Followers

Tuesday, August 9, 2011

TRIP BERTEMAN KDN DI BULAN PUASA.

Sebelum puasa bermula, Biras aku booking bot untuk trip sebelum puasa bersama KDNnya. Secara otomatik, KDN aku juga pasti turut serta. Malangnya, sehingga puasa bermula, arus tidak sesuai untuk mengusik lubuk dalam simpanan aku. Akhirnya Biras aku terpaksa bersetuju untuk menduga lubuk pada hari keenam puasa.
Kami bergerak agak lewat lantaran arus surut yang masih deras. Hampir jam 9 pagi barulah bot dipacu menuju lokasi-lokasi menjala udang. Keadaan arus tidak membantu kami untuk mencari udang kapur. Lebih baik bersedia dengan udang jala.
Sekitar jam 10 setengah kami berada di lokasi memancing yang dah lama aku tak usik. Takat tadika bukan la takat yang aku gemar kunjungi kalau waktu siang sebab ikannya yang kecil bakal mengganggu pemancing tapi oleh kerana sauh yang ku bawa tidak bersambung rantai, aku tidak berani untuk bertaruh nasib di takat tajam. Takat Tadika dipertaruhkan untuk untuk menghiburkan biras ku dan KDNnya, aku dan KDN ku serta adik ipar aku. 5 pemancing mencuba nasib merendam umpan udang hidup.



Biras aku membuka tirai dengan tekanan ikan Daun Baru yang disangkakan ikan Tabung.






Manakala aku pula jadi orang kedua menaikkan ikan. Ikan sasaran pulak tu. hehehe



5 pemancing memberi tumpuan penuh untuk cuba menjadi yang terbaik dalam trip ini termasuk aku. Tambahan lagi, umpan udang cuma ada dalam 30 ekor sahaja. Siapa cepat, dia banyak dapat. Seterusnya kita layan sedikit gambar tabung yang berjaya didaratkan.








Tabung saiz stim yang rajin menghiburkan kami dan memberi semangat kepada pemancing hingga kami terlupa pada lapar dan dahaga buat seketika. Tabung dalam trip ini agak ganas. Kami dihidangkan dengan rentapan ganas yang mampu mengejutkan kami. Silih berganti joran kami dilenturkan oleh sang tabung.






Adik ipar aku juga tidak ketinggalan mendaratkan tabung saiz hidangan.







Terselit juga sang gerepoh didalam kumpulan tabung yang menggila. Juga memberi hiburan yang menaikkan semangat.



Tabung terakhir ku sebelum aku berhenti memancing kerana umpan tinggal sedikit. Aku harus memberi ruang kepada peserta lain untuk menambah koleksi masing-masing. Ini tabung kelima yang ku daratkan selain dari 2 ekor kerapu dan seekor ikan putih/gerepoh.




Ini pulak lesen KDN ku yang agak tertekan setelah menjadi orang terakhir yang belum mendaratkan ikan. Alhamdulillah, selepas ikan pertama, KDN mendapat sedikit rentak dan berjaya mendaratkan beberapa ekor lagi kerapu dan pisang-pisang.



Biras aku yang sanggup keluarkan duit untuk kos minyak demi membalas dendam kerana ketewasannya pada trip mancing utik yang lepas.





KDN biras aku yang juga ipar aku terhibur dengan tangkapannya sendiri.





Inilah hasil keseluruhan tangkapan kami pada trip pertama di bulan buasa ini. Wajah sang pemancing jelas kelihatan ceria sepanjang perjalanan pulang cuma aku yang tersengguk-sengguk sambil pegang handle enjin bot. Perjalanan agak lambat. Kami bergerak pulang sekitar jam 2 setengah petang dan tiba di jeti hampir jam 4 petang. Alhamdulillah, ada juga lauk segar untuk berbuka dan bersahur.




Monday, July 25, 2011

KERANA SESUAP NASI

Sebagai ayat pembuka kata....


Tidak semua yang dirancang berjalan seperti diharapkan.

Tidak semua perkara berlaku seperti selalunya.


Trip ini dirancang lebih kurang seminggu bersama seorang rakan sepejabat. Lokasi cadangan adalah di Pintasan. Malangnya 4 hari sebelum masa dijanjikan, sang rakan mengajak aku duduk minum. Dia yang belanja minum lagi. Ingatkan saja-saja. Rupanya ada udang disebalik batu. Sang rakan mengemukakan bahawa dia tidak dapat join dalam trip yang dirancang. Aku tinggal pasrah. Kos trip pintasan 2 hari 1 malam tidak kurang dari rm180. Mana mungkin aku dapat tanggung kos sebegitu sendirian di hujung bulan begini. Habis.. mau ajak siapa lagi? Akhirnya, trip di batalkan. Pun begitu, aku tetap akan turun juga walau pun hanya di sekitar Pulau Baru. Bersendiri. Hari ahad. Aku takkan gentar di padang permainan ku sendiri.


Pagi ahad di jeti Kg Sg Beruang disibukkan dengan 4 pemancing termasuk aku. Ingatkan aku bakal bersendiri rupanya ada juga team yang ingin join dengan aku. Team dari kesihatan termasuk adik aku, Jas. Dalam trip ini, aku tak mensasarkan apa-apa yang lumayan kerana air tak cukup cantik. Bagi aku, cukup la sekadar dapat lauk untuk sekali duduk makan. Sebab tu trip ni dinamakan sebagai trip KERANA SESUAP NASI.



Gambar sekadar hiasan



Seawal jam 6 pagi, aku bertolak sendirian menuju muara. Umpan udang hidup perlu ku dapatkan untuk jaminan tangkapan bagus di Pulau Baru. Aku selesai mencari umpan sekitar jam 9 pagi dan pulang ke jeti untuk mendapatkan peralatan dan ahli trip yang lain. Kami beredar dari jeti sekitar jam 10 pagi.

Lokasi pertama dilawat adalah Takat Tajam yang terkenal dengan kerapunya. Namun, arus yang lemah dan tak menentu membuatkan penghuni takat menjadi kurang aktif. Hanya beberapa ekor kerapu dan tabung berjaya dinaikan. Aku sendiri cuma dapat 3 ekor kerapu dan seekor tabung.

Lokasi kedua pulak kami sasarkan di Pulau Baru. Pun berkeputusan sama. Malah lebih teruk lagi. Aku langsung tak merasa getuan ikan di lokasi kedua. Kelihatan di kiri dan kanan lubuk, beberapa kumpulan ikan kecil kelihatan menggeremut begitu banyak. Juga sesekali deburan ikan besar menghambat sang ikan kecil. Seorang rakan cuba menurunkan apollo. Hanya 2 ekor berjaya dijerat. Anak ikan kembung bersaiz hampir 2 jari. Mungkin ada ikan pemburu turut berpesta di sekitar Pulau Baru membuatkan ikan buruan kami seperti tabung dan kerapu bersembunyi.

Akhirnya kami bergerak ke muara. Ingin mencuba nasib di lubuk berpotensi. 4 lokasi kami lawat dan aku berhasil mendaratkan ikan senangin 300 gram dan gelama menjadikan jumlah koleksi tangkapan aku meningkat ke 6 ekor. Peserta lain lebih lumayan dari aku. Ada yang naik tabung, kerapu dan juga senangin. Malah jumlah lebih banyak dari ikan aku. Sekitar jam 5 petang, kami bergerak ke jeti bersama hasil tangkapan masing-masing yang tidak dicampur.


Dan sebagai ayat penutup kata..

Seperti diatas, tidak semua report perlu ada gambar. Cukup la sekadar cerita. Tiada juga yang nak di megah. Hanya lauk untuk sehidang meja. Lagi pun dalam trip ini aku membawa sebiji kamera yang langsung tiada cas baterinya. Jangankan nak tangkap gambar, hatta nak hidupkan kamera pun tak dapat jua. Demikianlah adanya cerita.Trip Sekadar Sesuap Nasi Cuma....

hehehehehe.....

Wednesday, July 13, 2011

LUBUK TAJAM LAGI....

Trip dirancang seawal lebih seminggu sebelum tiba masa. Dua rakan aku hubungi untuk dijadikan teman seperjuangan kerana aku tahu air pada 10 julai 2011 sangat sesuai untuk mengusik penghuni Lubuk Tajam. Malangnya kedua-dua rakan mereply sms menyatakan alasan sibuk dan tidak dapat turut serta dalam trip kali ni. Aku berkira-kira untuk berjuang sendiri namun trip bersama KDN pada sehari sebelum bakal menjadi ukuran perancangan trip aku pada hari ahad. Empat hari sebelum kejadian, adik aku bertanya ruang untuk dia dan rakannya berhibur dengan joran. Aku pantas menyambut. Ruang yang kosong diberikan pada mereka berdua. Jas (adik aku) dan Kay bakal mengetahui situasi pancingan Lubuk Tajam yang banyak menyimpan batu ladung dan mata kail para pemancing.
Pagi ahad, seawal jam 7 pagi, kami bergerak menuju muara Gum-Gum untuk mencari umpan. Puas juga la melilau hingga sampai ke Pantai Dandulit barulah stok udang hidup mencukupi.
Kami bergerak ke lokasi pancingan sekitar jam 11 pagi. Arus surut masih bergerak laju.
Tiba dilokasi, kami melabuh umpan udang hidup. Ada sapaan mesra dari sang penghuni tapi lantaran arus surut yang kuat, kami sukar mendaratkan mangsa. Hampir semua mangsa yang terjerat dengan mata kail berjaya menyelinap masuk ke sarang. Hanya beberapa ekor kerapu dan tabung yang berjaya didaratkan.

Antara ikan tabung yang berjaya di heret naik dari lubang lubuk. Ikan ini juga adalah tangkapan terbesar dalam trip ini.


Saiz kerapu yang biasa dinaikkan. Mungkin sebab kecil maka tak dapat la nak lari masuk sarang balik.Kay pun berjaya menghela tabung dari lubang Lubuk Tajam. Sementara aku pulak asyik kehilangan batu ladung dan mata kail. Mana tahan, sekali baling pancing, sekali ikat perambut.
Selepas beberapa jam kami berlabuh di Lubuk Tajam, kami beralih ke Pulau Baru dengan harapan akan bertembung dengan ikan utik perkasa yang aku dan KDN rasa sebelum ni. Malangnya kami didahului oleh dua buah bot panjang yang melabuh jaring di sekitar batuan Pulau Baru. Situasi itu akan mengundang kegelisahan sang penghuni lubuk dan pasti tiada yang sudi makan lagi. Kami tak tunggu lama terus berpindah ke muara. Lubuk di sekitar Sg Gum-Gum masih sesuai untuk diduga dengan umpan udang hidup.



Gerepoh pun turut serta berpesta di lubuk selunsung muara Gum-Gum.

Tabung la paling banyak didaratkan. Di lubuk terakhir ini, Jas paling banyak mendaratkan ikan tabung. Aku juga yang sunyi.


Banyak lagi ikan yang didaratkan oleh dua peserta ini tapi tidak difotokan. Aku cuma memerhatikan sahaja kemeriahan mereka mendaratkan ikan kerana aku tetap sunyi dari terjahan ikan yang mengusik umpan. Apa boleh buat. Memang begitu adat rezeki.



Satu-satunya ikan yang aku daratkan di Lubuk Tajam dan satu-satunya ikan yang berjaya ku hadiahkan pada KDN dalam trip ni. Entah kenapa, semua pagutan dan usikan sang ikan gagal ku daratkan. Mujur ada seekor kerapu yang menggugurkan label kumpau ku pada trip ni. Namun bagi aku, peserta lebih penting dari tangkapan aku kerana mereka jugalah yang menaja semua kos perjalanan trip ini. hehehehe.. apa pun, dua minggu lagi air bakal cantik walau pun tidak sehebat yang diharapkan. Kita tunggu... Andai ada peluang mengusik lubuk ikan, adalah cerita dinukilkan disini.....

Tuesday, July 12, 2011

MANCING UTIK BERSAMA KDN..

Trip untuk menghiburkan KDN sudah lama dirancang tapi seringkali ada halangan. Pada 25 jun yang lalu,satu trip disediakan untuk KDN. Malangnya, trip yang sepatutnya menghala ke Pulau Baru terpaksa dibatalkan kerana masalah umpan udang hidup yang serius. Aku mencadangkan trolling tapi KDN hanya mau menjadi penonton. Aku trolling sendiri dan dapat la hasil seperti di gambar dibawah.



Kedua-dua mangsa dijerat dengan gewang rapala taildancer deep.



Rupanya, trip troling tidak diiktiraf oleh KDN. Aku terpaksa mencari satu lagi masa sesuai untuk menghiburkan KDN. Janji aku, dua minggu lagi di Pulau Baru. Alhamdulillah, Tiada halangan sehingga tiba masa yang dijanjikan.



Pesanan dari editor, toksah skroll laju untuk tengok gambar, tiada apa juga yang gempak. Aku bawa KDN gi mancing utik ja pun. hehehe..



Dalam trip ni ada 4 adegan yang ingin aku kongsikan bersama dan semua adegan ni pun cuma aksi peserta mendaratkan sang utik.
Ni gambar KDN aku(baju hijau). Terpaksa curi gambar sebab dia tak nak aku amik gambar dia. Ni pun hampir kena delete tapi aku minta hanya sebagai bukti bergambar ja. Peserta yang lain adalah ipar aku bersama suami dia(biras aku) dan sorang lagi ipar aku yang berumur 10 tahun.




Sebelum aksi utik diceritakan mari kita nikmati gambar yang berunsur racun sikit. Kami singgah di Lubuk Tajam sebelum beralih ke Pulau Baru untuk menikmati rentapan sang kerapu dan tabung.






Ada juga lah yang sudi menjadi lauk kami. Peserta lain juga turut mendaratkan kerapu masing-
masing tapi segan nak tangkap gambar. Hanya aku sendiri yang mendaratkan tabung di sini.






Cerita bermula bila kami beralih ke Pulau baru....


Mari kita layan cerita dulu sebelum tengok gambar. Lagi pun ikan utik jua adanya.. hehehe



ADEGAN PERTAMA..

Walaupun tiada gambar, aksi yang berlangsung lebih kurang 4 minit tetap menjadi bualan biras
aku yang terasa sedikit karannya. Lebih kurang 15 minit selepas sauh di labuh di Pulau Baru, ipar aku mendapat strike pertama. Pecutan boleh tahan. Aku menjangkakan pari. Tekanan berterusan membuatkan ipar aku meminta tolong pada suami dia. Sejurus selepas joran bertukar tangan, joran yang melentur hebat, tiba-tiba lurus. Tali tangsi 30lb tertewas diperjuangan. Sang biras pula menjadi mangsa dipersalahkan oleh KDNnya kerana cuai menjalankan tugas. Hehehee...





ADEGAN KEDUA....
Selang 10 minit selepas adegan pertama, ipar aku yang kecil pulak diduga. Dengan tali yang juga hanya 30lb, joran dan kekili cap ayam dan pengalaman cetek lantaran hanya berumur 10 tahun, adik ipar aku betul-betul terdera. Melihat tekanan yang dihadapi beliau, aku lantas meminta agar biras aku yang hampir dengan dia mengambil alih. Mulanya biras aku ragu juga takut mangsa terlepas lagi dan kena marah lagi tapi aku cuba meyakinkan dia dan akan memberi panduan pada dia. Biras aku mengambil alih tugas. Tekanan masih kuat. Masa sudah 5 minit berlalu. Aku melarang biras aku memberi tekanan tinggi. Biar sang ikan letih. Takut tragedi tali putus berulang. selepas minit ke tujuh, baru lah sang ikan kelihatan.

"Senangin besar" biras aku bersuara.

"Bukan lah.. Utik tu" aku yang bersedia dengan sauk, membetulkan terkaan biras aku.

"Uih.. besar juga.. Mana ada utik gitu besar" Sang biras masih berkeras.

"Utik bah. Jelas aku nampak tu" Aku pun tetap dengan pendirian. Walaupun ikan masih samar dikejauhan air yang jernih, ianya jelas dari kacamata polarised aku. Sebab tu aku yakin dengan apa yang aku sebut. UTIK..


Minit ke 9 baru lah sang utik berjaya di sauk. Semua peserta yang ada teruja melihat utik yang baru didaratkan. Biasalah, mereka bukan selalu turun mancing pun. Nampak utik atau gelama dah excited..


ADEGAN KETIGA..
Belum pun hilang adrenalin yang dicetus oleh utik tadi, KDN aku menyentap. Aku yang hampir dengan dia turut terkejut dengan aksinya membalas sentap. Melihat aksi joran dan KDN yang kelamkabut, aku tau, ikan yang kena mata kail bukan sebarang ikan.

"Bang.. tolong.. kuat ikan ni.. " KDN minta tolong dah.. hehehe

"Tarik ja.. itu yang dimau sangat.. biar ikan lepas.. jangan joran lepas" aku selamba menjawab.

Aku tau, ikan yang mampu membuatkan kekili sienna 4000 menjerit dan joran relix megapro 20lb melengkung hebat bukanlah ikan sebarangan tapi saat berharga sebegini mesti dinikmati oleh KDN aku sepenuhnya. Aku hanya memberi panduan dari tepi. Akhirnya ikan berjaya disauk selepas 5 minit pertarungan perit antara KDN dan sang ikan. Masih juga ikan UTIK.. Ceh.. heheheh..

Dan KDN juga masih enggan tangkap gambar..




ADEGAN KEEMPAT..
Selepas utik kedua didaratkan, kami cuma dihiburkan oleh ikan-ikan kecil seperti kerapu dan gelama. Ada juga seekor ikan baji jadi habuan ipar aku. Suami dia masih zero..

Aku yang mulanya asyik bercerita tentang pengalaman lepas di Pulau Baru terus mendiamkan diri selepas terasa umpan diusik ikan. Pagutan agak kecil. Hampir sama seperti kerapa Lubuk Tajam. Aku cuba menggerakkan sikit umpan, tiba-tiba tali menjadi kencang. Sang aernoss teruji. Joran viper melengkung maksimum. Yakin dengan set pancing aku, tekanan drag ditambah. Pecutan terhenti. Giliran aku pulak menarik tali. Belum pun separuh digulung masuk, sang ikan mencanak lari lagi. Bunyi kekili terdera begitu indah kedengarannya. Hati tertanya, apakah ini senangin? Kerapu jauh sekali. Tenggiri bukan begini.. Tembaring mana ada di sini. Jadi ikan apakah ini? Senangin? Tabung? Pari? atau Kurau? Aku tau, Pulau Baru sering kali menghidangkan perkabaran luar biasa. Walaupun cuma berkedalaman 25 kaki, masih mampu mengejutkan pemancing dengan ikan perkasanya. Ahh.. jauh sudah aku melalut. Sang ikan berjaya disauk diminit keempat. Jauh benar dari terkaan. Ternyata sang UTIK berjaya merenjat adrenalin aku kali ni. Fuhh.. perkasa juga ikan ni. hehhehe...

Selepas utik ketiga didaratkan, aku membunyikan hon penamatan.

"Dah.. Jom pulang. Lauk dah banyak.. Nda boleh berabis nanti nda da ikan ku pancing lagi." hehehe.. KDN dengan mudah bersetuju. Tanda puas hati dengan trip ini..

Kami pun bergerak pulang... hmmm.. jom layan gambar pulak.. sori.. gambar utik ja..




Utik pertama dari adik ipar aku. Skala 3.12 kilo patut pun dia terdera.. hehehe





Utik kedua yang juga mendera KDN aku. Agak kecil dari utik adik ipar aku.





Merasa juga aku penangan utik ni. Berskala 4.2 kilogram, cukup untuk mendera set ringan aku.







Tiga ekor utik cukup untuk jadi lauk disamping beberapa ekor lagi yang menghibur kami. Gambar diatas adalah hasil keseluruhan tangkapan kami kecuali kerapu besar yang aku masukkan dalam sangkar agar hidup sampai ke jeti. Secara keseluruhan, KDN dan peserta lain terhibur dengan trip ini. Mungkin akan datang akan ada lagi permintaan dari KDN untuk mengisi ruang masa dihujung minggu tapi aku bukan selalu ada masa pun. hehehehe... Apa yang pasti, esoknya aku datang lagi bersama adik aku dan rakan dia. Nantikan ceritanya....

Sunday, June 26, 2011

Mini Tournament @ Libaran

Setelah hampir 2 bulan merancang dan menyusun startegi, akhirnya 25 Jun terlaksanalah trip memancing ke Pulau Libaran, Sandakan. Pada asalnya sebahagaian besar ahli trip adalah dari geng Joran Sabahan dalam Facebook. Namun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, cuma 6 orang sahaja yang dapat turut serta selain 4 lagi terpaksa diimport dari luar.

Pelayaran kami ke Pulau Libaran bermula sekitar 07.15 pagi dari jeti Batu Putih dengan menggunakan kapal Baso. Perkara yang dibimbangkan iaitu ketiadaan umpan udang hidup memang benar-benar berlaku, apabila pukat yang diturunkan cuma berjaya menaikkan udang tak sampai 5 ekor. Nasib baik ada beli udang pasar buat 'back up'.

Anak alu alu, ikan sebelah dan udang lipan menjadi penghibur kami sepanjang perjalanan ke Pulau Libaran. Aquaria atas kapal.

Andi Max dengan gaya seorang pemancing berjenama Warga Sandakan.

Separuh masa pertama menyaksikan beberapa pemancing menaikkan agohod, kerapu, ketambak dan daun baru. Sementara beberapa orang lagi masih bertungkus lumus mendapatkan lesen pada hari tersebut.

Tekong kapal, Baso mencadangkan supaya kami berehat untuk makan tengah hari dulu sebelum sambung sesi sebelah petang. Nasi putih lauk ayam goreng dan maggi kari. Tengah lapar apa pun sedap. Dah lama tak makan ramai-ramai atas kapal. All in 1 package.

Sebelah petang keadaan laut agak bergelora dengan ombak dan angin. Rashid yang memancing di bahagian belakang kapal lebih berjaya dengan ikan agohod, kerapu, daun baru dan pari. Boleh tahan dia ni. Perambut panjang sedepa yang dipertaruhkan memang tidak mengecewakan beliau. Pemancing lain cuma dapat ikan tak sampai setengah kilo setiap ekor.

Kami percaya ketiadaan umpan berkualiti menjadi faktor utama trip kali ini kurang menjadi. Udang di pasar pun payah dapat, mahal pulak tu. Walaupun dibantu fish finder kapal, memancing di kedalaman 30m dan berbatu, tidak banyak ikan yang sudi dengan umpan yang kami gunakan.

Rashid dan Kiflee. Kali pertama mancing dengan kapal macam ni. Belum pun sampai Libaran dah suruh atur trip pegi Kretam, lepas disajikan cerita tenggiri dari Aleng.

Model Warga Sandakan bergambar lagi dengan ikan beliau. Tak banyak gambar pemancing dengan ikan sebab masing-masing tak terasa teruja nak bergambar.


Rasul, berbaju oren yang menjadi chef dan awak awak duduk bersembang bersama Andi dan Aleng

Lelek dan Baso di belakang. Baso, tekong muda yang berpotensi tinggi untuk lebih maju.

Di awal perjalanan, kami semua dimaklumkan bahawa akan diadakan mini tournament anjuran blog MSP. Cuma kategori ikan terberat saja yang dipertandingkan. Semua yang turut serta dalam trip ini secara automatik layak untuk bertanding. Dalam perjalanan pulang upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Bro Arbakin kepada semua pemenang.

Rashid yang menaikkan pari seberat 1.48kg dinobatkan sebagai juara Mini Tournament di Pulau Libaran. Beliau membawa pulang seketul gewang Abu Tomentor.

Bro Lelek pula berjaya mendapat tempat kedua selepas menaikkan seekor kerapu 280g. Hmmm... jauh betul beza dengan tempat pertama. Gewang Matrix 90 menjadi habuan untuk beliau.
Ustaz Rosemady pula merangkul tempat ketiga dengan hadiah Spoon Seahawk, Altima TJ. Sebelum itu beliau menaikkan kerapu seberat 260g. Bro Andi, Kiflee dan Rosdi pula sekadar berpuas hati dengan hadiah saguhati.



Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam trip tak seberapa ini. Mudah-mudahan berjumpa lagi di lain-lain trip akan datang.

Bergambar dulu ramai-ramai. Duduk dari kiri : Rashid, Lelek, Mayong, Rosemady, Arbakin, Andi. Berdiri dari kiri : Rosdi, Aleng dan Kiflee. Tiada dalam gambar : Azlie. Sampai jeti dah pun pukul 7 malam setelah 3 jam menempuh ombak gelora dan melawan arus deras. Trip yang enjoy dengan gelak tawa dan gurau senda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...