Followers

Saturday, July 31, 2010

Pertandingan Memancing di Kompleks Sukan Sandakan

25 Julai 2010. Tarikh yang ditunggu tunggu oleh semua pemancing Sandakan khususnya pemancing air tawar. Mana tidaknya, buat julung julung kalinya Kompleks Sukan Sandakan menganjurkan pertandingan memancing di kolam (tak sesuai rasanya kalau dipanggil tasik) kompleks tersebut. Maka sejak awal pagi lagi berduyun duyunlah pemancing turun untuk mencuba nasib di kolam larangan tersebut. Yuran RM10 dikenakan bagi setiap joran yang digunakan. Bagaimanapun, maksimum hanya 2 batang joran dibenarkan bagi setiap pemancing.

Tepat jam 9 pagi siren dibunyikan menandakan pertandingan dimulakan. Macam-macam gelagat pemancing dapat diperhatikan. Set joran dari set udang, surfcast hinggalah set YFT. Ada jugak yang guna teknik casting. Cuma tak nampak pulak yang guna teknik fly. Umpan pun bermacam macam jenis. Dari yang original ke homemade. Dari sewangi wangi umpan ke sebusuk busuk umpan. Semuanya dengan 1 matlamat, iaitu mendaratkan ikan terberat, yang bernilai RM300.

Seorang kawan dengan hadiah sebuah hamper cabutan bertuah. Belum pun pertandingan mula dah dapat hadiah. Memang betul-betul bertuah.

Brader Cosmack, Arbakin dan Yazid memilih untuk memancing di belakang barisan pokok bunga raya. Paling dekat dengan meja urusetia dan tempat timbang. Dengan harapan kalau dapat ikan boleh cepat-cepat hantar timbang. Mana la tau kalau-kalau dapat ikan mega dalam 'waktu kecederaan' nanti. Hehehehe...

Cuaca yang semakin panas menjelang tengah hari membuatkan segelintir kaki pancing memperlahankan rentak dengan berteduh, bersiar-siar, makan-makan, kacau awek, curi teknik pemancing lain disamping menceritakan rekod ikan terberat yang pernah terlepas. Memang menyeronokkan apabila bertemu dengan orang yang sama hobi dan minat ni. Macam-macam cerita keluar.

Yazid dengan seorang rakannya, Hj Yassin yang pertama kali memancing. Dah dapat hamper kira ok la tu kan. Tempat yang kami memancing cuma ada lampam, flower horn dan ikan tebal sisik jer yang sudi menjamah umpan. Ada la jugak ikan pancingan Hj Yassin 2 kali tersenarai antara 10 ikan terberat hari tu. Namun akhirnya tersingkir jugak oleh ikan-ikan lain yang lebih berat.

Pertandingan tamat pada pukul 3 petang. Seingat saya, ikan terberat pada hari itu yang berjaya merangkul tempat pertama adalah ikan talapia seberat 780 gram. Pemancing tersebut berjaya memenangi RM300 beserta hamper. Manakala tempat kesepuluh ikan seberat 160 gram. Tak ingat ikan apa.

Yazid dengan salah sebuah hamper yang dibawa pulang melalui cabutan bertuah. Jadi la, dari langsung tak dapat apa apa. Brader Arbakin dan Cosmack pulang awal sejurus pertandingan ditamatkan kerana ada urusan lain yang lebih penting dari menunggu nombor mereka dipanggil untuk menerima hamper. Hehehehehe...

Tuesday, July 6, 2010

Trip di Labuk Bay

Trip kali ni di rancang agak berserabut. Banyak perkara yang di luar sangkaan terjadi dan paling menyedihkan bila bot kedua yang sepatutnya menyertai trip ini telah tarik diri disaat-saat akhir. Lantas hala tuju trip terjejas sama sekali. Peserta juga terpaksa di kurangkan kerana kekurangan tempat dan kesempatan untuk mengatur bot lain langsung tiada. Trip yang asalnya ke Puru-Puru terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan trip di sekitar Pulau Baru dan Pulau Tikus. Akibat perubahan trip sebegini, semangat pasti berkurangan dan keinginan untuk tangkap gambar pun hampir tiada. Maka, hanya 2 keping gambar ini saja lah yang mampu dijadikan santapan mata rakan-rakan pemancing semua. Pemandangan matahari terbit yang amat jarang dapat di nikmati. Sambil menunggu joran di sentap, kami menikmati keindahan hening matahari yang beransur meninggi.
Kebanyakan ikan hanyalah bersaiz begini yang didaratkan. Trip ni memang tak kumpau tapi masih belum dianggap sebagai lumayan. Alhamdulillah cukup lah untuk lauk sekali dua duduk. Sebenarnya banyak juga gambar di tangkap pada malam trip ni tapi semua tu di kamera rakan. Di kamera aku, hanya ini sahaja yang ada. Sekian terima kasih..

Saturday, July 3, 2010

Mancing di Gobin Rocks

Tarikh : 3 Julai 2010 / Sabtu
Ahli : Yazid (saya), Gokiak MFN, Aleng, Nazlee (org baru), Joe (org baru), Cikgu Roshdi, Cikgu Johadi, Cikgu Salman dan Cikgu Madhi.
Destinasi : Gobin
Umpan bottom: Udang, sotong, ikan basung
Teknik : Bottom, mengunjun apolo dan light jigging
Bertolak : 07:30 pagi
Start mancing : 9 pagi (1 jam setengah perjalanan)
Stop mancing dan balik : 03:40 ptg
Sampai jeti : 05:40 ptg ( 2 jam. Nasib kata lambat sebab lawan arus. Berat)


Semua orang sabar menunggu untuk tiba ke Gobin yang mengambil masa 90 minit perjalanan dari jeti Pasar Sandakan. Cikgu Salman dan saya ambil peluang untuk trolling.


Aleng, guru SMG (Sekolah Memandu Gabungan), Nazlee dan Joe (rakan setugas saya di DCA)

Setibanya di Gobin semua mula mencari lesen. Joe dan Nazlee agak terkial kial tapi rajin bertanya dan belajar dari pemancing lain. Yang lain pun bagus, tak lokek ilmu. Syabas!

Cikgu Johadi yang tak berbaju senyap-senyap dah pun menaikkan talang dan cencaru kuda.

Joe dengan anak kerapu pertama dalam hidupnya dalam arena pancingan air masin. Sebelum tu Joe dah pun dapat lesen, ikan kunyit. Tahniah!

Nazlee tak ketinggalan dengan ikan ape ntah. Sebenarnya Nazlee memulakan aksi dengan ikan Agohod terbesar dalam trip ini. Baru dia tau karan ikan laut. Hehehehehe...

Tetanda pulak. Hikmat joran baru beli di SS Kota Marin. Tak sia-sia berabis RM100.

Aleng dengan kerapu tak cukup bulan. Dia agak kurang bernasib baik dalam trip ni. Cuba lagi Leng!

Gokiak MFN yang terlepas talang pada awal aksi dengan anak ikan bayan yang comel lote.

Cikgu Roshdi dengan anak kertang. Nasib kata ni anak kertang. Katanya lagi kertang ada 2 jenis.

Joe dengan aksi terlampau bagi menceriakan hatinya sendiri. Suka hati kau la Joe...

Aleng dengan ikan bendera Amerika. Ikan apa ha ni?

Cikgu Johadi menasihatkan sesiapa yang nak dapat ikan cencaru mesti membuka baju. Penyudahnya, saya, Gokiak dan Cikgu Roshdi mencuba nasib dengan menurut sahaja katanya itu. Tapi hampeh... Usahkan cencaru, bayang bayang kuda pun tak nampak.

Ni bukan malong kan? Ni belut kan? Cikgu Roshdi yang dapat.

Joe yang terasa pedih muka terpaksa direhatkan sebelum dimasukkan kembali pada 2nd half.

Tersenyum riang kawan ni sebab dah dapat lesen mancing di Sandakan. Ikan Talang seberat 2 kg bermodalkan monoline sehalus 6 lb sahaja. Hebat mamat ni. Antara lain yang menarik, bila mana ke dua dua joran Gokiak dihentam ikan. Hahahaha... tak menang tangan dibuatnya.

Ok la tu Nazlee. Orang bujang apa ada hal... Goreng pun sodap.

Cikgu Roshdi menunjukkan hasil tangkapannya dalam perjalanan pulang.

Antara hasil yang sempat digambar. Banyak kerapu dan kunyit kecik kecik kami lepaskan untuk stok lauser Cjepp dan Rodney pada trip akan datang. Kami tak lupa kawan beb... hehehehehe...

Cikgu Madhi (bersandar di dinding) dan Cikgu Salman (di belakang) masih mencuba nasib trolling.

Aleng dah mula bertanya tanya Abg Nasib untuk trip seumpama ini pada masa akan datang.
Gokiak yang kepenatan tidur dengan nyenyaknya tanpa mempedulikan bunyi enjin kapal.

Ikan Talang yang bernasib malang dengan tali 6 paun. Fuhhh...

Raja Cencaru yang sempoi.Kerapu pun banyak dia dapat. Cikgu Johadi.

Hasil yang saya bawak balik. Campur campur dengan ikan Joe dan Nazlee. Kesimpulannya saya berpuas hati kerana 'orang baru' dan 'orang jauh' mendapat lesen yang diimpikan. Syukur alhamdulillah. Itu pun dah cukup mengembirakan saya. Saya plak dapat kerapu, bayan, agohod dan ikan kunyit. Pengalaman yang mendebarkan saya bila joran saya terbang masuk dalam air. Rugi saya tak dapat saksikan sendiri. Nasib baik Gokiak nampak dan nasib baik jugak Cikgu Johadi tolong kailkan joran saya yang dah jatuh. Ntah ikan apa la yang sentap.

Gambar-gambar lain ada pada Nazlee dan Gokiak. Mungkin boleh tengok dalam Facebook nanti. Terima kasih pada semua yang terlibat dalam trip ini. Terima kasih juga pada lauser Cjepp di atas sumbangannya walaupun tidak dapat join trip ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jasamu dikenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...