Followers

Sunday, October 17, 2010

Memancing di Bagang

Sabtu 16 oktober tarikh yang ditunggu tunggu oleh rakan-rakan sepejabat. Mana tidaknya, inilah kali pertama bagi sesetengah dari mereka pergi memancing di laut. Maka persiapan pun dibuat, bekal makanan yang banyak, cukup untuk 2H1M punya trip. Pisang, mee, nasi, kuih, kek, cekodok, air oren, air sirap, air mineral... You name it! Segala macam makanan ada. Segala petua dan doa pun dibaca agar perjalanan pergi dan balik semuanya selamat. Sunblock ditenyeh di muka konon tak nak bagi hitam kulit melayu masing masing. Destinasi yang dituju, bagang.

On the way nak ke bagang, saya dan Cosmack mengambil peluang untuk trolling. Saya mempertaruhkan gewang matrix, manakala Cosmack menggadaikan rapala magnumnya. Ternyata R&D Magnum lebih maju, hasilnya seekor ikan tenggiri anggaran 3kg++ menjadi habuan.

Setibanya di bagang masing masing mencari ikan lesen. Ada yang bottom, ada yang mengunjun apollo dan ada juga yang mancing gantung (mabuk la tu, umpan pun tak cecah air). Mungkin ada benarnya kata kawan-kawan bahawa bagang dah takde ikan. Kami cuma dapat beberapa ekor cencaru, selar, dan lumahan. Lain lain, seekor ikan merah, agohod dan todak.



Cencaru dengan umpan apollo DIY saya. tapi sayang sebab tak banyak pulak ikan time tu.

Haji Yassin mampu tersenyum dengan ikan todak. Terhibur dengan lompatan ala ala ikan Layaran.

Malik (bukan nama sebenar) 'pengsan' akibat mabuk laut. Biarlah ikan mega yang makan umpannya, pun tak dipedulikan. Yang nyata dalam fikiran, bila la nak balik ni.

Setelah kami mencuba di 2 bagang terpilih, hasil amat kurang memuaskan. Terdetik di hati nak ke Gobin. Namun menurut Nasib, perjalanan ke Gobin akan mengambil masa 1 jam setengah lagi, itu pun belum pasti jumpa sebab bot tidak dilengkapi dengan GPS. Setelah bermesyuarat, kami mengambil keputusan untuk kembali ke Pulau Berhala. Ikan-ikan di Pulau Berhala macam biasa lah...

Seekor ketam batu yang menjamah umpan Ramisham. Ketam pun ketam lah. Janji ada tarik.

Tak sia-sia Hadi muntah hijau di bagang... sekali double hook dia naikkan kerapu keling. Kerapu ni tengah dating kot. "You jump, i jump" , "You eat, i eat" , " You die, i die".

Kerapu ni tertarik dengan topi mancing Shafri yang cantik. Lantas, dimakannya mata kail tu.


Belakang : Hj Yassin, Jivoh, Yazid, Peter, Malik, Hadi, Sham, Nazlee
Depan : Cosmack, Joe dan Shafri

Sebelum pulang kami sempat merakamkan gambar kenangan ini. Secara peribadi, saya kira trip ini kurang memuaskan. Tambahan pula beberapa pemancing baru yang benar-benar ingin merasakan 'tarikan' sang ikan gagal menikmati pengalaman tersebut. Mohon ampun maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan semasa trip ini berlangsung. Apa pun semangat kerjasama, disiplin masa, hormat menghormati dan menjaga kebersihan memang dipuji. Semoga saya dapat memancing lagi dengan kawan-kawan semua. Jangan ada yang serik dengan pengalaman sebegini. Maklumlah, bukan semua yang sanggup 'Mancing Sampai Pengsan'. Hehehehehe...

9 comments:

alphakilo said...

tahniah bro.. yang penting trip tu ceria. ikan hanya perkara kedua.. kerjasama semua memang di harapkan..

tbyrodney said...

kenapa ikan2 gelama tidak dikasi masuk aaa..... tak kan tada gelama? marbelosssss btl.

mayong said...

lupa ambil gambar... semua dah capek... hahahahaha...

TMS @ MACK said...

Terima kasih kepada Sandakan Airport Fishing Team diatas jemputan memancing ini.Besarlah harapan saya dan Jivoh agar kami dibawa memancing pada trip yg akan datang.Terima kasih juga kepada semua peserta memancing yg terlibat trip ini kerana menjaga kebersihan seperti yg diamalkan oleh "pemancing Jepun".TQVM...

mayong said...

sama sama... next trip Pulau Bai dan sekitarnya... bersama-sama dgn geng JS

❤ Sutera Maya ❤ said...

u jump i laugh .. ~

alphakilo said...

sutera... buyuk.. u mancing i makan.. ngeh ngeh ngeh

ziela said...

ketam batu tu wat msk per...hee

mayong said...

ketam tu buat sepit idung org degil

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...