Hujung minggu ini terpaksa diisi dengan beberapa urusan yang menghalang aku ke laut. Hari sabtu terpaksa bertugas ditempat kerja. Walaupun cuma setengah hari tapi sudah cukup menghalang aku untuk berkeliaran di laut. Ahad pulak kena menghantar KDN ke airport atas urusan tugas dia. Pun kena waktu tengahari juga. Kalau petang, mungkin sempat juga la merendam umpan pagi tu. Namun otak tetap berfikir mencari ruang.
Selepas semua dinilai, petang ahad dipilih sebagai masa untuk menjalankan aktiviti trip singkat. Urusan dengan KDN mungkin selesai dalam jam 2 petang dan Bot mungkin boleh bertolak sekitar jam 3 setengah petang. Andai cuaca baik, trip akan berlanjutan sehingga jam 10 malam.
Sekitar jam 3 petang, bot bergerak menyusur laluan menuju muara. Mujur anak buah aku cepat siapkan semua keperluan. Cuma kami tidak dapat menggunakan 2 buah enjin kerana salah satu darinya bermasalah. Bot bergerak perlahan dan aku memilih lubuk yang hampir.
Lubuk dinamakan takat rahsia kerana aku jarang benar memancing dilubuk ini kerana risau ramai kaki rawai menyedari tempat berpotensi ini. Laut agak berombak.
Kami cuma berbekalkan umpan ikan kuaci yang sudah diais memandangkan trip ini hanya trip singkat.
Mangsa pertama milik anak buah aku yang melarikan umpan ikan kuaci. Separuh dia potong dan cangkuk di mata kail. Umpan besar ikan pun besar lah. Mencicit juga ikan ni lari.
Cuba lihat dalam mulut ikan ni. Ada sebentuk mata kail berkarat terlekat. Entah siapa la pemancing yang pernah dia tewaskan. Mujur ia tertewas di hujung pancing aku. Kalau tak, mata kail aku adalah yang kedua menjadi aksesori mulut dia. Oh ya.. ni pulak mangsa pertama aku.
Mulanya aku menggunakan hirisan ikan yang agak kecil sebagai umpan. Ternyata kurang berjaya. Selepas anak buah aku menggunakan potong umpan yang besar dan berjaya mengheret seekor kerapu, aku turut menggunakan saiz umpan yang sama. Ikan kuaci dipotong dua!. Lama juga tunggu. Tiba-tiba joran yang ku pegang disentak bagai nak jatuh. Pantas saja aku membalas. Aksi pertarungan agak mendebarkan. Ternyata sang kerapu tersalah pilih setting pancing. Aku mendesak sang kerapu dengan drag yang maksimum. Beberapa minit kemudian, anak buah aku berjaya menyauk mangsa.
Sang Boron yang menghuni lubuk. Aku percaya ini bukan yang terakhir dan bukan yang terbesar. Masih ada yang lebih boron dari ini.
4.68 kilogram. Sedap makan tak? atau sedap jual? hehehe
Perjalanan pulang yang berombak. Pergerakan agak perlahan dari biasa.
Selepas dua ekor kerapu tersebut didaratkan, anak buah aku beroleh seekor lagi kerapu skala sekilo dan 2 ekor utik. Aku pula cuma menambah koleksi dengan kerapu kecil 4 ekor dan juga 2 ekor ikan utik. Dah tak sempat nak tangkap gambar sebab ombak yang sedia ada semakin besar dan menyukarkan kami bergerak. Trip terpaksa dihentikan. Keselamatan lebih penting. Selepas hampir sejam setengah memancing, trip berakhir kerana ombak yang semakin tinggi. Pergerakan pulang amat perlahan kerana risau dengan keadaan bot yang dah tua. Kami tiba di Jeti sejam 20 minit.
9 comments:
besar kerapu tu bang,tahniah :)
nanti aku pun nak test lah takat rahsia tu. pakai umpan udang lipan
mau test takat rahsia? boleh ba.. tapi kalau ada yang mengekor dari belakang terpaksa landing di takat yang bukan rahsia.. sebab takut nama dia hilang pulak kala bukan lagi rahsia.. hehehehe
tengkiu yie.. ni rasanya yang terbesar pernah ku daratkan.. tah bila lagi merasa yang lebih besar..
dah boleh komen ha skrg? menarik juga tu. biarkan ia kekal rahsia dpd nelayan
dah boleh komen dah bro.. hehehe.. susah juga nak kekalkan dari nelayan. sonar durang lagi berkesan sebab tu aku kena elakkan diri dari di lihat berlabuh dan memancing di situ..
besar betul kerapu tu. kalau korbankan kat tuaran spoon boleh jamu makan 25 org tu. Jual dapat berapa ringgit tu bro?
baru rm10 sekilo bah juga.. boleh la cover duit minyak trip tu.. kalau ikan senangin atau tabung baru sedap hantar tuaran spoon. hehehe..
test pegi situ lagi lain kali. mana tau tabung 14 kilo pun tinggal situ
kalau la ada tabung 14 kilo stay situ kan bagus.. bertambah rahsia lah takat tu.. hehehe.. cukup aku ja gi mancing sana.. muahahahaha
Post a Comment