Selalunya, bila memancing dalam cuaca yang sejuk, hasil pun kurang memberansangkan. Mungkin ikan juga kurang aktif pada masa sebegitu. Sungguhpun begitu, ketiga-tiga peserta dapat menjinakkan tangkapan masing-masing walaupun bukan spesies harapan. Hasrat adik aku ingin menguji set barunya juga tidak terlaksana lantaran tiada penghuni handal menjamah umpan. Jom tengok gambar. Entah ikan apa yang ada..
yu 'tokek' diberi nama oleh nelayan tempatan. Satu-satunya ikan yang berjaya merebut umpan udang hidup dari amukan ikan kecil didasar lubuk. Ikan ni dilepaskan bersama sedikit amaran supaya tak mengulangi kesilapannya lagi. hehehe...
Antara hasil yang Jas raih berumpankan udang yang dibeli. Kebanyakan hasil tidak difotokan kerana sebab hujan dan ikan kurang berkualiti seperti utik dan gelama. hehehe..
Aku cuma ada satu tangkapan yang boleh dibanggakan iaitu seekor sembilang atau gemang. Aku sangka aku bertarung dengan kerapu saiz sekilo dua sebab larian ikan ni hampir sama dengan ikan kerapu. Ternyata sang gemang yang menyembat udang kopek aku. Besar juga la. Hasil aku yang lain cuma utik, gelama dan beberapa ekor kerapu saiz bibit. Dilepaskan sahaja.

Sang gemang ditimbang setiba kami dijeti kira-kira jam 4 setengah petang. Cecah 2 kilo. Mungkin ini sembilang terbesar yang pernah aku daratkan..
Inilah semua hasil kami bertiga dalam trip cuaca sejuk ni. Untuk pengetahuan, kami menduga 4 lokasi dalam trip ini iaitu, pulau baru, scow karam, keriting dan kapal buruk. Hanya di kapal buruk dan pulau baru yang ada sedikit sambutan. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan pulang walaupun dalam keadaan yang sedikit kucah dan cuaca yang agak kelam. Semoga trip akan datang tidak berteman cuaca sejuk dan kucah.