Followers

Wednesday, January 25, 2012

KERANA RINDUKAN KERITING 2

Entah berapa lama sudah Lubuk Keriting tak dilawat. Bukan sekadar aku dan rakan-rakan, malah sepupu aku yang banyak masa free tu pun tak dapat berkunjung ke sana lantaran tekanan cuaca yang menghalang.

Bersama harapan agar cuaca berpihak kepada kami, satu trip diatur bersama rakan seperjuangan iaitu Mayong, Andi Max dan Lee. Tiba pagi yang dijanjikan, Cuaca berubah muram selepas beberapa hari ceria. Hujan diawal pagi membuatkan kami terlewat bergerak ke lokasi.



Wajah-Wajah yang penuh pengharapan selepas hujan pagi berlalu dan diganti oleh sinar matahari. Kami bergegas menuju ke lokasi nelayan menjaring umpan untuk mendapatkan umpan yang terbaik. Tiba di tempat yang dituju, tiada satu pun bot nelayan yang kelihatan. Mungkin mereka bermain di area laut yang lebih jau. Nampaknya kami terpaksa mendapatkan sendiri umpan udang hidup dan ini pasti membuang masa kami.



Andi Max yang berada di depan bot bertanggungjawab memasang pukat 3 lapis. Malangnya kami cuma beroleh 4 ekor umpan udang hidup selepas 2 kali memasang pukat.
Aku mengambil keputusan bergerak ke laut untuk mengejar nelayan yang berada jauh dari pantai. Sebaik sahaja minyak enjin dipulas, satu bunyi patah yang jelas kedengaran dan secara spontan aku memperlahankan bot sambil memegang kedua-dua enjin agar tidak terjatuh kedalam air.

Andi dengan pantas menghulurkan tali selepas aku minta. Enjin yang sudah goyah mesti diikat. Papan setebal 2 inci tempat enjin sangkut diikat ketat telah pecah lantaran lama tidak di selenggara. Mujur lah enjin tidak jatuh kedalam air. Salah satu enjin dinaikkan ke dalam bot dan sebuah lagi masih digunakan untuk bergerak tapi hanya dengan kadar perlahan. Selepas kami berbincang mengenai situasi yang baru berlaku, semua sepakat untuk bergerak masuk semula kedalam muara sungai. Agak mustahil untuk meneruskan perjalanan. Kami sepakat untuk memancing di muara.
Dimuara, aku yang membuka tirai dengan seekor kerapu kecil yang melahap umpan yang ku pasang. Seterusnya kami melayan ikan-ikan yang sudi menhiburkan kami. Antara yang ada adalah kerapu, gelama, utik anak gerepoh dan beberapa jenis ikan lagi. Namun hampir semua bersaiz kecil.





Gelama dan utik langsung tidak dirakamkan gambarnya. Tiada seorang pemancing pun yang sudi ambil gambar bersama dua spesis ini walaupun kameraman menawarkan untuk tangkap gambar.




Andi Max mampu tersenyum puas selepas menumpaskan seekor kerapu hampir sekilo dan menobatkan beliau sebagai juara pada trip kali ini. Kami bergerak pulang kira-kira pada pukul 4 setengah petang bersama hasil yang agak kurang.





Kepantasan pergerakan juga kurang lantaran hanya sebuah enjin yang kami gunakan. Malahan tidak diperah semaksimum seperti diawal trip. Risau yang retak akan pecah. Syukur, kami masih diizinkan tiba ke jeti dengan menggunakan enjin. Entah apa akan jadi kiranya kedua-dua enjin jatuh sedang kami terlupa membawa dayung. Dalam trip kali ni, hasil agak kurang dah kami juga gagal tiba ke Lubuk Keriting. Maka belum ada rezeki lagi untuk melepaskan rindu pada lubuk-lubuk terbaik di Teluk Labuk. Mungkinkah dalam masa terdekat ni kami bakal dibenarkan menduga penghuni lubuk yang sudah lama tidak diusik? Nantikan laporan kami dari masa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...