual mahal, kita tak payah suruh dia bayar. kira free of cas ja... amcm?
Post a Comment