Followers

Sunday, April 1, 2012

Ikan Patin Taman Rekreasi Jalil Alip

Hujung bulan Januari yang lalu saya, Aleng dan Cikgu Jepp telah mencuba resepi yang kami temui dalam internet untuk memancing ikan patin kolam. Lokasi eksperimen kami tidak lain tidak bukan, satu-satunya kolam mancing bayar, Taman Rekreasi Jalil Alip, Batu 14, Sandakan. Hasilnya amat mengujakan kami bertiga yang pertama kali menaikkan patin sebesar ini.




Kami berjaya mendaratkan 4 ekor ikan patin rata-rata dengan berat 5.5kg - 6kg. Saya sendiri 2 ekor, manakala Aleng dan Cikgu Jepp masing-masing sorang sekor. Tangkapan tersebut secara tidak langsung telah memecahkan rekod peribadi untuk ikan air tawar bagi kami bertiga.







Baru-baru ini heboh diperkatakan, bahawa ikan belida pulak menjadi ikan yang kerap berjaya dipancing di taman tema tersebut. Mungkinkah patin Jalil Alip dah habis?

3 comments:

alphakilo said...

tahniah dengan kejayaan yang dilalui.. rasanya berjaya memecahkan rahsia umpan ikan buruan disatu-satu tempat lagi baik dari dapat ikan dilaut dengan banyak.. tahniah bro.. jangan lupa ajar kami pulak nanti.. hehehe

mayong said...

jom la ramai2 dgn geng MSP mancing di Jalil Alip. boleh kita buat BBQ sayap. geng Md Tali pun join la skali

Anonymous said...

Tahniah pada yg menang mancing..bulan ni bila ada ajuran mancing lagi di jalil alif batu14.info sikit

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...