Followers

Monday, November 30, 2009

MEMBANGAU DI TEPI KOLAM

Atas permintaan presiden Persatuan Belia Kg Sg Beruang, aku cuba aturkan satu pertandingan pemancing kolam di kampung. Perbincangan demi perbincangan dan penerangan mengenai sistem pertandingan yang aku faham, maka tarikh 28hb 11 di persetujui untuk melaksanakan aktiviti membangaukan ramai orang di tepi kolam.. jadi, kita layan gambar pertandingan ni.

tu dia bangau pelbagai saiz. masing-masing mencuba nasib. mana lah tau dapat hamper..
Antara hamper yang jadi rebutan. ini cuma hadiah untuk kategori utama ja. ada lagi 3 kategori di pertandingkan dan menjadi rebutan para peserta.

hujan renyai-renyai memaksa para petugas berselindung di belakang van ni.. yang penting aktiviti on.. tak kisah basah.. hehehe
ni antara bangau yang malang. dah le joran pinjam, kumpau lagi tu.. hehehehe tapi semangat tu ada. tahniah..

antara tempat para peserta mencuba nasib.. jauh dari meja pengadil..ini pulak sesi menimbang hasil tangkapan.. hmm.. jarum timbangan tak gerak pun kecik sangat lah ikannya.. hehehehe tapi timbang gak lah takut peserta kecil hati..
para AJK memantau peserta yang jauh dari meja pengadil..

Pertandingan ni dibuka untuk pengguna joran berkekili dan joran kampung sebab kalau nak pengguna joran berkekili ja, mampos tiada peserta. orang kg bukan ramai guna pancing mahal.. hehehe..
pemenang tempat ketiga.. dapat gak hamper dan glemer.. hadiah disampaikan oleh jemputan khas dari jauh. beliau juga bertanggungjawab merasmikan majlis ini.. hik hik hik..
pemenang hadiah kedua.. hamper agak besar.. dan penyandangnya adalah seorang JURAGAN..
hahahaha cukup bersemangat..
Dan ini adalah peserta yang berjaya mengumpul mata paling tinggi diantara 33 orang peserta. hanya berbekalkan 2 batang joran. walaupun beliau memiliki joran berkekili tapi beliau lebih suka menggunakan buluh sebagai joran.. tahniah kepada pemenang..
muka muka petugas yang hadir pada hari tersebut. semua cukup sporting dan bersemangat.

Akhir sekali, aktiviti pelepasan semula hasil tangkapan yang peserta daratkan. CnR ini juga adalah permintaan aku walaupun ada cadangan supaya ikan-ikan tersebut di buat lauk.. hehehe tapi atas keinginan tinggi para penduduk kampung agar pertandingan kecil seperti ini di adakan sekali lagi, maka semua setuju agar ikan dilepaskan semula..

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan yang julung-julung kalinya dibuat di Kampung Sg Beruang. juga tak lupa kepada bro Rostam kerana sudi hadir walaupun sibuk di raya haji kedua..

Wednesday, November 25, 2009

Bila Kaki Pancing Jadi Nelayan

petang jumaat lepas aku pulang kampung lagi. pada esok harinya, aku dikabarkan dengan hasil tangkapan nelayan yang sungguh lumayan. ikan kembung menyerang teluk labuk! sehingga ada yang mampu meraih tangkapan sehingga 300 kilo sebuah bot. sebagai kaki pancing, aku terfikir, bila ada kumpulan ikan kecil, mesti ada kumpulan ikan pemburu.. hehehe.. malam hari sabtu dah mula berfikir, esok mesti ke laut. memancing dan bawa pukat sekali. mana la tau ada rezeki murah. bayangkan, harga ikan kembung rm2 sekilo. sehari dapat 300 kilo.. kalau 5 hari? berapa dah? hmm.. dah dapat tangkap sebiji saltiga Zzzzzzzzzz..



Sedar-sedar je dah berada di laut.. tengah trolling. mana tau kut kut ada GT sedang memburu ikan kembung.. shimano torium adalah senjata yang dipercayai untuk tugas ini. belum pun lama gewang direndam, rentapan kasar meragut khayalan aku. fuhh.. ganas gila ni. aksi tarik menarik berlaku. wa caya lu shimano torium!!.. ikan mula mendekati bot.. wow!! GT anggaran 30 kg!! rekod nih.. hahahaha... bot riuh sebentar. tatkala member menghulur gancu untuk mendaratkan ikan, tiba-tiba kedengaran... BANG! BANGUNLAH.. KATA NAK TURUN LAUT AWAL!!.. ceh! mimpi la pulak. dah lewat ni. aduuhh.. kelam kabut buat persiapan. hampeh tul la..



Kelewatan bangun menyebabkan kami bertolak sekitar jam 9 setengah pagi dan sesi mencari umpan adalah acara pertama. udang hidup perlu untuk mencari ikan bagus.. hehehe tapi tak banyak kami dapat sebab dah lewat..


ni antara ikan yang sudi menghiburkan kami. Ikan tak aktif sangat mungkin sebab air sejuk tapi apasal ikan kembung pulak melimpah ruah?
takde yang besar la.. hmm.. yang lain cuma sembilang, gelama ngan utek ja. tuan punya ikan pun segan mau ambil gambar. Mentang-mentang ikan tak glemer..
Boring punya pasal, kami tukar strategi.. hehehe.. jom mukat.. kami pun terus berkejar ke kawasan para nelayan membentang pukat. hajat di hati nak cari lauk segar.. hehehehe..


jaring dibentang penuh harapan. tak perlulah sebanyak sehingga ratusan kilo. cukuplah sedikit lauk dan untuk disedekahkan kepada kengkawan dah lah..

tu dia.. dengan pengalaman yang tak seberapa, kami bentang juga.. hehehe hampi rjuga kena marah sebab menutup pukat nelayan yang lain.. mana la kami tau.. belasah je..

nah.. tak banyak mana pun tapi best juga sesekali jadi nelayanakhirnya, kami berpuas hati ngan tangkapan yang ada. cukup la lauk tu.. lagi pun dah dapat sikit pengalaman cam nelayan. hmm.. best juga jadi nelayan ni sesekali.
kepada kaki pancing semua.. maaf sebab kali ni hasil amatlah tidak seberapa. memukat tu ada lah untuk dapat kan lauk agar memudahkan permohonan lesen memancing lain kali.. hehehe

Sunday, November 22, 2009

Tak Seindah Biasa

Semalam, Ahad 22 Nov saya berpeluang turun mancing laut di sekitar Pulau Berhala, Sandakan jer. Seminggu hujan tanpa henti membuatkan hati gelisah dengan memikirkan nasib hari ni.

3 bulan tak turun mancing laut dirasakan terlalu lama. Jesteru trip kali ini dirasakan amat penting, sebagai trip penutup 2009 (agaknya kot). Sungguhpun tidak ada meletakkan harapan yang besar, sekadar melepas gian memancing, tapi dalam hati tu mesti la nak jugak tarik kerapu ke, GT ke, MJ ke...

Macam biasa, trip ke Pulau Berhala saya turun dari jeti Jambatan 2, Sim Sim. Dari 8:30 pagi kami menunggu air pasang untuk ke laut. Sekitar 10:30 pagi baru kami dapat keluar.


Cikgu Hamsi bersemangat sungguh mendayung keluar dari celah celah rumah. Kami menggunakan khidmat boatman kepercayaan kami, Pakcik Mas.


Susah betul nak dapatkan kerapu semalam. Yang banyak cuma gelama kecik kecik diselang seli dgn utek. Pakcik Mas kata air tak ngam. Cuaca dah baik, air pulak tak ngam, sayang betul. Padahal kami memancing di takat yang biasa kami naikkan ikan-ikan seperti Kaci, Agohod, Ketambak, Kerapu dan Baby GT. Selepas tu, Cikgu Hamsi pulak diuji, rod melengkung cantik macam ditarik YFT 40kg. Steady geng... steady...

Namun akhirnya beliau tewas, muntah dan mabuk semabuk mabuknya. Kami tinggalkan saja dia di pulau sebagai denda kerana gagal mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk trip siring siring macam ni. Duduk la kau 1 orang sana.
Kami berhenti rehat di pulau pukul 2:30 petang untuk makan tengah hari dan minum-minum.
Pukul 3 kami sambung balik mancing dengan Cikgu Hamsi seperti dapat satu semangat baru. Tak sudah-sudah dia naikkan gelama dengan set mancing Tagaknya itu.

Saya pun dapat jugak sekor Ikan Timah. Pakcik Mas kata kat Sandakan orang panggil Ikan Perak. Cantik ikan ni.

Hasil mancing keseluruhannya kurang. Saya anggarkan seberat 3 kg sahaja untuk 3 orang. Memang ni la rekod terburuk mancing di Pulau Berhala. Apa nak buat, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Walaubagaimanapun, kami bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.

Dengan saki baki tenaga yang ada, saya gagahkan jugak badan untuk siang dan masak stim 2 ekor kerapu yang saya dapat. Masak ala kadar jer, badan pun dah letih, perut pun dah lapar.

Wednesday, November 18, 2009

Berehat sebentar bersama...

Musim tengkujuh tiba lagi. Aktiviti mancing pun semakin berkurangan atas faktor faktor keselamatan. Sambil sambil kita melengkapkan kembali alat-alat memancing yang kurang untuk trip akan datang, apa kata kita layan dulu gambar-gambar yang saya cilok dari internet ni. Saja suka suka. Enjoy...











Tuesday, November 3, 2009

Menjengah ke Lubuk Keli

Hari ni saya mancing di lubuk yang dah agak lama tak dijengah akibat aktiviti pembangunan yang rakus dijalankan di situ. Ditemani oleh Cikgu Hamsi (geng Sandakan Kara Tribe), kami mula memancing dari pukul 4:30 petang berumpankan cacing segar dan gemuk gemuk. Target kami sebenarnya nak dapatkan ikan keli, tapi yang naik cuma ikan puyu dan haruan.

Saya memulakan 'opening act' dengan sekor anak puyu diikuti haruan, dan haruan, dan puyu dan haruan lagi. Hehehehe... Cikgu Hamsi hanya menjeling jeles sambil tak habis habis menyalahkan mata kailnya lah, tali perambutnya lah...

Kami masing masing hanya bawak 1 set pancing. Oleh kerana saya rasakan potensi yang besar untuk menaikkan lebih banyak ikan, saya pun memasang koyan. Percaturan yang tak sia sia...
2 3 kali jugak la ditarik ikan, tapi cuma 1 yang betul betul lekat. Anak ikan puyu... Dinaikkan oleh Cikgu Hamsi.
Cikgu Hamsi merasakan dirinya semakin tercabar dengan kedua dua set mancing dan koyan saya telah dapat lesen untuk hari ini, manakala dirinya dibelenggu perasaan takut kumpau. Manakan tidak, hati nak mancing di Kertam, tapi mancing parit pun tak lepas macam mana? Hehehehe...
Cuba korang semua teka, kat mana kami mancing ni? Kat sini selain puyu dan haruan, ada keli, kura-kura dan sepat. Hmmm... kalau ada belut kat sini kan best.



Setelah menunggu dengan sabar selama hampir sejam, akhirnya lesen yang ditunggu tunggu Cikgu Hamsi pun tiba. Seekor ikan puyu terbesar hari ni. Nasib baik tak kumpau, kalau tak, tak usah la pegi Kertam, khatamkan dulu ilmu mancing parit. Keh keh keh...


Walaupun tidak ada seekor keli yang kami dapat, hasil keseluruhan agak memuaskan dengan 4 ekor ikan puyu dan 3 ekor haruan dalam tempoh sejam setengah. Semua ikan di bawak balik, haruan dijadikan lauk makan malam Cikgu Hamsi, manakala puyu saya pelihara dalam akuarium. Sayangnya sekor puyu mati dalam perjalanan ke rumah. Baki umpan cacing segar kami campakkan saja dalam parit tu untuk santapan dinihari ikan ikan di dalamnya. Makan la kenyang kenyang. Nanti kami datang lagi mancing kamu semua... hehehehehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...