Followers

Saturday, July 31, 2010

Pertandingan Memancing di Kompleks Sukan Sandakan

25 Julai 2010. Tarikh yang ditunggu tunggu oleh semua pemancing Sandakan khususnya pemancing air tawar. Mana tidaknya, buat julung julung kalinya Kompleks Sukan Sandakan menganjurkan pertandingan memancing di kolam (tak sesuai rasanya kalau dipanggil tasik) kompleks tersebut. Maka sejak awal pagi lagi berduyun duyunlah pemancing turun untuk mencuba nasib di kolam larangan tersebut. Yuran RM10 dikenakan bagi setiap joran yang digunakan. Bagaimanapun, maksimum hanya 2 batang joran dibenarkan bagi setiap pemancing.

Tepat jam 9 pagi siren dibunyikan menandakan pertandingan dimulakan. Macam-macam gelagat pemancing dapat diperhatikan. Set joran dari set udang, surfcast hinggalah set YFT. Ada jugak yang guna teknik casting. Cuma tak nampak pulak yang guna teknik fly. Umpan pun bermacam macam jenis. Dari yang original ke homemade. Dari sewangi wangi umpan ke sebusuk busuk umpan. Semuanya dengan 1 matlamat, iaitu mendaratkan ikan terberat, yang bernilai RM300.

Seorang kawan dengan hadiah sebuah hamper cabutan bertuah. Belum pun pertandingan mula dah dapat hadiah. Memang betul-betul bertuah.

Brader Cosmack, Arbakin dan Yazid memilih untuk memancing di belakang barisan pokok bunga raya. Paling dekat dengan meja urusetia dan tempat timbang. Dengan harapan kalau dapat ikan boleh cepat-cepat hantar timbang. Mana la tau kalau-kalau dapat ikan mega dalam 'waktu kecederaan' nanti. Hehehehe...

Cuaca yang semakin panas menjelang tengah hari membuatkan segelintir kaki pancing memperlahankan rentak dengan berteduh, bersiar-siar, makan-makan, kacau awek, curi teknik pemancing lain disamping menceritakan rekod ikan terberat yang pernah terlepas. Memang menyeronokkan apabila bertemu dengan orang yang sama hobi dan minat ni. Macam-macam cerita keluar.

Yazid dengan seorang rakannya, Hj Yassin yang pertama kali memancing. Dah dapat hamper kira ok la tu kan. Tempat yang kami memancing cuma ada lampam, flower horn dan ikan tebal sisik jer yang sudi menjamah umpan. Ada la jugak ikan pancingan Hj Yassin 2 kali tersenarai antara 10 ikan terberat hari tu. Namun akhirnya tersingkir jugak oleh ikan-ikan lain yang lebih berat.

Pertandingan tamat pada pukul 3 petang. Seingat saya, ikan terberat pada hari itu yang berjaya merangkul tempat pertama adalah ikan talapia seberat 780 gram. Pemancing tersebut berjaya memenangi RM300 beserta hamper. Manakala tempat kesepuluh ikan seberat 160 gram. Tak ingat ikan apa.

Yazid dengan salah sebuah hamper yang dibawa pulang melalui cabutan bertuah. Jadi la, dari langsung tak dapat apa apa. Brader Arbakin dan Cosmack pulang awal sejurus pertandingan ditamatkan kerana ada urusan lain yang lebih penting dari menunggu nombor mereka dipanggil untuk menerima hamper. Hehehehehe...

3 comments:

Erwin Hardy said...

Hello! Bro, ada tips ka mana2 tempat mancing yg bagus. Semalam try jugak tembok dekat navy, tapi teruk la. Sudahla sangkut2 all the way, suasana pun bising dengan budak2 motor. Habis ikan semua lari! Kalau ada tempat2 best, xkira la air tawar ka laur ka, roger2 la kalau dapat. Okey, thanks! Peace..

alphakilo said...

kalau tempat mancing yang bagus kat sandakan ni kena juga naik bot la bro. tempat dalam, siring-siring, memang kena naik bot atau kapal juga best tapi kalau sekadat land base di batu putih dan di kg air ok juga cuma kena lawat masa air sesuai lah. ni ada senarai tekong dan no contact tekong di facebook. (masuk ke perbincangan di joran sabahan). semoga dapat membantu bro..

Anonymous said...

buat la anjuran lg.. x puas lg ni...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...