Followers

Thursday, October 27, 2011

TRIP BALAS DENDAM

Selepas trip bermalam pada sabtu lepas berahkir dengan keputusan yang teruk. Satu perancangan untuk menduga perairan Teluk Labuk dibuat untuk membalas dendam dan tarikhnya jatuh pada petang 25 oktober. Esoknya cuti deepavali.


Tiba waktu yang dijanjikan, Semua pemancing berada di jeti. Aku, Rostam, Andi dan seorang peserta baru yang hanya dikenali dengan nama Li bertekad untuk menempuh cuaca yang agak suram.




Pergerakan hanya dapat dimulakan pada jam 9 malam kerana menunggu sebiji lagi enjin yang digunakan oleh anak buah aku yang turun ke laut petang tersebut. Kami bergerak selepas dapat bekalan umpan ikan segar dan enjin tambahan. Rostam sibuk mengambil gambar dari depan bot walau pun kami masih berada di kawasan sungai. Siap bersuluh lagi hingga aku yang mengemudikan bot langsung tak nampak apa-apa di depan. Akibatnya bot kami hampir merempuh pokok nipah ditepian sungai. Mujur bot tak laju sangat.


Pergerakan Arus pasang sudah hampir berhenti tatkala kami tiba dilubuk. Sungguhpun air berkeadaan sesuai untuk sotong dan ikan, cuaca tetap menggusarkan. Air laut yang mulanya agak tenang diketibaan kami, semakin kucah dan beralun. Sotong begitu liar dan sukar didapatkan. Namun, aku tetap mendahului tangkapan selepas berjaya mendaratkan seekor tebal pipi aka agohut berat hampir sekilo.



Li pemancing kedua mendaratkan ikan sekaligus menghanyirkan set barunya dengan seekor anak kerapu.


beberapa ketika lepas itu, aku meminta Rostam mengangkat sauh dan kami bergerak ke Pulau Menangin untuk berteduh. Kucah laut kian mengganas. Aku cuma berharap arus surut yang laju akan mengurangkan ombak. Kami cuba mengumpul sotong hidup ditempat yang terlindung dari ombak. Sotong yang ada kami tidak gunakan kerana berharap tangkapan yang lebih baik selepas cuaca akan reda. Sekitar hampir jam 4 pagi barulah aku yakin bahawa ombak sudah reda memandangkan angin barat dan arus sudah berkurangan. Kami bergerak ke lubuk bersama harapan tinggi.


Kami tiba di lokasi 15 minit kemudian. Umpan sotong yang dipertaruhkan, disambut baik oleh penghuni lubuk. Mujurlah cuaca dah agak baik. Dalam tempoh setengah jam pertama, kami agak sibuk dengan sergapan ikan sehingga ikan tabung pertama tidak diambil gambar. Aku sendiri pun tidak ingin membuang masa. Hanya rostam yang berjaya menjerat tabung agak besar yang ingin bergambar.

Entah berapa kilo. Aku tak nampak kerana aku berada di buritan manakala Rostam pulak di haluan.


Salah seekor tabung dari 6 ekor yang berjaya ku daratkan. Semua hampir sama saiz.


Andi juga tidak ketinggalan mendaratkan tabung sebelum lubuk tersebut sunyi dari sapaan ikan.

selepas tiada lagi getuan sang tabung, aku mencadangkan kami berpindah lubuk ke Takat Keriting. Sekali lagi kami disibukkan dengan aksi buang tarik-buang tarik. Namun tidak semuanya hook up dan kebanyakannya dimonopoli oleh ikan merah dan rupanya tiada pemancing yang tangkap gambar bersama ikan tersebut termasuk aku sendiri.

Ada juga ikan kaci yang menghias hujung tali pancing aku..


Dan seekor ikan gerepoh.







Masa untuk bersarapan. Mee segera maggi dan nescafe 3 in 1.





Selepas bersarapan ala kadar, kami bergerak ke muara dan Andi mencadangkan casting di muara walau pun sekejap.






Kami cuba melontar gewang di beberapa lokasi sesuai dan aku beroleh seekor MJ saiz sekilo di kawasan pulau di muara gum-gum. Malangnya tiada sesi photografi dibuat untuk sang MJ tersebut. Selepas letih menghayun joran, kami sepakat untuk bergerak pulang bersama tangkapan yang ada.





Ini lah hasil yang kami perolehi sepanjang malam dalam trip yang disertai oleh 4 pemancing termasuk aku. Masa memancing kami disingkatkan oleh keadaan cuaca yang tak menentu. Kami hanya dapat memancing dilubuk pilihan 2 jam sebelum siang mendatang. Alangkah baik andai sepanjang malam kami dapat berlabuh di lubuk tersebut. Pasti hasil tangkapan lebih baik lagi. Seekor Mj yang terselit dalam kumpulan ikan tersebut adalah hasil casting. Cuba lihat ditepi tangkai sauk. berwarna agak hitam. Ikan yang berani menyergap gewang TDD9 aku. Mungkin ini trip terakhir aku untuk sesi malam. Semoga tahun depan lebih banyak peluang untuk mengusik lubuk ikan di waktu malam..

3 comments:

mayong said...

jgn la tulis trip terakhir utk sesi mlm. tulis trip akhir yang pertama utk sesi mlm. hehehehehe... lama betul la tak mkn jenahak.

alphakilo said...

masih ada 'mungkin' tu bertulis.. kalau bro dah ada lesen nanti, aku masih boleh jadikan 'mungkin' tu sebagai cover.. cari tabung la nanti.. tabung siang pun ada kalau kena air cantik dan umpan lawa..

Unknown said...

...harapan MUNGKIN adalagi trip malam...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...