Hari terakhir 2011, MSP dan seorang pemancing jemputan, Andi Max menjelajah sungai-sungai kecil di Kg Sungai Beruang untuk menikmati seni pancingan udang galah.
Sebahagian jalan masuk ke Sg Beruang rosak teruk akibat hujan lebat dan laluan kenderaan berat. Kami bertolak ke lokasi pada lewat petang dan secara tidak langsung ini menjadikan pengalaman pertama kami memancing udang galah di waktu malam. Di fikiran mula terbayang cabaran dan bahaya yang bakal dilalui.
Dengan menggunakan anak udang hidup sebagai umpan, kami bersilih ganti menaikkan udang galah. Walaupun hujan, sekali sekala turun agak lebat, namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk memancing.
Ketika kebanyakan warga Sandakan menanti detik 12 tengah malam bagi menyambut tahun 2012, kami terus melayan getuan udang galah yang kadangkala agak kasar dan mampu membunyikan drag kekili kami.
Akibat jarang-jarang mancing udang galah, kami tidak tahu masa yang betul-betul sesuai untuk menaikkan mangsa. Kami seringkali tewas semasa udang dikarau naik. Dialog "Alamak... terlepas", menjadi kata-kata yang kerap kali diucapkan dalam trip ini. Ternyatalah, bukan senang untuk menguasai teknik pancingan udang galah, kalau tidak betul-betul faham cara mereka menjamah umpan. Lemah gemalainya sepit mereka mencuri umpan, menambahkan lagi kesyahduan dan keromantikan seni pancingan ini.
Kapten bot merangkap chef dalam trip ini, Arbakin menyediakan sarapan pagi kami. Maggi kari udang galah segar dari ladang. Dia punya bau, perghhhh.... udang fresh la katakan.
Andi Max dengan reaksi spontan beliau sesudah kenyang membedal 2 mangkuk maggi udang galah. Nyawa dah tambah, apa lagi? Sambung mancing la, habiskan umpan.
Arbakin meneruskan prestasi cemerlangnya dengan sang sepit biru ntah yang ke berapa.
Hampir kesemua udang yang kami dapat dalam trip ni ada telur yang banyak. Kelihatan kapten bot memerhatikan sesuatu. Pasti ada yang membuatkannya bimbang. Rupanya sebuah terowong kecil yang akan menjadi satu-satunya jalan keluar kami. Dengan laluan yang sempit, arus yang laju dan air cetek, kepakaran dan kemahiran beliau dalam mengendalikan bot amat diperlukan.
Hampir kesemua udang yang kami dapat dalam trip ni ada telur yang banyak. Kelihatan kapten bot memerhatikan sesuatu. Pasti ada yang membuatkannya bimbang. Rupanya sebuah terowong kecil yang akan menjadi satu-satunya jalan keluar kami. Dengan laluan yang sempit, arus yang laju dan air cetek, kepakaran dan kemahiran beliau dalam mengendalikan bot amat diperlukan.
Kami sampai di jeti menjelang waktu tengah hari. Inilah sebahagian udang galah yang berjaya dinaikkan. Sebahgian lagi dalam perut dan selebihnya terlepas akibat kemahiran kami yang masih kurang dalam seni pancingan udang galah. Agaknya kalau terer mancing udang galah ni, mesti banyak boleh dapat. Dua ekor ikan sembilang sebagai bonus, terlupa pulak nak difotokan.
7 comments:
tiada yang percaya kita bermalam kat lubuk tu bro.. rata-rata cakap aku ada lubuk rahsia.. hehehe.. semalam aku ajak 2 lagi rakan tapi nda mau.. takut sangat kut dengan lubuk tu...
rasa ketagih pulak skrg ni mancing udang. relax, nda penat mcm mancing ikan
jadi.. mau lagi bermalam kat lubuk tu bro? hehehe.. sabtu ni lawa lagi tu.. tapi kali ni kita guna mata kail lebih kecil. mungkin lebih berkesan.. hehehe
aiya, napa tak lepas je yg bnyak telur tu....
ble jga dia kc menetas tuk pancingan di masa hadapan....
sedap tu udang... lama sudah mau menerai pancing udang ni... tapi tiada kaki di sini... tahniah geng...
-ipen-
tengkiu pen, agaknya kat sabah belum berapa famaous kot mancing udang ni. rambat terus lagi puas hati. Tapi kat KK dah ada pb. syok tu casting PB
anonymous.. lubuk udang tu ada kelainannya sendiri.. undang hanya muncul pada musim hujan. kalau dah musim hujan berlalu jangan harap nak jumpa udang lagi kat sana. maksudnya ada masa untuk dia membiak dan ada masa untuk kita menuainya.. yang penting jangan ada unsur racun turut serta..
Post a Comment