Followers

Tuesday, July 12, 2011

MANCING UTIK BERSAMA KDN..

Trip untuk menghiburkan KDN sudah lama dirancang tapi seringkali ada halangan. Pada 25 jun yang lalu,satu trip disediakan untuk KDN. Malangnya, trip yang sepatutnya menghala ke Pulau Baru terpaksa dibatalkan kerana masalah umpan udang hidup yang serius. Aku mencadangkan trolling tapi KDN hanya mau menjadi penonton. Aku trolling sendiri dan dapat la hasil seperti di gambar dibawah.



Kedua-dua mangsa dijerat dengan gewang rapala taildancer deep.



Rupanya, trip troling tidak diiktiraf oleh KDN. Aku terpaksa mencari satu lagi masa sesuai untuk menghiburkan KDN. Janji aku, dua minggu lagi di Pulau Baru. Alhamdulillah, Tiada halangan sehingga tiba masa yang dijanjikan.



Pesanan dari editor, toksah skroll laju untuk tengok gambar, tiada apa juga yang gempak. Aku bawa KDN gi mancing utik ja pun. hehehe..



Dalam trip ni ada 4 adegan yang ingin aku kongsikan bersama dan semua adegan ni pun cuma aksi peserta mendaratkan sang utik.
Ni gambar KDN aku(baju hijau). Terpaksa curi gambar sebab dia tak nak aku amik gambar dia. Ni pun hampir kena delete tapi aku minta hanya sebagai bukti bergambar ja. Peserta yang lain adalah ipar aku bersama suami dia(biras aku) dan sorang lagi ipar aku yang berumur 10 tahun.




Sebelum aksi utik diceritakan mari kita nikmati gambar yang berunsur racun sikit. Kami singgah di Lubuk Tajam sebelum beralih ke Pulau Baru untuk menikmati rentapan sang kerapu dan tabung.






Ada juga lah yang sudi menjadi lauk kami. Peserta lain juga turut mendaratkan kerapu masing-
masing tapi segan nak tangkap gambar. Hanya aku sendiri yang mendaratkan tabung di sini.






Cerita bermula bila kami beralih ke Pulau baru....


Mari kita layan cerita dulu sebelum tengok gambar. Lagi pun ikan utik jua adanya.. hehehe



ADEGAN PERTAMA..

Walaupun tiada gambar, aksi yang berlangsung lebih kurang 4 minit tetap menjadi bualan biras
aku yang terasa sedikit karannya. Lebih kurang 15 minit selepas sauh di labuh di Pulau Baru, ipar aku mendapat strike pertama. Pecutan boleh tahan. Aku menjangkakan pari. Tekanan berterusan membuatkan ipar aku meminta tolong pada suami dia. Sejurus selepas joran bertukar tangan, joran yang melentur hebat, tiba-tiba lurus. Tali tangsi 30lb tertewas diperjuangan. Sang biras pula menjadi mangsa dipersalahkan oleh KDNnya kerana cuai menjalankan tugas. Hehehee...





ADEGAN KEDUA....
Selang 10 minit selepas adegan pertama, ipar aku yang kecil pulak diduga. Dengan tali yang juga hanya 30lb, joran dan kekili cap ayam dan pengalaman cetek lantaran hanya berumur 10 tahun, adik ipar aku betul-betul terdera. Melihat tekanan yang dihadapi beliau, aku lantas meminta agar biras aku yang hampir dengan dia mengambil alih. Mulanya biras aku ragu juga takut mangsa terlepas lagi dan kena marah lagi tapi aku cuba meyakinkan dia dan akan memberi panduan pada dia. Biras aku mengambil alih tugas. Tekanan masih kuat. Masa sudah 5 minit berlalu. Aku melarang biras aku memberi tekanan tinggi. Biar sang ikan letih. Takut tragedi tali putus berulang. selepas minit ke tujuh, baru lah sang ikan kelihatan.

"Senangin besar" biras aku bersuara.

"Bukan lah.. Utik tu" aku yang bersedia dengan sauk, membetulkan terkaan biras aku.

"Uih.. besar juga.. Mana ada utik gitu besar" Sang biras masih berkeras.

"Utik bah. Jelas aku nampak tu" Aku pun tetap dengan pendirian. Walaupun ikan masih samar dikejauhan air yang jernih, ianya jelas dari kacamata polarised aku. Sebab tu aku yakin dengan apa yang aku sebut. UTIK..


Minit ke 9 baru lah sang utik berjaya di sauk. Semua peserta yang ada teruja melihat utik yang baru didaratkan. Biasalah, mereka bukan selalu turun mancing pun. Nampak utik atau gelama dah excited..


ADEGAN KETIGA..
Belum pun hilang adrenalin yang dicetus oleh utik tadi, KDN aku menyentap. Aku yang hampir dengan dia turut terkejut dengan aksinya membalas sentap. Melihat aksi joran dan KDN yang kelamkabut, aku tau, ikan yang kena mata kail bukan sebarang ikan.

"Bang.. tolong.. kuat ikan ni.. " KDN minta tolong dah.. hehehe

"Tarik ja.. itu yang dimau sangat.. biar ikan lepas.. jangan joran lepas" aku selamba menjawab.

Aku tau, ikan yang mampu membuatkan kekili sienna 4000 menjerit dan joran relix megapro 20lb melengkung hebat bukanlah ikan sebarangan tapi saat berharga sebegini mesti dinikmati oleh KDN aku sepenuhnya. Aku hanya memberi panduan dari tepi. Akhirnya ikan berjaya disauk selepas 5 minit pertarungan perit antara KDN dan sang ikan. Masih juga ikan UTIK.. Ceh.. heheheh..

Dan KDN juga masih enggan tangkap gambar..




ADEGAN KEEMPAT..
Selepas utik kedua didaratkan, kami cuma dihiburkan oleh ikan-ikan kecil seperti kerapu dan gelama. Ada juga seekor ikan baji jadi habuan ipar aku. Suami dia masih zero..

Aku yang mulanya asyik bercerita tentang pengalaman lepas di Pulau Baru terus mendiamkan diri selepas terasa umpan diusik ikan. Pagutan agak kecil. Hampir sama seperti kerapa Lubuk Tajam. Aku cuba menggerakkan sikit umpan, tiba-tiba tali menjadi kencang. Sang aernoss teruji. Joran viper melengkung maksimum. Yakin dengan set pancing aku, tekanan drag ditambah. Pecutan terhenti. Giliran aku pulak menarik tali. Belum pun separuh digulung masuk, sang ikan mencanak lari lagi. Bunyi kekili terdera begitu indah kedengarannya. Hati tertanya, apakah ini senangin? Kerapu jauh sekali. Tenggiri bukan begini.. Tembaring mana ada di sini. Jadi ikan apakah ini? Senangin? Tabung? Pari? atau Kurau? Aku tau, Pulau Baru sering kali menghidangkan perkabaran luar biasa. Walaupun cuma berkedalaman 25 kaki, masih mampu mengejutkan pemancing dengan ikan perkasanya. Ahh.. jauh sudah aku melalut. Sang ikan berjaya disauk diminit keempat. Jauh benar dari terkaan. Ternyata sang UTIK berjaya merenjat adrenalin aku kali ni. Fuhh.. perkasa juga ikan ni. hehhehe...

Selepas utik ketiga didaratkan, aku membunyikan hon penamatan.

"Dah.. Jom pulang. Lauk dah banyak.. Nda boleh berabis nanti nda da ikan ku pancing lagi." hehehe.. KDN dengan mudah bersetuju. Tanda puas hati dengan trip ini..

Kami pun bergerak pulang... hmmm.. jom layan gambar pulak.. sori.. gambar utik ja..




Utik pertama dari adik ipar aku. Skala 3.12 kilo patut pun dia terdera.. hehehe





Utik kedua yang juga mendera KDN aku. Agak kecil dari utik adik ipar aku.





Merasa juga aku penangan utik ni. Berskala 4.2 kilogram, cukup untuk mendera set ringan aku.







Tiga ekor utik cukup untuk jadi lauk disamping beberapa ekor lagi yang menghibur kami. Gambar diatas adalah hasil keseluruhan tangkapan kami kecuali kerapu besar yang aku masukkan dalam sangkar agar hidup sampai ke jeti. Secara keseluruhan, KDN dan peserta lain terhibur dengan trip ini. Mungkin akan datang akan ada lagi permintaan dari KDN untuk mengisi ruang masa dihujung minggu tapi aku bukan selalu ada masa pun. hehehehe... Apa yang pasti, esoknya aku datang lagi bersama adik aku dan rakan dia. Nantikan ceritanya....

6 comments:

mayong said...

utik yg besar... sedap tu kalau msk asam pedas

alphakilo said...

nda pulak masak asam pedas.. hehehe bukan nda mau tapi nda pandai..

mayong said...

nanti kalau saya ada join trip bermalam, kita masak asam pedas mayong style...

mappeddo said...

..hehe..nice trip,tp lain cerita,digiscale tuh dah ada saya nampak di Lam Yick hardware bt7 1/2,tp harga bukan alang2..RM84..ada satu lagi sikit beza kaler..RM98..

alphakilo said...

boleh bah mayong.. tu pun kalau ada ikan lah. nak buat trip bermalam? hmm.. bila ya? heheeh..

mapp.. mahal tu.. ada bah yang murah.. cari-cari dulu.. rodney kan jual tu juga..

mayong said...

ya betul tu... di bt 4 ada 2 tempat digiscale murah. 1 rumah rodney, 1 lagi di bandar indah, cybertech

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...