Followers

Monday, November 15, 2010

BOTTOMING DI MUARA GUM-GUM

Hari jumaat sudah hampir melabuhkan tirai senjanya, aku masih berfikir tentang aktiviti yang perlu dilakukan keesokan hari. Bila tiba di kg aku terus bertanya pada anak buah aku tentang perkembangan aktiviti pancingan muara di kampung. Aku di khabarkan dengan cerita yang bagus dan otak pun berkerja. Malangnya aku tak punya masa yang panjang untuk mencari teman. Tanpa fikir panjang, aku offer adik aku untuk bersama mencari lauk dipagi sabtu. Mudah saja untuk dapat persetujuan. Maka pagi sabtu jam 8 pagi kami pun turunkan peralatan yang patut. Peralatan pancing, air dan rambat. Niat hati hanya nak minta umpan dari nelayan yang ada di lokasi. Rambat cuma sebagai insuran. Manalah tahu tiada tempat minta umpan.
Sekejap saja sampai di lokasi. Bukan jauh pun. Kami mencari nelayan yang memukat untuk minta sedikit umpan dan dapatlah ikan 'gelama lembut' (panggilan tempatan) yang aku anggap memang umpan killer untuk ikan merah (MJ).
Ni lah ikan gelama tersebut. Kalau di Muara Gum-Gum, umpan ni adalah yang
terbaik bagi aku. Cuma memang ada kalanya MJ juga memilih umpan yang lain
seperti beliak mata atau pun udang hidup.
Strike pertama mengejutkan aku selepas umpan dilabuhkan. Joran aku hampir terjun
tapi sempat di sambar. Malangnya ikan rabut dari matakail. Selepas srike pertama tersebut, adik aku, Jas pulak menerima rentapan dan berjaya mendaratkan MJnya.

Selang beberapa minit kemudian, aku pulak dikejutkan oleh rentapan MJ, agak kecil
tapi cukup untuk membuat aku tersenyum. Tak kumpau juga lah... hehehe..
Selepas MJ kedua didaratkan, sekali lagi joran aku diuji tapi ikatan perambut aku pulak
yang gagal melepasi ujian. Ciss! Albright Knot terlucut! Nampak sangat aku belum mahir
membuat ikatan tersebut. Hampeh betul

Selepas insiden ikatan perambut terlucut, suasana sunyi seketika. Aku tengok awan tebal dan hitam mula menyelubungi. Hati sedikit terganggu. Belum pun puas memancing. Saat termenung melihat awan mendung berkumpul, salah satu joran aku melentur menandakan umpan dilarikan ikan. aku membalas sentap dan hasilnya seekor ikan tabung bersaiz hampir sekilo. Syok juga layan ikan ni dengan set ringan. Selepas sesi bergambar, hujan mula merintik turun. Memandangkan dah ada rezeki untuk lauk, aku mengajak pulang. Malas nak berbasah-basah.
Jam baru pukul12 lebih dan arus masih cantik tapi kami mesti pulang.
Inilah hasil yang aku bawa pulang. Seekor MJ dan seekor tabung (tanda). Jas pulak dapat seekor MJ dan juga seekor tabung (tiada di fotokan). Petangnya, aku dengar kabar bahawa nelayan tempat kami minta umpan, beroleh MJ 7 ekor dan semuanya bersaiz atas sekilo. Dah rezeki dia. Hehehehehe..

7 comments:

mayong said...

besar tu MJ Jas... best betul la...

alphakilo said...

dia punya tu yang besar.. aku kecik ja. nasib baiklah aku dapat tabung besar.. boleh lah cover sikit.

mayong said...

lain kali bawak la saya mancing berteduh teduh mcm ni... best ni...

alphakilo said...

dah hampir 2 minggu nelayan pukat tunda tu dapat ikan hari-hari.. mancing ja dia.. tarik pukat kejap pastu mancing. selalu ja mengena.. mancing cara ni boring bro. tapi kalau mau test.. boleh bah..

mayong said...

test saja lah... tapi apa nak buat di kala boring tu ha... nak nyanyi2 tak boleh bah kan? ikan lari kan?

tbyrodney said...

tahniah..... memang best bila 2 beradik dapat memancing bersama2. AKu perlu belajar menjadikan gelama kecil untuk dijadikan umpan hidup.

alphakilo said...

tengkiu bro rodney.. gelama jenis ni cuma sesuai di muara gum-gum. setakat ni aku dah cuba di beberapa lokasi lain semua dilayan ketam ja. tapi bro test ja mana tau ada tempat yang sesuai.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...