Followers

Tuesday, August 26, 2014

Melayan Alun di Bagang

Seakan sudah dapat dijangka akan lewat, berkali-kali Law / Harata Takimasi mengingatkan saya yang bot akan bertolak meninggalkan jeti jam 5 pagi. Ini untuk memudahkan kami memudik keluar ke muara memandangkan dasar sungai yang agak cetek.


Penyudahnya seperti trip-trip yang lain, masalah delay kerap kali berlaku. Pukul 05:45 pagi baru bot meninggalkan jeti tapi saya tetap berpuas hati sebab ini la pertama kali saya keluar memancing seawal ni.


Suasana awal pagi di muara Sungai Obar. 


Mentari merah di ufuk timur.


Kapten Tamin, pakcik kepada Law memecut enjin 15 kuasa kuda. Memang laju betul dia bawak bot. Destinasi dan target kami dalam trip ni, ikan-ikan di bagang.



Bagang pertama di antara puluhan bagang di sekitar Pulau Libaran yang kami singgah. Law terus dengan set Micro Jigging beliau.


Baru 2 kali pam jig dah disambar rakus oleh ikan misteri.


Ini lah gambar saat-saat akhir sebelum tali utama putus akibat geseran dengan tiang bagang. Lebih malang lagi tak berapa lama lepas tu hujung joran beliau patah akibat kecuaian diri sendiri. Apa lagi nak dikata.


Kami berpindah dari bagang ke bangang untuk mencari hasil tangkapan yang lebih baik. Kesan akibat ikan terlepas, jig hilang dan joran patah, Law mula hilang fokus dan motivasi diri. Pening dan muntah-muntah. Tambahan pulak permukaan laut yang beralun sejak kami melewati muara Sungai Obar. Kami terpaksa meninggalkan beliau di sebuah bagang untuk beliau berehat, sementara saya dan kapten bot meneruskan pancingan di lain-lain bagang.



Namun hasil tak seperti diharapkan. 


Ok sudah kau Law? Jom mancing lagi. Mancing biar sampai pengsan.


Law gigih layan jigging dari atas bagang walaupun set yang digunakan kurang sesuai. 


Sekali lagi, mungkin hari ini bukan nasibnya, joran kedua pulak patah tiga.



Kami teruskan jugak mancing dalam keadaan laut beralun. Memang kurang selesa tapi apa boleh buat.


Sebahagian hasil pada hari tu. Biasa la ikan bagang, kecik-kecik tapi pelbagai. Alhamdulillah.

2 comments:

mayong said...

Tengkiu Law sebab ajak aku mancing...

Unknown said...

http://pondokagan2.blogspot.com/
mancing di ujung genteng sukabumi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...