Followers

Tuesday, April 22, 2014

Mencari Tenggiri Kertam

Buat pertama kalinya saya berpeluang mengikuti rakan-rakan lain memancing secara bermalam di Kertam, lebih kurang 60 batu nautika ke tenggara Sandakan. Sasaran kami tidak lain tidak bukan, tenggiri. Kapal Jasman yang kami sewa pada 19 dan 20 April 2014 lalu.



Aleng anting-anting gelaran diberi.


Perjalanan ke lokasi pertama  memancing, Assam, mengambil masa kira - kira 4 jam. Lantas kami mengambil peluang mencuba teknik trolling.




Yusdi mendapat strike awal.



Alu-alu rupanya


Kemudahan memasak yang ala kadar.





Set trolling Aleng pulak mengena selang beberapa minit selepas itu. Namun Aleng meminta saya menghabiskan aksi tersebut dan mendaratkan mangsa.



Tenggiri hasil trolling gewang Rapala Magnum.


Kapal Bahri pun memancing tidak jauh dari kami. Sementara itu Aleng telah mendaratkan seekor ikan todak.



Oleh kerana kedua-dua kapal agak dekat, jadi kami mampu mendengar sorakan gembira apabila mereka menaikkan ikan idaman. Begitulah juga sebaliknya.



Ismail tekun meneruskan aksi casting menggunakan umpan ikan kembung. Keadaan tiba-tiba menjadi riuh di belakang kapal. Rupanya Aleng sedang bertarung dengan si mangsa.




Giliran Aleng menaikkan tenggiri dengan teknik drifting atau berhanyut.


Sedang kami semua tertumpu di belakang kapal, Ismail boleh berbangga kerana hasil casting ikan kembung atau lumahan yang beliau praktikkan membuahkan hasil.



Alahai ikanku...


Berehat makan tengah hari dulu. Nasi putih lauk ikan kembung goreng dan kari ayam dalam tin.


Selepas makan tengah hari tiada lagi sambaran sang tenggiri. Yang ada cuma getuan halus ikan-ikan kecil di dasar laut.


Boleh buat desktop wallpaper gambar si Rajib ni.


Menjelang malam, keadaan laut mula bergelora menyebabkan beberapa orang pemancing lebih gemar mengambil keputusan merehatkan badan. Ada juga yang mabuk laut.



Kami sempat mencuba pelbagai teknik bagi menjerat tenggiri Kertam seperti teknik berhanyut, casting dan jigging.


Kami bertolak pulang ke Sandakan sekitar pukul 11 pagi selepas tiada lagi sambutan yang menggalakkan.


Dari kiri : Nurfian, Ismail, Ameng, Rajib dan Yazid.


Saya sangat berterima kasih dengan kawan-kawan dalam trip kali ini atas tunjuk ajar, perkongsian ilmu, kerjasama dan sifat tolong menolong.




Hanya ini hasil tangkapan yang berjaya kami bawa balik. Masih dianggap kurang berbanding kebiasaan.


Bergambar bersama Andimax. Saya dengan tenggiri 6.15kg yang saya naikkan pada pukul 09:40 malam. Sayangya tidak ada gambar kenangan ketika itu. Namun ia berjaya memadamkan rekod lama tenggiri 5.33kg dalam yang dicatatkan pada 2012.


Pecah tong. Hehehehe...


Bergambar kenangan setibanya di jeti Batu Putih, Sandakan.


Seperti biasa sekiranya masih ada sisa tenaga, saya akan membersihkan ikan segar, sediakan bahan-bahan yang perlu untuk dimasak oleh isteri kesayangan. Hasilnya malam tu kami makan kari kepala ikan tenggiri. Memang berbaloi rasanya kalau usaha kita berhasil tapi kalau kumpau tu yang sedih.

Secara peribadi saya telah mencapai target untuk menaikkan tenggiri Kertam namun secara keseluruhan trip ini agak kurang berjaya. Hanya 7 ekor tenggiri berjaya didaratkan selain 2 ekor alu alu besar (tidak termasuk titir), ikan ikan dasar seperti ikan putih, kerapu, jenahak, kerisi, cencaru, siakap merah, pisang pisang, todak dan lain lain.

Walaubagaimanapun saya amat berpuashati dengan servis tekong dan awak-awak yang sangat rajin membantu pemancing. Makan minum yang disediakan pun ok walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki lagi.

Sunday, April 6, 2014

Pulau Taganak 2014

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Persiapan dilakukan sebaik mungkin mengikut kemampuan saya, setalah mendapat nasihat dari kawan-kawan yang lebih otai.


Final check oleh anak saya.


Kira-kira pukul 07:25 pagi kami bertolak meninggalkan jeti Yacht Club Sandakan menuju ke perairan Pulau Taganak.


Bot Tikia


Ikan merah mewarnai lantai bot setelah beberapa lubuk yang dikunjungi tidak semeriah yang diharapkan. 



Harapan untuk menaikkan ikan yang banyak di awal musim belum menjadi kenyataan. Ada lubuk yang dikunjungi langsung tidak ada ikan. Itu tidak lagi termasuk lubuk-lubuk yang telah ada pelampung pukat nelayan-nalayan kecil.



Keadaan laut lebih tenang dari pagi hingga ke tengah hari. Laut mula berombak menjelang petang.



Kami tiba di jeti pada pukul 05:30 petang.


Duit tambang bot dikutip ole Kwong. Rupanya harga sewa dah naik cuma ikan yang belum bertambah.


Ini saja hasil trip kali ni. Syukur Alhamdulillah.



Yazid


Jason


Chia. Kali pertama saya mancing dengan dia. Orangnya pendiam tak banyak bercakap.

 

Hasrul. Pun kali pertama saya mancing dengan dia. 


Kwong


Mael


Halim. Cool n relax. Kawan baru saya dalam trip ni.


Andrew, suka bergurau dan menyakat Kwong. Bertambah lagi 4 orang kawan mancing saya.

Pada sebelah malamnya saya bawa 2 ekor ikan merah bersaiz 500g - 700g yang saya dapat ke Restoran Sandakan Seafood Paradise di Taman Fajar Perdana. Suruh diorang masakkan. Satu masak stim halia, satu lagi masak 3 rasa.


Masak 3 rasa sedap, masak halia kurang sedap. Mungkin sebab kurang sesuai guna ikan merah. Kalau kerapu sedap agaknya. Kos upah masak pun murah, cuma RM2.50 seekor. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...