Followers

Tuesday, August 10, 2010

TUAH ORANG BARU

Perancangan pertama ke puru-puru gagal dilaksanakan. Puasa semakin menghampiri. Selepas beberapa perbincangan bersama rakan, keputusan diambil. Puru-Puru mesti dikunjungi sebelum puasa. Akhirnya terlaksanalah trip ke Puru-Puru pada 07 ogos 2010. Trip kai ni disertai oleh seorang pemancing baru yang ingin merasai pengalaman memancing. Kami bertujuh menaiki dua buah bot berenjin yamaha enduro 15hp.
Jom tengok gambar.
Bot kedua yang agak laju dari bot pertama. Mereka sempat singgah casting di pulau kecil di kuala Gum-Gum dan berhasil mendaratkan 2 ekor alu-alu anggaran 2 atau 3 kilo(tiada difotokan)
Jam 11 pagi bertolak dari jeti bukanlah masa yang baik untuk berlengah-lengah. Kami terus bergegas memecut ke lokasi memandangkan perjalanan menyeberang Teluk Labuk memakan masa 2 jam setengah.

Ini adalah sebuah pulau yang terbentuk dari timbunan beting pasir yang semakin tinggi. Di tambah pulak dengan kehadiran pokok-pokoknya, menjadi tempat perkemahan nelayan tegar yang berkunjung ke puru-puru selama berminggu-minggu. Ada sesetengah orang menganggap ini adalah pulau Puru-Puru.

Pemandangan jarak jauh pulau 'teduhan nelayan' di Puru-Puru. Pada hari pertama kami berada di kawasan Puru-Puru, kami hanya dapat trolling dan memasak. Langsung tak sempat memancing. Tambahan pulak memang tiada sebarang bekalan umpan kami bawa. Hanya berharap pada sotong dikala malam. Gambar-gambar berikutnya adalah aksi-aksi pemancing apabila malam menjelma. Jom layan...






Pemancing baru (saudara Jivoh) diuji oleh pecutan ikan yang berbeza dari sebelumnya. Jelas kelihatan tali pancing beliau diheret jauh dan ikan seolah timbul di kejauhan namun kegelapan malam menghalang kami memastikan ikan apa. Kami hanya mampu meneka.
Akhirnya, menyerah juga sang ikan ditangan pemancing ini. Sedikit kelewatan mungkin bakal mengecewakan sebab sebaik saja ikan dinaikkan ke bot, perambut 30lb, putus gara-gara geseran bibir sang senangin. Memang dah rezeki lantas mengangkat tuannya menjadi juara trip tersebut.

Antara aksi di siang hari yang kedua. Sebelum bergerak pulang, kami menghabiskan sisa-sisa sotong yang masih ada. Nampaknya mereka juga lah yang bernasib baik. Saya hanya menonton aksi-aksi mereka. Tahniah pada pemancing yang terlibat. Semoga kita masih berjodoh lagi dengan Puru-Puru..

Hasil seluruh tangkapan seramai 6 orang pemancing tidak termasuk saya, sebab saya cuma beroleh 3 ekor ikan yang curut. huhuhuhuhu....













7 comments:

mayong said...

best best... tahniah semua kwn2 mancing

alphakilo said...

ya best bro.. aku ni ja kena ikan cap tapak tangan. huhuhu.. jeles tengok dorang tarik ikan..

mayong said...

tiap2 kali tekong alphakilo pegi mesti tak sehebat ahli trip lain. apa kata next trip bro alphakilo plak jadi ahli biasa? mesti berbaloi baloi hasil tu nanti

alphakilo said...

next time aku gi sendiri ja la. Bawa kameraman ja nanti. Baru best. Ikan kecik pun bleh jadi juara. Hahaha. Hmm.. Ntah la bro. Aku pun tertanya, di mana silapnya.

mayong said...

saya sudi jadi cameraman separuh masa... hehehe..

TMS @ MACK said...

Menurut pengamatan hamba,selain faktor rezeki,mungkin juga faktor lain seperti batu ladung,perambut(panjang/pendek/diameter)menjadi penyebab/punca ketewasan panglima Bear ini....rasa-rasanyalah.

alphakilo said...

memang aku amat kurang ilmu bab perambut dan batu ladung.. mata kail pun semua jenis yang 25 sen sebiji ja.. hmmm.. nampaknya kena banyak belajar lagi la ni dari tuan mack..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...