Followers

Sunday, October 11, 2009

Mancing Belut

Selamat Hari Raya kepada semua yang melawat blog ni. Ni saya nak cerita pasal mancing belut.
Saya mancing belut ni masa balik raya kat kampung isteri, Simpang Jeram, Bakri, Muar, Johor. Bagi yang belum pernah mancing belut, korang mmg kena cuba. Ianya satu pancingan yang unik macam mancing udang galah. Tak perlu set yang mahal. Cukup sekadar tali tangsi 20 lbs sepanjang 1 meter dan mata kail kecik yang agak2 muat mulut belut. Umpan boleh guna cacing. Sebenarnya belut ni jenis pelahap, umpan apa pun dia makan.

Lokasi memancing kami adalah di depan sekolah. Tak payah jauh jauh. Depan sekolah pun ada belut. Tepi jalan besar lagi tu. Makhluk lain yang mendiami parit ni adalah haruan, puyu dan sepat.

Belut pertama saya hari tu, kira boleh tahan la saiz macam tu. Dia punya lawan pun kuat belut ni.

Dua ekor belut pertama pancingan Abg Man (sepupu isteri) dan saya. Yessssss....

Ni la dia rupa lubang belut. Tali yang tertancap mata kail tajam berumpankan cacing perlu dihulur ke dalam lubang belut dan digentel tali tu supaya bunyi air dapat mengganggu belut.
Kalau dalam lubang tu tiba-tiba surut dan kemudian naik balik, itu tandanya ada la belut dalam tu. Bunyi air yang 'bising' akan membuatkan belut 'marah' lalu naik menjamah umpan.
Tarikan pertama dari belut menandakan memang sah ada belut. Biarkan dia tarik dulu, dia baru nak menjamah umpan tu. Lepas tu tarikan tu akan berhenti seketika. Lepas tu belut akan tarik lagi tali tu lebih dalam, menandakan umpan dah ditelan oleh sang belut. Tali digulung di tangan, dan ditarik cermat. Jangan terlampau kasar, nanti terlucut, dan jangan terlampau perlahan. Kalau tak nanti belut akan mengambil kesempatan untuk memebelit ekornya pada lubang-lubang dan akar-akar dalam tanah.
Belut memiliki darah yang banyak. Sebab tu la orang yang mengusahakan ternakan lintah bagi lintah diorang makan belut sebagai alternatif bagi ikan keli.

Belut perlu dibuang perut dan dibersihkan dari darahnya yang banyak kalau nak makan. Ada banyak menu yang boleh membuka selera seperti goreng rempah, laksa, masak kicap pedas, goreng lada hitam, sup, tomyam dan paprik. Saya memilih untuk masak paprik. Terima kasih kat isteri tersayang kerana memahami hobi suami yang suka memancing, dan masakkan belut ni jadi Paprik Belut. Hehehehehehe...

5 comments:

alphakilo said...

puas aku tunggu apa bende kat bawah lepas gambar belut masak paprik tu.. apasal tiada bro? ke server yang lembab?

mayong said...

mmg tiada gambar la tu...
nanti saya edit

Anonymous said...

bila nak edit bro? dah lama aku tunggu nih?
sibuk ke?

mayong said...

ok dah di edit. harap maaf sbb lambat. sibuk sikit dgn urusan duniawi

blog zombie said...

obat tradisional jelly gamat
obat benjolan di gusi
obat hepatitis pada anak
obat benjolan di lidah
obat sering kencing
obat radang paru paru anak
obat pembengkakan lutut
obat infeksi usus
obat tipes anak
obat luka operasi
obat pengering luka jahitan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...