Followers

Monday, October 10, 2011

RONDA-RONDA TELUK LABUK..

Awal lagi team ni dah booking bot aku untuk memancing di Pulau Baru dan sekitarnya. Aku cukup kenal dengan Andi Max dan Aleng. Cuma seorang peserta yang aku tak tau siapa. Andi pun tak bagi nama. Dia cuma katakan seorang pemancing yang aku tak kenal.

Hari sabtu aku luangkan sedikit masa untuk menjala udang hidup memandangkan tiada tukang jala mau ambil tawaran untuk dapatkan umpan hidup. Rupanya susah dapatkan udang hidup masa air pasang pagi begini. Mujurlah malam sebelum trip, seorang nelayan beroleh ikan tamban dengan jumlah yang banyak. Aku dapat pow dalam 10 kilo tamban segar untuk dijadikan umpan.

Semangat betul mereka walaupun umpan terbaik gagal dibawa kelaut. Kami cuma berbekalkan ikan tamban dan udang pink hidup. Ikan tamban segar tersenarai ditangga ketiga umpan terbaik dan udang pink hidup pulak ditangga kelima. Musim umpan terbaik dah lama berlalu. Tunggu tahun depan la kalau mau.


Hmm.. Ni rupanya muka pemancing yang dirahsiakan namanya dari aku. Nak surprise la tu. Hehehe.. Aku ingat siapa la pemancing ketiga tu.

Kami bergerak sekitar jam 8.30 pagi. Bot menghala ke Pulau Baru sebagai lokasi utama. Sayangnya Pulau Baru gagal menghiburkan kami. Selepas beralih di beberapa lokasi di sekitar Pulau Baru, aku mengambil keputusan untuk menguji Takat Tajam.

Tumpuan penuh dari semua pemancing. Takat Tajam jarang menghampakan aku dan pemancing. Aku memberi peluang pada mereka untuk menggunakan udang pink hidup manakala aku cuma menggunakan hirisan ikan tamban yang sudah di ais.






Andi menjadi pembuka tirai pancingan dengan ikan kerapu dan tabung.




Aleng pulak menyusul dengan seekor kerapu yang mengusik umpan udang hidupnya.



Aku pula membuka tirai pancingan ku dengan seekor tabung yang menculik hirisan tamban segar yang ku pertaruhkan.


Hebat Andi ni. Orang mancing ikan dia boleh mancing umpan. Ikan ni kami panggil ikan tipis dan sesuai diguna untuk memancing MJ di muara.


Lagi kerapu menjadi mangsa Andi.







Rostam diasak oleh kerapu terbesar dalam trip ini. Saiz 900 gram lebih memberi tentangan mencabar bila kerapu Takat Tajam menguji. Sedikit kesilapan pasti memberi sang kerapu menyusup masuk ke sarang.



Selanjutnya hanya kerapu bersaiz tapak tangan yang menghiburkan Rostam.



Sekali lagi tabung menghiasi hujung tali pancing aku ketika arus surut sudah mula bergerak kuat. Hirisan tamban tetap menjadi pilihan sang tabung. Selepas beberapa ekor lagi kerapu didaratkan, arus surut mula melayangkan batu ladung kami. Aku mencadangkan kami mencuba Takat Tadika pula.



Panas betul cuaca.


Satu ketewasan yang menjadi tanda tanya.


Di Takat Tadika, hanya Andi beroleh seekor tabung kecil manakala Rostam pula diasak oleh pecutan kuat yang memaksa dia bergerak dari haluan bot ke buritan. Malangnya pertarungan berakhir dengan ketewasan sang pemancing. Ada yang teka alu-alu ada pula teka tabung atau gerepoh. Kami semua tak pasti ikan apa.




Selepas takat Tadika sunyi, kami beralih ke Takat Keriting pula. Mengharap sang kerapu masih sudi hiburkan kami. Ternyata kunjungan kali ni menyaksikan kurang sambutan dari penghuni Takat Keriting. Lokasi yang dianggap kolam kerapu ternyata begitu kurang sambutan. Bukan tiada tapi kurang.



Walaupun agak kurang, aku sempat juga menggoda sang kaci dengan umpan hirisan tamban. Memang hebat tentangan kaci ni. Cukup mengujakan tatkala ia tercangkuk mata kail.



Apa yang aku perasan adalah semua gambar aku nampak sangat cerah hingga gambar agak kurang jelas. Adakah ini aura sang ikan tabung dan kaci atau aura jeles kengkawan. hehehe...



Kebanyakan ikan kerapu yang sudi menjamah umpan kami hanya bersaiz begini. Hanya sesuai untuk dilepaskan semula. Cukup kecil nak dilepaskan dalam tong.

Kami bergerak ke muara sekitar jam 3.15 petang dan singgah di muara untuk menduga sang siakap berbekalkan 8 ekor udang yang aku jala di anak-anak sungai setiba dimuara. Malanngnya tiada sebarang getuan dari pahlawan muara sepanjang penantian kami.



Selepas semua setuju, kami mula bergerak pulang selepas hari sudah hampir gelap.


Ini lah keseluruhan tangkapan kami bertiga. Tangkapan dimonopoli oleh kerapu. Andi, Aleng dan Rostam bergerak pulang selepas ikan diagihkan.


Secara keseluruhan, trip ini masih ada kesilapan percaturan dari tekong iaitu aku sendiri. Aku gemar mengikut pergerakan biasa ketika mengunjungi setiap lubuk. Mengikut pengamatan aku sendiri, pergerakan kunjungan lubuk sepatutnya berbeza dari biasa mengikut jadual arus pasang surut namun keadaan laut yang agak berombak menghalang aku menyesuaikan pergerakan dan terpaksa mengikut corak lawatan seperti biasa. Apa pun aku akan cuba dilain trip bersama corak pergerakan yang sesuai dengan arus dan umpan.

2 comments:

Anonymous said...

Bro... Camna mau kontek skiranya memerlukan khidmat bot tuk mancing..???

Unknown said...

hehehe..nice report

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...