Dalam perancangan, hari sabtu aku luangkan untuk mencari udang disebelah pagi memandangkan tiada trip pada hari sabtu dan ahad. Air pasang setinggi 2.0 meter di skala tide table sandakan mencetuskan arus yang agak laju. Kesesuaian untuk menjala hanya pada waktu pagi atau lewat petang. Namun satu panggilan telefon diterima pada kira-kira pukul 10 pagi jumaat dan lantas mengubah perancangan awal untuk pengisian hujung minggu ku. Satu permintaan dari seorang rakan yang bertugas di kk memaksa aku menyiapkan bot awal untuk trip Teluk Labuk di pagi sabtu. Azhar, seorang kaki pancing tegar yang memegang rekod yu sebagak 30 kilo meminta aku membuat satu percaturan yang sesuai untuk arus laju memandangkan dia hanya akan tiba di Kg pada petang jumaat dan bergerak balik ke kk pada pagi ahad.
Aku cukup kenal dengan beliau. Walau pun sering bermain di laut dalam area kk, pancingan terumbu cetek dan muara tetap dikaguminya. "Ia penuh santai dan seronok melayan dengan set pancing yang ringan" katanya. Walaupun rekod dan pengalamannya bermain di laut dalam banyak dan mengujakan, aku tidak kekok membawa dia bermain di tempat yang cuma sesuai untuk 'trip geli-geli' bagi sesetengah pemancing sepertinya.
Maka pagi sabtu pun kami bertolak setelah matahari dah bergalah-galah naik. Dah hampir pukul 10 . Lama juga aku menunggu di jeti. Kami ditemani seorang lagi pemancing dari kg yang kami biasa panggil dengan nama Ahui. Dia bertanggungjawab untuk tugasan depan bot.Atas tanggungjawab yang diberi, maka sudah jadi tugas Ahui untuk menjala umpan. Tapi kami menjala di area yang luas. Dah agak jauh dari Muara Gum-Gum. Nampak macam pelik.
Haa.. Ni lah yang Ahui jala. Terkejar sana sini juga lah. Mana taknya, dah la kawasan luas. Kumpulan ikan tu laju pulak tu. Aku sebagai tekong kena tajamkan mata untuk tengok kawanan ikan tamban ni. Nampak saja kawanannya, bot digerakkan dan jala ditebar. 3 kali tebar jala, cukup ikan tamban untuk kami gunakan sebagai umpan. Separuh darinya dibiarkan hidup dalam takungan umpan hidup.
Bot di hala ke Pulau Baru namun terencat apabila kami melihat ada 4 buah bot nelayan yang leka menahan jaring di terumbu Pulau Baru. Kami terpaksa beralih ke Scow. Arus pasang sudah hampir berhenti. Dua spot di uji dengan teknik biasa dan umpan tamban mati dan tamban hidup namun sambutan hambar. Aku mencadangkan takat Keriting sebelum arus surut bergerak laju. Kami pun meluncur mengikut arus surut menuju Keriting.
Bot di hala ke Pulau Baru namun terencat apabila kami melihat ada 4 buah bot nelayan yang leka menahan jaring di terumbu Pulau Baru. Kami terpaksa beralih ke Scow. Arus pasang sudah hampir berhenti. Dua spot di uji dengan teknik biasa dan umpan tamban mati dan tamban hidup namun sambutan hambar. Aku mencadangkan takat Keriting sebelum arus surut bergerak laju. Kami pun meluncur mengikut arus surut menuju Keriting.
Selepas tewas dua kali pertarungan hebat, Senangin pertama dari ahuy menjadi trofi beliau. Buat pertama kalinya dia minta gambar ditangkap walhal dah berapa ekor kerapu kecil di daratkannya.
Sementara aku pulak berjaya menewaskan 2 ekor senangin saiz yang hampir sama selepas geram bila umpan yang ku pertaruhkan tetap diusik kerapu dan merah. Aku pun ingin juga merasa pecutan senangin. Tiada kemenangan dipihak senangin bila berdepan dengan aku. Perambut yang ku sediakan memang untuk senangin. Kasar, panjang dan tahan geseran.
Manakala Azhar pula dikecewakan oleh 3 sambaran padu yang disyaki angkara senangin. Perambut yang cuma 30 lbs tak dapat menahan geseran bibir senangin yang kasar. Namun beliau dianugerahi 2 ekor tabung, kerapu dan merah yang menghibur kami.
Sekitar jam 2 petang, arus surut sudah mula menggila. Aku yang guna perambut paternoster berhias batu ladung 200 gram pun dah kurang selesa. Apatah lagi kalau guna batu ladung buah kana. Lagi lah tertekan. Lalu aku mencadangkan sesi merehatkan diri di Pulau Tikus sementara menunggu arus surut berkurang.
Kami hanya dapat memulakan sesi memancing pada pukul 5 petang. Arus pun dah lemah. Hanya tunggu arus pasang akan bergerak semula sekirar pukul 6 setengah. Namun sapaan dari penghuni lubuk menghampakan. Aku dah mula risau. Sang pemancing masih belum menyuarakan hasrat untuk pulang. Masih mengharap tabung dan kaci di kala maghrib sedangkan aku tau bergerak dalam gelap bakal mendedahkan kami dengan pukat rentang hanyut yang banyak di laut muara Gum-Gum.
Akhirnya, Azhar mengajak pulang juga setelah sang lubuk tetap sunyi. Waktu itu bulan purnama dan naik segalah. Aku tetap risau dengan perjalanan pulang. Memang benar, tiga kali kami hampir mencantas pukat hanyut. Mujurlah pemiliknya perasan pergerakan kami.
Maka, inilah hasil dari kami bertiga. Cukup banyak bagi trip yang diatur dikala air pasang besar. Selalunya pemancing akan pulang dengan tangan kosong. Azhar menyuarakan hasrat ke Puru-Puru satu masa nanti. Aku tetap menunggu. Asalkan dia bersedia dengan kos tinggi dan risiko tinggi. Semoga ada cuti lagi.......
5 comments:
1st time tengok gambar ikan tamban hidup. mancing tamban pun ok bah
mana la sang tamban mau didekati. kena mancing tu kan kena hampiri. heheeh.. jala la terus.. kalau guna pukat, ikan tamban akan mati..
gambar ke-5 dari atas tu mcm nak masuk majalah jer. hehehehe...
Kasi tajuk ba hehehe
nda da la mau masuk majalah tu.. cam tiada point juga. aku tengah tunggu bahan dari batu 14 ni.. hehehe
Post a Comment