Followers

Monday, October 18, 2010

Sekadar Mencari Lauk.

Plan awal tu trolling hari sabtu tapi dibatalkan sebab ada kerja lain yang lebih penting. Hari ahad pula memang tiada sebarang perancangan untuk turun memancing tapi oleh kerana tiada apa yang mau dilakukan maka mulalah rasa boring menguasai diri. Jam 9 pagi, aku turun ke jeti. Air masih agak dalam dan sedang bergerak surut. Mungkin dalam sejam lagi air sesuai untuk merambat udang. Maka enjin bot diturunkan bersama peralatan yang sesuai. Tidak dilupakan juga peralatan memancing yang ala kadar. Mana la tau terfikir nak mancing pula. Hampir dua jam menbar jala di 4 lokasi namun seekor udang pun tak berjaya ditawan. Malang betul. Umpan pun tak lepas. Namun dalam perjalanan ke lokasi seterusnya, kami tersua dengan nelayan yang sedang leka menjaring. Kami singgah dan bertanya kan anak ikan. Cukup lah untuk umpan. Nak tanya udang kang lain pula jelingannya. Maklumlah, udang kan mahal. He he he.. Akhirnya, berbekalkan anak ikan yang di pow dari nelayan tadi, kami pun berlabuh di tepi pokok nipah dan melabuhkan pancing.
Mula-mula boring jugalah maklumlah kan pemancing ni kurang sabar. Mau juga yang baling terus kena ikan tapi terus di tahan kesabaran itu.
Banyak juga gambar pemandangan aku amik lantaran mengisi ruang yang mula boring.. Masa dan hampir setengah jam. Anak buah aku dah cadangkan untuk kami pindah. Cadangan di tolak sebab malas nda gerak banyak. Minyak limited. Arus semakin perlahan dan sudah lebih setengah jam menunggu. Tiba-tiba, joran viper venom ku melendut kencang ditemani bunyi kekili nyaring. Sentap balas di buat tapi tiada terasa lagi larian. Sang ikan rabut. Belum pun jiran tu diletak balik, joran yang satu lagi bergetar. Pantas di sentap dan sang kerapu berjaya di daratkan. Mata kail dicangkukan umpan dan dicampak lagi. Sebaik saja joran tersebut diletak ala kadar dengan niat mau angkat joran satu lagi, sentapan berlaku lagi. Kali ini joran yang baru di labuhkan jadi mangsa. Hampir terbang sang joran. Mujur sempat dicekup. Pun begitu ikan berjaya meloloskan diri. Hampeh..
Aksi-aksi berikutnya ada lah henjutan dari ikan kerapu, MJ dan alu-alu yang bersaiz kecil. Ada juga seekor ikan senangin meragut umpan tapi terlepas saat menghampiri bot. Pun bersaiz kecil juga.
Lihat lah saiz MJ yang didaratkan. Mungkin dalam skala 500 gram tapi adalah lebih baik dari merambat langsung tiada.

Juga kerapu yang saiz stim. Hasil yang ada cukup untuk lauk sehari dua. Aku puas hati juga sebab masa kami memancing mungkin sekitar 1 jam atau lebih sikit cuma masa ikan aktif melarikan umpan hanya dalam 10 minit sahaja. cukup untuk buat kami sibuk melayan 2 pancing seorang. Semua pecutan kuat gagal di tewaskan. Mungkin dan nasib begitu. Apa pun ini bukan lah trip mancing tapi sekadar buang masa. Dalam perjalanan pulang, kami cuba juga trolling namun langsung tiada sambutan. Hanya itu lah sahaja yang mampu diceritakan. Terima kasih...

5 comments:

mayong said...

trip mancing yg mcm ni la saya nak... berteduh tak kena panas... hehehehehe... boleh atur ka bro?

alphakilo said...

boleh tapi timing tu yang kena betul. kalau nda ngam pukul nyamuk ja lah nanti.. dah la umpan susah.. huhuhu

Anonymous said...

sebut pasal aLu-alu .. teringat masa kat laut tawau .. masa dapat ikan aLu-alu .. seorang hamba ALLAH yakni ahli keluarga juga .. tersebut perkataan 'ganjil' .. sebaek ada ahli keluarga yang lebeh tua tegur sikap hamba ALLAH neh .. ~

mayong said...

umpan pasar bt 8 nda buleh ka?

alphakilo said...

mayong.. mana boleh.. ikan sekarang memilih bah.. udang hidup no satu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...