Followers

Wednesday, September 30, 2009

trip raya ketiga(pencarian lubuk tembaring)

hasil agak kurang pada trip ni. hanya sekadar trip yang cukup makan ja. nak bawa pulang buat lauk kat rumah memang tak banyak.. jadi dalam trip ni, cuma ada gambar matahari terbenam dan aktiviti rehat makan. hehehe



ni tukang masak kami ni.. dia suka sangat masak kalau ada ikan yang sedap diperolehi. kami tolong tengok je.. hehehe

sedap ooo.. masak sup ikan merah (MJ)


ramai yang kenal ikan ni kan? hehehe
salah sorang ahlul trip.. hmm..
lubuk sasaran kami memang hampeh.. semua tempat cetek sangat. jadi keputusan trip mencari lubuk baru tembaring ni adalah kumpau. kena cari tempat lain next time. hehe


Tuesday, September 15, 2009

Last Kopek Sebelum Raya

Hari ahad mancing lagi.. nak cari lauk untuk sahur.
kali ni trolling di praktikkan. Aku ditemani oleh anak buah
aku. Nak cari kanai? hmm.. tak lah tinggi sangat harapan tu.
Air tak cantik sangat..

Ni ikan pertama yang jadi mangsa gewang aku. kerapu skala sekilo.
ingatkan sampah. meronta pun bukan terasa sangat.


Gelojoh sangat kerapu ni. Sebab tu lah tiada rontaan. Hampir habis ditelan gewang aku.


Ni pula habuan anak buah aku. Ikan tabung yang agak kasar. Garang rentapan ikan ni.
Tersenyum juga tuannya. hehehe..


MJ ni adalah penutup sebelum kami memecut pulang. Saiz boleh tahan.
Lebih kurang 1.2 kilo. Lepas lah hajat nak makan sahur lauk ikan segar. lepas tu
kami pulang dah. Nak tunggu air pasang mula bergerak pun tak larat sangat. Terik
matahari terasa membahang. Risau bertembung ngan kanai pulak masa lapar dan
dahaga ni. Nanti kami kena buli.. hehehe..
Selamat Hari Raya semua.
Lepas raya, kita mancing sampai pengsan..

Tuesday, September 1, 2009

trip susulan siakap bulan puasa

mungkin kemeriahan memancing ikan di kg ni akan hilang juga satu hari nanti..
2 jentera ni adalah bukti kemusnahan tebing sungai dan hutan bakau di sini. bukan satu projek ja ni. ada lebih 5 projek sedang berjalan di sepanjang tebing sungai ini. sedih kan?



hehe.. dalam aku merenung masa depan muara tempat aku selalu bermain, joran bergetar dan tali seperti diheret ketam. aku angkat joran sedikit, tiba-tiba joran melengkung. huh.. rupanya siakap putih.. 2 jam tunggu dapat lah dua ekor. cukuplah tu lagi pun umpan dah habis..



sebenarnya trip ni adalah susulan trip semalam. cuma kali ni aku seorang diri sahaja..
dan kali aku tak larat sangat bertahan lebih lama. arus cukup cantik untuk trolling tapi aku tak larat la pulak.. hehehe cukup le tu 2 ekor..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...