Followers

Sunday, January 15, 2012

Kerana Rindukan Keriting


Kerana rindukan Keriting, Andi Max, Lee dan saya sendiri ke Kg Air, Sandakan petang tadi. Mancing santai-santai sambil bersembang. Memang belum ok kalau nak ke laut waktu macam ni. Mujur cuaca petang tadi baik. Cuma angin agak kuat.


Ikan Kerong-kerong. Brader di belakang tu tengah mancing Andapong guna umpan roti.


Selar papan. Brader belakang tu dah mula tergugat.


Ikan tanduk (tak tau nama sebenar)


Si Buntal. Brader belakang tu semakin jeles.


Ikan Kuku. Aik, naik lagi? Mana la andapong ni tak makan makan.


Macam ikan kerisi kan? Ya la kot, kerisi. Brader tadi dah tukar tempat, mancing andapong lagi.


Dalam kesibukan melayan panggilan telefon dari awek beliau, Lee masih lagi selamba menaikkan sang buntal. Perhatikan handphone di telinga kirinya.


Ikan Kuku lagi. Lee masih lagi bergayut dengan awek tersayang.


Ikan putih foul hook


Baby kerong-kerong


Kerong-kerong lagi


Bila ikan dah kurang makan, bergambar dulu.


Lee menamatkan aksi petang tadi dengan ikan utek. Kali ni tanpa handphone di telinga. Di belakang, saya memerhatikan kedalaman air. Mana la tau saya terjatuh. Dah la tak pandai berenang. Semua gambar di atas adalah ihsan bro Andi Max. Saya mana ada kamera lagi dah.

8 comments:

alphakilo said...

oit.. mancing diam-diam haa... huhuhu.. happy betul si andi dapat ikan putih.. hehehe tahniah bro...

mayong said...

abis, hari ahad kan bro punya family day, esok dah nak outstation. jadi, nda mau la kami kacau. hehehe... si andi yg paling byk naikkan ikan ptg tadi

mappeddo said...

ya..ya..betul tu bro Mayong..tak mau kacau dulu org punya family day..chinese new year atau 29 lah kami kacau ya..boleh tak?..hehe

mayong said...

betulll... pasal CNY kan cuti 4 hari. Jadi Family day dianjakkan ke hari lain. hehe..

alphakilo said...

CNY may mancing apa? air masih keruh lagi. ombak masih kuat. err.. udang mau ka? tapi nda sesuai la untuk pemancing tegar laut. hehehehe

mayong said...

ok ja, masalahnya ahad ja saya available CNY tu. lagi 1 masih mengharap belas ihsan pemancing tegar laut punya kereta. kereta diorang tahan lasak. hehehehehe...

mappeddo said...

uiihh..macam kenakan aku lah..ahahahaha

mayong said...

Hahahaha.... ptg ni ha bro. Jam 3 ptg di markas MSP. Hidup bro mappeddo!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...