Followers

Sunday, October 10, 2010

TARIKH SEJARAH... 10/10/10

Mulanya, plan hanya mencari ikan tabung di sekitar pulau tikus dengan cara biasa, iaitu menggunakan umpan sotong hidup dan teknik pancing dasar. Memandangkan cuaca agak kelam, kami terpaksa menunnggu di jeti hingga sekitar jam 9 malam. Bila dah agak berlalu mendung hitam, kami lantas bertolak. Malangnya, trip ini bukan rezeki kami. Tiada seekor sotong pun yang sudi memunculkan diri di kala kami menanti walau telah 5 kali beralih lokasi. Arus yang kuat, cuaca yang tak menentu seakan menyokong keengganan sotong untuk menjadi habuan kami maka apalah ertinya peralatan pancing yang indah-indah sedang umpan langsung tiada?
Aku meminta pendapat dari tekong (anak buah aku) dan dia mencadang kan supaya kami pulang ke rumah sahaja. "tido lagi bagus" katanya. Namun perjuangan belum berakhir. Aku membantah cadangannya dan meberikan satu cadangan yang mungkin baik bagi aku tapi belum tentu bagi peserta lain.
"kita patah balik ke muara dan tido sana. Kalau hujan menitis ja, kita pecut pulang tapi kalau tiada hujan, aku mau casting pagi esok". Tekong mengangguk saja seolah bersetuju. Alaaa.. anak buah aku juga. Bukan dia berani sangat pun. Lalu kami pun berlabuh di muara sungai dan tidur sampai pagi..

Jam 5 setengah pagi, semua peserta dah bangun dari tido yang tak selesa. Dalam kelam-kelam pagi, aku mengikat perambut untuk casting. Memang itu tujuan aku bawa mereka ni berlabiuh di muara Kuala Gum-Gum. Selepas selesai semua, aku menghidupkan enjin dan menghala ke lubuk. Tiba di lubuk, gewang lantas di terbangkan. Peserta lain hanya menonton sebab hanya aku yang ada gewang dan itu pun sebab ada seketul dalam tacklebox. Tangan yang mengarau perlahan tiba-tiba terhenti, lengkungan joran amat indah bila disulami bunyi kekili yang mengaum dihening pagi. Pertarungan berlangung selama beberapa minit dan, tertewaslah seekor ikan yang sering jadi buruan para pemancing, MANGROVE JACK atau siakap merah dengan skala selepas ditimbang di rumah, 2.8 kilogram!
Malangnya, sewaktu aku sibuk merakamkan foto bersama sang ikan, datang pula 2 orang nelayan berdayung menghampiri pulau berbatu tempat kami berlabuh. (Lihat latar belakang gambar di atas). Bertujuan mencari tiram dan mengetuk bongkah batu yang ditumbuhi tiram. Suasana sunyi pun terganggu. Selepas mata kail ditanggalkan, aku terus melontar gewang dengan harapan tapi setengah jam mencuba tiada sudah yang menyapa. Ternyata bunyi ketukan oleh pencari tiram tersebut berkesan menghalau ikan di lubuk itu.
Tarikh 10/10/10 mencatatkan rekod peribadi aku. Siaz MJ terbesar pernah ku daratkan. Walau pun trip ini amat tersasar, aku tetap rasa bertuah. Entah bila lagi akan dapat merasa renjatan sebegini di masa akan datang.
Maaf, gambar seterusnya mungkin tidak digemari oleh sesetengah pemancing tapi inilah satu-satunya hadiah untuk KDN dalam trip ini..

Tiba di rumah, aku siapkan juga ikan yang dibawa pulang. Hampir lupa ambil gambar saiz ikan. Dah siap sisik baru teringat.

Maka, aku pun berselera makan hari ni (10/10/10) berlauk ikan merah rebus dan berteman perut lapar bersama keluarga. Alhamdulillah..


8 comments:

mayong said...

tahniah tahniah... mmg besar ikan Maikel Jeksen tu... siap gambar dah dimasak lagi tu... mmg kuat betul racun report ni...

alphakilo said...

abis tiadak gambar lain nak bubuh.. tu ja satu-satunya ikan yang ada.. hehehe.. tengkiu bro

mayong said...

yg paling tak tahan, dlm trip ni jadi pemancing sepenuhnya... dah tak jadi botman lagi ha? hahahahaha... teruk kena hentam dek kawan

alphakilo said...

naa cari pengalaman ba joo.. huhuhuhu.. malas mau jadi botman.. hehehehe..

mayong said...

ada masa kita kena jadi pelanggan supaya kita dapat selami masalah dan kehendak pelanggan... org tidong kata "customer always right"

TMS @ MACK said...

Alphakilo:Tahniah2!....aku juga melepas trip ni....

Mayong:Isu boatman & jangkarman dlm Joran Sabahan di Facebook tu ditujukan kepada tuan punya boat/pemilik boat yg berdaftar di Yacth Club.Si Alphakilo teda kena mengena dlm isu ini...

alphakilo said...

TMS.. jangan tuan risau.. kami faham tu.. aku tiada masalah juga ngan isu tu. aku bukan bisnes pun ngan bot ni. hehehe

mayong said...

ntah... terasa plak bro TMS ni... karate ketiak tu baru tau...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...