Selepas selesai kerja-kerja membaik pulih bot MSP, satu trip percubaan dibuat untuk melihat kemampuan bot dari segi gegaran, kelajuan dan olengan. Trip pertama dirancang malam bersama Andi Max dan Rostam dan Lee. Berteman cuaca cantik di malam hari dan arus yang agak kuat, kami berlabuh di depan Pulau Libaran untuk mencuba nasib. Malangnya, tiada seekor pun mangsa kami daratkan pada malam tersebut. Kehampaan dan kecewa mengisi ruang malam. Akhirnya kami sepakat untuk tidur sampai pagi. Hanya Rostam yang rasanya tak selesa. Dia tidur selepas kami berjaga sekitar jam 4 pagi.
Hanya gambar ini menjadi bukti trip kami pada 2 minggu lepas. Dikala para pemancing masih bersemangat.
Errk!!.. Apahal pula gambar sungai Tongod ni masuk? Sebenarnya gambar ni diambil pada percubaan pertama aku menguji lubuk udang di Tongod. Namun keputusan juga zero. Setengah hari masa diluangkan tapi seekor udang pun gagal didaratkan. Rakan yang biasa dengan sungai Tongod mengatakan bahawa air belum cukup jernih untuk memancing udang. Tunggulah kemarau.. Akan ada juga trip seperti ini di masa ada datang. Nantikan....
Selanjutnya, aku menerima beberapa panggilan yang bertanyakan tentang bot MSP termasuk juga yang bertanyakan tentang cerita lanun di Teluk Labuk. Antaranya panggilan yang datang dari En Md Tali(Li) dan disusuli perjumpaan pada jumaat lepas. Sebagai orang yang baru ingin menguji Teluk Labuk, situasi pancingan, set, umpan, kedalaman lubuk dan beberapa soalan lagi menjadi perbualan utama kami. Perjumpaan selama sejam itu memberi peluang untuk aku menerangkan situasi sebenar pancingan Sg Beruang. Jalan yang teruk, bot yang tak berbumbung, dan kebarangkalian ikan besar meragut umpan sangat kecil. Pasti menguji mental dan fizikal pemancing baru. Adakan Li dan teamnya bersedia untuk menghadapi ujian tersebut? kita saksikan bersama....
Ternyata Li dan rakan-rakannya, Pet, Wan dan Along tiba juga pada pagi ahad. Ini bermakna mereka bersedia menyahut cabaran pancingan Teluk Labuk. Tahniah Li dan Team..
Senangin yang menjadi habuan Li. Ini bukan ikan pertama kami dalam trip ini tapi ini bonus pertama. Panas Dah mula menyengat waktu ni.
Ini pula Pet.. Kerapu dari lubuk Scow diheret naik dengan jayanya walaupun selepas kehilangan beberapa bentuk matakail dan batu ladung.
Saat yang paling getir bila sekitar jam 11 setengah angin sudah mula berhenti. Panas terik mula menyengat. Hanya mental yang kuat bakal bertahan. Mujur aku pakai baju Columbia.. Tak terasa sangat bahang panas. Betul bro.. ada bezanya dengan baju lain.. hehehe...
Setengah jam sebelum trip ditamatkan, Li dan Pet masing-masing mendapat habuan terbaik dari Lubuk Keriting. Pet dengan ikan Kaci nya dan Li pula dengan kerapu yang agak besar. Selepas gambar ini diuploadkan ke blog untuk repot baru aku sedar yang Wan dan Along tiada gambar bersama ikan. Sori bro.. tercicir la pulak.. hehehe..
Hasil 4 pemancing. Hampir juga 20 kilo kut. Kerapu, merah, kaci, gelama, bebolos, tambak dan tanda menjadi koleksi tangkapan mereka di trip yang pertama di Teluk Labuk. Tahniah sekali lagi untuk ahli team. Anda memang berani mencabar haba tengahari di laut Teluk Labuk..
Ni pula tangkapan aku, sembilang dan kerapu. Camera trick membuatkan aku seolah cuma dapat 3 ekor ikan tapi sebenarnya dalam tu ada ikan merah, kerapu dan 3 ekor sembilang besar. Malangnya dalam trip ini kami gagal mendapatkan umpan terbaik sedangkan sehari sebelum trip, Pulau Baru memberikan sensasi cerita pancing yang mengujakan dari nelayan yang datang melawat sana. Belum rezeki lagi lah.. hehehehe.....
1 comments:
saya sendiri pun belum pernah dpt tangkapan sebegitu byk.. tabik springgg...
Post a Comment