Followers

Wednesday, January 25, 2012

KERANA RINDUKAN KERITING 2

Entah berapa lama sudah Lubuk Keriting tak dilawat. Bukan sekadar aku dan rakan-rakan, malah sepupu aku yang banyak masa free tu pun tak dapat berkunjung ke sana lantaran tekanan cuaca yang menghalang.

Bersama harapan agar cuaca berpihak kepada kami, satu trip diatur bersama rakan seperjuangan iaitu Mayong, Andi Max dan Lee. Tiba pagi yang dijanjikan, Cuaca berubah muram selepas beberapa hari ceria. Hujan diawal pagi membuatkan kami terlewat bergerak ke lokasi.



Wajah-Wajah yang penuh pengharapan selepas hujan pagi berlalu dan diganti oleh sinar matahari. Kami bergegas menuju ke lokasi nelayan menjaring umpan untuk mendapatkan umpan yang terbaik. Tiba di tempat yang dituju, tiada satu pun bot nelayan yang kelihatan. Mungkin mereka bermain di area laut yang lebih jau. Nampaknya kami terpaksa mendapatkan sendiri umpan udang hidup dan ini pasti membuang masa kami.



Andi Max yang berada di depan bot bertanggungjawab memasang pukat 3 lapis. Malangnya kami cuma beroleh 4 ekor umpan udang hidup selepas 2 kali memasang pukat.
Aku mengambil keputusan bergerak ke laut untuk mengejar nelayan yang berada jauh dari pantai. Sebaik sahaja minyak enjin dipulas, satu bunyi patah yang jelas kedengaran dan secara spontan aku memperlahankan bot sambil memegang kedua-dua enjin agar tidak terjatuh kedalam air.

Andi dengan pantas menghulurkan tali selepas aku minta. Enjin yang sudah goyah mesti diikat. Papan setebal 2 inci tempat enjin sangkut diikat ketat telah pecah lantaran lama tidak di selenggara. Mujur lah enjin tidak jatuh kedalam air. Salah satu enjin dinaikkan ke dalam bot dan sebuah lagi masih digunakan untuk bergerak tapi hanya dengan kadar perlahan. Selepas kami berbincang mengenai situasi yang baru berlaku, semua sepakat untuk bergerak masuk semula kedalam muara sungai. Agak mustahil untuk meneruskan perjalanan. Kami sepakat untuk memancing di muara.
Dimuara, aku yang membuka tirai dengan seekor kerapu kecil yang melahap umpan yang ku pasang. Seterusnya kami melayan ikan-ikan yang sudi menhiburkan kami. Antara yang ada adalah kerapu, gelama, utik anak gerepoh dan beberapa jenis ikan lagi. Namun hampir semua bersaiz kecil.





Gelama dan utik langsung tidak dirakamkan gambarnya. Tiada seorang pemancing pun yang sudi ambil gambar bersama dua spesis ini walaupun kameraman menawarkan untuk tangkap gambar.




Andi Max mampu tersenyum puas selepas menumpaskan seekor kerapu hampir sekilo dan menobatkan beliau sebagai juara pada trip kali ini. Kami bergerak pulang kira-kira pada pukul 4 setengah petang bersama hasil yang agak kurang.





Kepantasan pergerakan juga kurang lantaran hanya sebuah enjin yang kami gunakan. Malahan tidak diperah semaksimum seperti diawal trip. Risau yang retak akan pecah. Syukur, kami masih diizinkan tiba ke jeti dengan menggunakan enjin. Entah apa akan jadi kiranya kedua-dua enjin jatuh sedang kami terlupa membawa dayung. Dalam trip kali ni, hasil agak kurang dah kami juga gagal tiba ke Lubuk Keriting. Maka belum ada rezeki lagi untuk melepaskan rindu pada lubuk-lubuk terbaik di Teluk Labuk. Mungkinkah dalam masa terdekat ni kami bakal dibenarkan menduga penghuni lubuk yang sudah lama tidak diusik? Nantikan laporan kami dari masa ke semasa.

Sunday, January 22, 2012

Jelajah Joran TV3


Entri kali ni bukanlah pasal trip memancing tapi pasal rancangan Jelajah Joran yang disiarkan di TV3 setiap hari ahad jam 5 petang. Secara peribadi kami berpendapat waktu rancangan tersebut tidak sesuai dengan kehendak kaki pancing, yang mana majoritinya akan pegi memancing pada hari cuti hujung minggu. Maka terlepaslah rancangan yang menarik ini. Namun melalui laman web tonton kita masih berpeluang menyaksikan rancangan ini di sebelah malam atau pada masa lapang.


Mula-mula masuk laman web tonton di www.tonton.com.my. Kemudian daftar (percuma) dan kita boleh tonton Jelajah Joran seperti biasa. Apa yang menariknya, kita boleh tonton rancangan selama 20 minit ini secara terus menerus tanpa sebarang iklan. Kalau cari tak jumpa, taip jer 'Jelajah Joran' dalam search box yang terletak di penjuru kanan sebelah atas laman web.

Bagi yang berminat untuk menyimpan rancangan Jelajah Joran sebagai koleksi, kita juga boleh berbuat demikian dengan 'membeli' dengan cara yang tertentu. Untuk maklumat lanjut boleh baca di http://apps.tonton.com.my/asktonton/


Kini kita tidak perlu risau lagi akan terlepas rancangan Jelajah Joran tatkala kita pergi memancing di petang ahad. Memang terbaekkk.... Kebabommm!!!

Sunday, January 15, 2012

Kerana Rindukan Keriting


Kerana rindukan Keriting, Andi Max, Lee dan saya sendiri ke Kg Air, Sandakan petang tadi. Mancing santai-santai sambil bersembang. Memang belum ok kalau nak ke laut waktu macam ni. Mujur cuaca petang tadi baik. Cuma angin agak kuat.


Ikan Kerong-kerong. Brader di belakang tu tengah mancing Andapong guna umpan roti.


Selar papan. Brader belakang tu dah mula tergugat.


Ikan tanduk (tak tau nama sebenar)


Si Buntal. Brader belakang tu semakin jeles.


Ikan Kuku. Aik, naik lagi? Mana la andapong ni tak makan makan.


Macam ikan kerisi kan? Ya la kot, kerisi. Brader tadi dah tukar tempat, mancing andapong lagi.


Dalam kesibukan melayan panggilan telefon dari awek beliau, Lee masih lagi selamba menaikkan sang buntal. Perhatikan handphone di telinga kirinya.


Ikan Kuku lagi. Lee masih lagi bergayut dengan awek tersayang.


Ikan putih foul hook


Baby kerong-kerong


Kerong-kerong lagi


Bila ikan dah kurang makan, bergambar dulu.


Lee menamatkan aksi petang tadi dengan ikan utek. Kali ni tanpa handphone di telinga. Di belakang, saya memerhatikan kedalaman air. Mana la tau saya terjatuh. Dah la tak pandai berenang. Semua gambar di atas adalah ihsan bro Andi Max. Saya mana ada kamera lagi dah.

Thursday, January 12, 2012

I Shouldn't Be Alive (Seconds From Disaster)

Hari isnin yang lalu saya dan Nazlee telah ke Semporna untuk bercuti. Hari berikutnya kami ke Pulau Mabul mengikut pakej Uncle Chang. Ini merupakan kali kedua saya ke Pulau Mabul sejak tahun 2007. Namun apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah satu pengalaman pahit yang cukup berharga sepanjang saya menceburkan diri dalam hobi memancing.

Uncle Chang's Backpackers Resort

Sedang kami menikmati pemandangan indah di sekeliling Pulau Mabul pada pagi hari pertama kami di sana, kami ternampak anak orang Bajau Laut yang pulang dari memancing. Terdetik di hati, boleh tahan jugak kalau mancing santai dengan hasil ikan-ikan macam tu. Lagipun saya cuma bawak koyan sebab niat kami bercuti, mancing bukanlah agenda utama. Lantas perjanjian dibuat dengan anak-anak Bajau tersebut untuk sama-sama turun mancing pada pukul 2 petang nanti. Semua hasil pancingan akan diberikan pada mereka. Ada lah jugak aktiviti kami di pulau ni.

Jernih betul air laut di Pulau Mabul. Batu-batu karang dan hidupan laut dapat dilihat dengan jelas.

Ar menunjukkan hasil pancingan mereka, manakala Etot berdayung di belakang.

Tiba masa yang dijanjikan, kami pun bertolak dengan ke lubuk pertama mereka. Kali ini dengan perahu Bajau yang lebih 'besar'. Ar yang berumur 12 tahun berdayung di buritan perahu yang panjang hanya kira-kira 10 kaki dan lebar 2 kaki, sementara Etot di bahagian depan perahu.

Nazlee sedikit teruja tetapi bimbang dengan saiz perahu yang kami gunakan.

Ar berdayung meninggalkan pantai. Saya begitu teruja untuk mendapatkan lesen Mabul.

Bergambar lagi sambil tunggu Etot balik rumah ambik umpan.

Dah ada umpan, kami pun mula la mancing. Tak lama lepas tu Nazlee dulu dapat ikan tapak kasut, diikuti saya dengan anak kerapu, Ar pun dengan anak kerapu. Saya anggarkan kedalaman air ketika itu antara 10 hingga 15 kaki.




Di belakang tu adalah Sipadan Water Village Resort

Gambar terakhir yang sempat dirakam pada pukul 02:51 petang 10 Januari 2012.

Namun kegembiraan kami tidak lama. Tiba-tiba perahu yang kami naik, hilang keseimbangan lalu terbalik. Keempat-empat kami tercampak ke laut tanpa jaket keselamatan. Saya dan Nazlee yang tidak tahu berenang cuma mampu berpaut pada perahu yang hampir karam. Kami dibawa ke tepi oleh Etot dan Ar.

Lebih kurang beginilah perahu yang kami gunakan pada hari malang tersebut.

Sampai di tiang-tiang Sipadan Mabul Resort, Ar dan Etot bertungkus lumus membetulkan perahu dan mencedok air keluar menggunakan kasut Crocs pasar malam saya. Nazlee dan saya kini berpaut di tiang resort Sipadan Water Village. Saya cuba memegang pendayung dari terus hanyut. Baru kami sedar yang air mulai pasang. Kami cuba menyelamatkan apa yang termampu. Handphone Samsung Galaxy Y yang baru saya beli 4 Januari lalu confirm dah masuk air. Begitu juga dengan kamera digital Olympus VG-120 yang saya beli tahun lalu. Pada masa kritikal begini cuma nyawa yang lebih diutamakan.


Setelah Ar dan Etot selesai mencedok kesemua air keluar dari perahu, Nazlee masuk semula ke dalam perahu diikuti saya. Namun sebaik sahaja saya berjaya naik, sekali lagi perahu itu terbalik. Saya terkapai-kapai dan tertelan air laut yang agak banyak sebelum dapat mencapai tiang resort. Paras air semakin naik. Angin mula bertiup lebih kencang. Kami mula kesejukan. Semasa Ar dan Etot membetulkan perahu yang terbalik baru kami tersedar yang pendayung telah hilang dipercayai hanyut dibawa arus.

Kotak biru menunjukkan lokasi lodge Uncle Chang dan kotak merah menunjukkan lokasi kami memancing. Titik merah pula menunjukkan lokasi di mana perahu kami terbalik kali pertama dan titik biru lokasi perahu terbalik kali kedua. Rupanya lokasi pertama perahu terbalik betul-betul di tepi 'cendawan' Pulau Mabul. Drop off yang menjunam ratusan kaki ke bawah. Mujurlah air baru mulai pasang.

Garisan putus-putus kuning adalah laluan kami dari pantai ke lokasi memancing manakala garisan putus-putus biru adalah laluan kami pulang ke pantai. Saya kerugian handphone, kamera digital, cermin mata dan alatan memancing. Nazlee, handphone. Ar dan Etot, pendayung.

Selepas kami selamat tiba di pantai, Ar dan Etot pergi semula ke lokasi kejadian untuk mencari barang-barang yang boleh diselamatkan. Walaupun berasa sangat letih, fobia dan kecewa dengan gadget yang rosak, kami pulang ke Uncle Chang dengan penuh rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup. Mungkin sekurang-kurangnya saya dan Nazlee perlu belajar berenang sebagai persediaan sekiranya kejadian begini berulang lagi.

Moral : -
1) Jangan lebih muatan. Perahu yang kami gunakan dipercayai hanya mampu menampung 2 orang penumpang sahaja.
2) Sentiasa gunakan jaket keselamatan semasa memancing di laut. Malang tidak berbau.
3) Jangan biarkan rasa excited menjadi punca kita memandang ringan aspek keselamatan.
4) Jangan mudah panik dan belajarlah berenang.

Saturday, January 7, 2012

Pengorbanan Seorang Suami dan Ayah


Tarikh : 6 Januari 2012
Target : Ikan keli
Umpan : Cacing

Belum pernah dalam sejarah, Chap, rakan sekerja di pejabat ajak mancing. Hari ni tiba-tiba dia ajak mancing. Nak cari ikan keli katanya. Aik, siap ada ikan target lagi tu. Mana la nak cekau keli kat Sandakan ni. Kat Taman Buaya banyak la. Selidik punya selidik, rupanya isteri dia yang tengah mengandung mengidam nak makan ikan keli. Dapat sekor pun jadi lah. Memang kena usahakan ni.

Saya mencadangkan supaya kami mancing di lubuk VOR sebab dalam trip yang lalu ada saya dapat keli kat situ. Chap terus bersetuju seakan tiada pilihan lain untuk dapatkan keli.

Chap dengan baby tilapia



Keadaan arus agak laju dan jernih disebabkan hujan lebat yang turun pada malam sebelumnya menyukarkan kami mendapatkan spesis sasaran.

Belut ni dah 2 kali makan mata pancing Chap namun terlucut lalu terlepas. Kali ketiga terus ditelannya mata pancing saya. Betullah kata orang, belut ni kalau dah makan tapi terlepas, dia akan makan lagi. Tamak jugak belut ni.

Kami mancing sampai hari gelap namun sekor keli pun gagal dipancing. Masa dicari susah pulak nak dapat. Nampaknya Chap kena usaha cara lain bagi mendapatkan ikan keli tersebut.

Sunday, January 1, 2012

Romantika De Macrobrachium Rosenbergii

Musim tengkujuh boleh dikatakan baru saja bermula di Sandakan. Rata-rata pemancing akan gantung joran dan berehat dari aktiviti pancingan laut. Namun bagi penggemar udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium Rosenbergii, inilah masa terbaik untuk memancingnya. Maka sungai-sungai kecil dan sempit akan diterokai bagi mendapatkan sang sepit biru tersebut.

Hari terakhir 2011, MSP dan seorang pemancing jemputan, Andi Max menjelajah sungai-sungai kecil di Kg Sungai Beruang untuk menikmati seni pancingan udang galah.

Sebahagian jalan masuk ke Sg Beruang rosak teruk akibat hujan lebat dan laluan kenderaan berat. Kami bertolak ke lokasi pada lewat petang dan secara tidak langsung ini menjadikan pengalaman pertama kami memancing udang galah di waktu malam. Di fikiran mula terbayang cabaran dan bahaya yang bakal dilalui.

Dengan menggunakan anak udang hidup sebagai umpan, kami bersilih ganti menaikkan udang galah. Walaupun hujan, sekali sekala turun agak lebat, namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk memancing.



Ketika kebanyakan warga Sandakan menanti detik 12 tengah malam bagi menyambut tahun 2012, kami terus melayan getuan udang galah yang kadangkala agak kasar dan mampu membunyikan drag kekili kami.



Akibat jarang-jarang mancing udang galah, kami tidak tahu masa yang betul-betul sesuai untuk menaikkan mangsa. Kami seringkali tewas semasa udang dikarau naik. Dialog "Alamak... terlepas", menjadi kata-kata yang kerap kali diucapkan dalam trip ini. Ternyatalah, bukan senang untuk menguasai teknik pancingan udang galah, kalau tidak betul-betul faham cara mereka menjamah umpan. Lemah gemalainya sepit mereka mencuri umpan, menambahkan lagi kesyahduan dan keromantikan seni pancingan ini.

Macrobrachium Rosenbergii di awal pagi hari pertama tahun 2012


Kapten bot merangkap chef dalam trip ini, Arbakin menyediakan sarapan pagi kami. Maggi kari udang galah segar dari ladang. Dia punya bau, perghhhh.... udang fresh la katakan.



Dah siap pun sarapan pagi ala kadar kami di tahun baru. Bismillah...




Andi Max dengan reaksi spontan beliau sesudah kenyang membedal 2 mangkuk maggi udang galah. Nyawa dah tambah, apa lagi? Sambung mancing la, habiskan umpan.

Arbakin meneruskan prestasi cemerlangnya dengan sang sepit biru ntah yang ke berapa.


Hampir kesemua udang yang kami dapat dalam trip ni ada telur yang banyak. Kelihatan kapten bot memerhatikan sesuatu. Pasti ada yang membuatkannya bimbang. Rupanya sebuah terowong kecil yang akan menjadi satu-satunya jalan keluar kami. Dengan laluan yang sempit, arus yang laju dan air cetek, kepakaran dan kemahiran beliau dalam mengendalikan bot amat diperlukan.

Kami sampai di jeti menjelang waktu tengah hari. Inilah sebahagian udang galah yang berjaya dinaikkan. Sebahgian lagi dalam perut dan selebihnya terlepas akibat kemahiran kami yang masih kurang dalam seni pancingan udang galah. Agaknya kalau terer mancing udang galah ni, mesti banyak boleh dapat. Dua ekor ikan sembilang sebagai bonus, terlupa pulak nak difotokan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...