Followers

Friday, October 7, 2011

Menguji Padang Pancing Baru

Sejak akhir-akhir ini ada kawan-kawan bercerita tentang port mancing baru di tapak sepatutnya loji arang batu dibina di Sandakan. Khabarnya pemancing boleh dapat MJ dan ikan putih (gerepoh) dengan mudah. Jadi saya pun meluangkan masa petang saya, meninjau tempat yang dimaksudkan. Jalan masuk dari bulatan Jalan Batu Sapi/Jalan Sicily ke lokasi ini yang sejauh 1km masih belum berturap, walaubagaimanapun jalan di kawasan industri ini amat memuaskan dengan lampu jalan yang cantik ala-ala Putrajaya. Kepada yang belum sampai ke kawasan ni mari kita layan gambar.

Arang Batu Boulevard

Saya yakin, itulah dia perahu sorang pakcik dari Bambangan yang selalu mancing seorang diri. Hanya berdayung, beliau gigih memancing di bawah panas terik di spot yang sama hampir setiap hari. Menurut cerita orang kampung, hasil pancingan beliau selalunya mewah dengan ikan-ikan kelas A walaupun tanpa bantuan GPS dan Fishfinder.


Geng Hospital Duchess Of Kent menghabiskan waktu petang memancing dan merambat bersama rakan sekerja dan keluarga.

Macam best pulak port yang tu.

Siap boleh parking sampai tepi pulak tu.

Eh, betul la best! Siap ada kawasan untuk merambat pulak tu. Sayangnya rambat saya belum beli yang baru.

Maka keesokkan harinya saya datang lagi dengan kapcai buruk saya untuk mencuba nasib di tempat baru ni. Berbekalkan umpan ikan tamban, sotong dan udang pasar, saya gagahkan jugak diri walaupun sorang kawan tiba-tiba tak jadi join. Mungkin dia nak tengok pembentangan Bajet 2012 kot.

Awam hitam memenuhi ruang udara kawasan tersebut. Nasib baik tak hujan. Dapat la berteduh dari panas mentari.


Semakin petang awan hitam semakin jauh meninggalkan tempat tu. Datang pulak 1 couple otai dari Tinusa 2. Boleh jugak buat teman sembang. Menurut uncle tu, kawasan tempat kami mancing tu dulunya sebuah jambatan yang menghubungkan ke seberang sana. Namun dari pemerhatian saya, ianya mungkin hanya sebuah jeti besar kearana terdapat banyak longgokkan kayu dan tali kapal. Kawasan di seberang sana pun masih penuh dengan bakau, tak macam bekas jambatan pun.

Ikan pertama saya cuma ikan kekek sebesar perut tapak tangan. Itupun foul hook. Ada jugak kawan mengusik dengan sms yang hari tu takde ikan sebab semua ikan tengok Bajet 2012.

Saya menukar umpan kepada ikan tamban dengan harapan ada MJ sudi menyerah diri untuk bergambar. Tapi yang naik ikan ni. Saya tak tau la nama ikan ni. Siapa tahu? Tak pernah tengok. Berbadan panjang, gigi tajam penuh macam gigi ikan patin.

Sedang asyik memancing, kami didatangi sebuah bot nelayan. Rupanya mereka menunggu peraih ikan datang membeli ikan yang mereka pukat. Punya la banyak ikan tabung. Entah dari mana tiba-tiba orang ramai memenuhi kawasan tersebut. Ada yang datang untuk mancing dan ada juga yang datang dengan keluarga sekadar jalan-jalan.

Nelayan menunjukkan salah sekor ikan tabung (jenahak) yang mereka dapat menggunakan pukat ranggas. Peraih yang datang rupanya penjual ikan di tepi jalan Batu 8. Kenal betul saya dengan muka apek tu. Melihat pada jumlah ikan yang ada, apek tu menganggarkan berat mencecah 300kg. Yang besar dia ambik RM16 sekilo dan yang kecil RM14 sekilo.

Jam menunjukkan pukul 4 stgh petang. Kemas kemas, balik. Sekarang jam 6 dah gelap. Pada pandangan saya, kawasan baru ni sama saja dengan lain-lain port mancing di Sandakan yang boleh diakses dengan jalan darat. Cuma belum rezeki saya dapat naikkan MJ liar ni. Mungkin saya akan datang lagi di lain hari.

Pagi tadi, saya ke pasar Bt 8. Ada la apek kelmarin berniaga hari ni. Ikan tabung yang besar dia jual RM20. Tak beli pun pasal saya dengki kat dia saya tak dapat ikan A. Padan muka aku.

2 comments:

Mohd Zamri Bin Ismail a.k.a Yie said...

cantik tempat ni. kalau ada rezki, mgkin blh try dgn gewang. cuma xleh guna yg selaman dalam dgt la :)mana la tau, ada MJ ke. kalau nyangkut, apa blh buat.hehehehe.alah bisa tegal biasa.ekeke

mappeddo said...

oo..yg ni kalu tak silap saya kawasan seguntor..muara.. kg bambangan kat seblah tuh je kan??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...