Followers

Wednesday, October 1, 2014

Kembara Sukau, Kinabatangan

Berbulan-bulan lamanya kami merancang untuk memancing di Sungai Kinabatangan. Namun akibat kesibukan masing-masing, aktiviti tersebut seringkali tertangguh. Akhirnya 27 Sept lalu kami berkesempatan juga ke Sukau, Kinabatangan.



Umpan cacing oleh Bob. Mau dekat 200 ekor banyaknya.


Yazid pula ditugaskan cari umpun-umpun. Arbakin sediakan umpan sawit peram, pengangkutan ke Sukau dan minyak bot. Razak, selaku pemandu utama kami di Sukau, juga menguruskan bot yang bakal kami guna.



Semua umpan telah siap kami sediakan sehari sebelum tu sebab kami rancang untuk bertolak dari Sandakan seawal jam 4 pagi.


Pukul 05:30 pagi kami dah hampir sampai ke Sukau.



Kami berhenti sarapan dan minum pagi di Kampung Sukau.


Evergreen Lodge menjadi tempat kami berkumpul sebab kami akan menyewa bot lodge tersebut.



Pandangan hadapan Evergreen Lodge. Lodge yang bersih, selesa, dilengkapi kipas, aircond, makan minum dan dikelilingi pokok buah buahan tempatan. Harga pun sangat berpatutan.



Selfie dulu sebelum turun.


Inilah bot yang akan kami gunakan. Sewanya RM50 untuk satu trip. Minyak kena bawa sendiri. Khidmat boatman juga disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Kami minta Arbakin jer yang jadi kapten bot pasal dia dah biasa. Dapat juga jimatkan kos.


Lokasi pertama yang di tuju, Sungai Resang. Salah satu cabang anak sungai di Sukau. Beberapa bulan lepas Razak dikejutkan dengan kumpulan ikan yang banyak di sini. Balinglah apa saja gewang, semua disambarnya. Namun kunjungan kali ini tidak seperti yang kami harapkan. Ada jugak la ikan dan udang tapi kecik-kecik.


Kami berpindah pula ke persimpangan masuk ke Sungai Resang. Barulah kami dilayan oleh udang galah.



Bob yang kali pertama mancing udang galah semakin mengganas. Lepas dia, dia lagi.




Hanya Yazid dan Bob berselang seli menaikkan udang. Razak dan Arbakin pun sibuk juga tapi dilayan oleh ikan lais dan ikan duri (ikan kokok panggilan tempatan)



Jam 12 tengah hari kami balik ke lodge untuk makan tengah hari dan berehat. Kami turun semula sekitar 1:30 tengah hari dengan semangat baru.


Yazid yang tersenyum kenyang lepas makan tengah hari akhirnya tewas, sempat jugak dia layan mata dalam 15 minit.


Lokasi seterusnya adalah Sungai Menanggol. Sungai ini dikatakan sangat merbahaya kerana didiami oleh banyak buaya. Masa berhenti sarapan pagi pun kami dinasihatkan oleh makcik tu supaya berhati-hati jika ke Sungai Menanggol. "Awas kamu kalau nampak kayu hanyut, memang nampak macam kayu tapi kadang-kadang, dialah tu", katanya lagi.



Arbakin dengan udang galahnya.



Mudik lagi ke hulu sungai.


Ada lagi.




Petai gajah atau petai gergasi yang tumbuh liar di tepi sungai menarik perhatian kami.


Sebelum pulang kami mancing di jeti sebuah resort terbiar untuk menghabiskan umpan.



Banyak juga Bob naikkan ikan lais hari tu. Sungai Menanggol juga sebenarnya adalah lokasi tumpuan pelancong untuk melihat monyet belanda atau proboscis, orang utan, burung enggang, dan lain-lain. Kalau nasib baik, dapat la tengok gajah pigmy dan buaya.


Lebih kurang 10 buah bot pelancong juga masuk ke Sungai Menanggol petang tu.


Perjalanan pulang kami ke Sandakan diiringi hujan lebat. Trip memancing kali ini saya simpulkan sebagai ala kadar sahaja. Pengalaman baru mancing di Sukau, Kinabatangan. Kami berpendapat masih banyak lagi ilmu mancing sungai yang perlu kami pelajari. Jumpa lagi dalam trip akan datang.

Tuesday, September 23, 2014

MENGGEGAR KERAPU REMAJA

Assalamualaikum.. rasanya cukup lama aku tidak menyumbang cerita di blog ini. Ruang dan peluang sangat terhad. ditambah lagi bot MSP yang jadi tunggangan laut aku sudah bersara, maka trip mancing tidak dapat di atur dengan teratur. 

Trip ini pun trip yang lama. Kira-kira sebulan yang lalu. Trip yang diatur bersama dengan seorang nelayan yang ada sebuah bot bersaiz selesa. Bagaimana pun, sang pemilik bot tarik diri saat akhir. Tinggal aku bersama dengan seorang rakan sepejabat yang akan turun menggegar lubuk yang sudah lama tidak dilawat. 



 Bot nelayan yang kami guna memang sarat dengan pukat. Terpaksa bertungkus lumus memindahkannya ke atas jeti. hampir sejam juga aktiviti tersebut.  


Ayai, seorang pemancing yang gigih menari pengalaman. Beraksi dengan kerapu yang mengujinya. Dia pemancing pertama, kedua dan ketiga mendaratkan kerapu. 


Kerapu keempat barulah mau menghibur aku yang mengharap. Kurang pada saiz kali ni tapi layanan tetap ada.


 Lagi kerapu yang berjaya didaratkan.. 

Oleh kerana arus semakin laju, masa kami semakin pendek jadi tiada sesi bergambar lagi di buat demi menjiatkan masa. Pun begitu, aku cuma berjaya daratkan 6 ekor kerapu dan Ayai juga dapat 6 ekor spesies yang sama. 


Trip berakhir dengan jumlah tangkapan seri. Itu pun sebenarnya kami pulang terlalu awal. Kami cuma berbekalkan 24 ekor udang hidup sebagai umpan. Ada pun umpan tambahan yang kami bawa langsung tidak dipandang oleh penghuni lubuk.

Trip akan datang tetap dirancang cuma melaksanakannya yang sukar. Kesibukan hal dunia, ketiadaan bot menjadi setiap perancangan sukar dilaksanakan. Ada rezeki, ada trip akan ku coret juga di sini.

Tuesday, August 26, 2014

Melayan Alun di Bagang

Seakan sudah dapat dijangka akan lewat, berkali-kali Law / Harata Takimasi mengingatkan saya yang bot akan bertolak meninggalkan jeti jam 5 pagi. Ini untuk memudahkan kami memudik keluar ke muara memandangkan dasar sungai yang agak cetek.


Penyudahnya seperti trip-trip yang lain, masalah delay kerap kali berlaku. Pukul 05:45 pagi baru bot meninggalkan jeti tapi saya tetap berpuas hati sebab ini la pertama kali saya keluar memancing seawal ni.


Suasana awal pagi di muara Sungai Obar. 


Mentari merah di ufuk timur.


Kapten Tamin, pakcik kepada Law memecut enjin 15 kuasa kuda. Memang laju betul dia bawak bot. Destinasi dan target kami dalam trip ni, ikan-ikan di bagang.



Bagang pertama di antara puluhan bagang di sekitar Pulau Libaran yang kami singgah. Law terus dengan set Micro Jigging beliau.


Baru 2 kali pam jig dah disambar rakus oleh ikan misteri.


Ini lah gambar saat-saat akhir sebelum tali utama putus akibat geseran dengan tiang bagang. Lebih malang lagi tak berapa lama lepas tu hujung joran beliau patah akibat kecuaian diri sendiri. Apa lagi nak dikata.


Kami berpindah dari bagang ke bangang untuk mencari hasil tangkapan yang lebih baik. Kesan akibat ikan terlepas, jig hilang dan joran patah, Law mula hilang fokus dan motivasi diri. Pening dan muntah-muntah. Tambahan pulak permukaan laut yang beralun sejak kami melewati muara Sungai Obar. Kami terpaksa meninggalkan beliau di sebuah bagang untuk beliau berehat, sementara saya dan kapten bot meneruskan pancingan di lain-lain bagang.



Namun hasil tak seperti diharapkan. 


Ok sudah kau Law? Jom mancing lagi. Mancing biar sampai pengsan.


Law gigih layan jigging dari atas bagang walaupun set yang digunakan kurang sesuai. 


Sekali lagi, mungkin hari ini bukan nasibnya, joran kedua pulak patah tiga.



Kami teruskan jugak mancing dalam keadaan laut beralun. Memang kurang selesa tapi apa boleh buat.


Sebahagian hasil pada hari tu. Biasa la ikan bagang, kecik-kecik tapi pelbagai. Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...