Followers

Monday, October 17, 2011

MONSTER TAKAT RAHSIA...

Hujung minggu ini terpaksa diisi dengan beberapa urusan yang menghalang aku ke laut. Hari sabtu terpaksa bertugas ditempat kerja. Walaupun cuma setengah hari tapi sudah cukup menghalang aku untuk berkeliaran di laut. Ahad pulak kena menghantar KDN ke airport atas urusan tugas dia. Pun kena waktu tengahari juga. Kalau petang, mungkin sempat juga la merendam umpan pagi tu. Namun otak tetap berfikir mencari ruang.


Selepas semua dinilai, petang ahad dipilih sebagai masa untuk menjalankan aktiviti trip singkat. Urusan dengan KDN mungkin selesai dalam jam 2 petang dan Bot mungkin boleh bertolak sekitar jam 3 setengah petang. Andai cuaca baik, trip akan berlanjutan sehingga jam 10 malam.


Sekitar jam 3 petang, bot bergerak menyusur laluan menuju muara. Mujur anak buah aku cepat siapkan semua keperluan. Cuma kami tidak dapat menggunakan 2 buah enjin kerana salah satu darinya bermasalah. Bot bergerak perlahan dan aku memilih lubuk yang hampir.


Lubuk dinamakan takat rahsia kerana aku jarang benar memancing dilubuk ini kerana risau ramai kaki rawai menyedari tempat berpotensi ini. Laut agak berombak.



Kami cuma berbekalkan umpan ikan kuaci yang sudah diais memandangkan trip ini hanya trip singkat.





Mangsa pertama milik anak buah aku yang melarikan umpan ikan kuaci. Separuh dia potong dan cangkuk di mata kail. Umpan besar ikan pun besar lah. Mencicit juga ikan ni lari.





Cuba lihat dalam mulut ikan ni. Ada sebentuk mata kail berkarat terlekat. Entah siapa la pemancing yang pernah dia tewaskan. Mujur ia tertewas di hujung pancing aku. Kalau tak, mata kail aku adalah yang kedua menjadi aksesori mulut dia. Oh ya.. ni pulak mangsa pertama aku.


Mulanya aku menggunakan hirisan ikan yang agak kecil sebagai umpan. Ternyata kurang berjaya. Selepas anak buah aku menggunakan potong umpan yang besar dan berjaya mengheret seekor kerapu, aku turut menggunakan saiz umpan yang sama. Ikan kuaci dipotong dua!. Lama juga tunggu. Tiba-tiba joran yang ku pegang disentak bagai nak jatuh. Pantas saja aku membalas. Aksi pertarungan agak mendebarkan. Ternyata sang kerapu tersalah pilih setting pancing. Aku mendesak sang kerapu dengan drag yang maksimum. Beberapa minit kemudian, anak buah aku berjaya menyauk mangsa.




Sang Boron yang menghuni lubuk. Aku percaya ini bukan yang terakhir dan bukan yang terbesar. Masih ada yang lebih boron dari ini.



4.68 kilogram. Sedap makan tak? atau sedap jual? hehehe





Perjalanan pulang yang berombak. Pergerakan agak perlahan dari biasa.


Selepas dua ekor kerapu tersebut didaratkan, anak buah aku beroleh seekor lagi kerapu skala sekilo dan 2 ekor utik. Aku pula cuma menambah koleksi dengan kerapu kecil 4 ekor dan juga 2 ekor ikan utik. Dah tak sempat nak tangkap gambar sebab ombak yang sedia ada semakin besar dan menyukarkan kami bergerak. Trip terpaksa dihentikan. Keselamatan lebih penting. Selepas hampir sejam setengah memancing, trip berakhir kerana ombak yang semakin tinggi. Pergerakan pulang amat perlahan kerana risau dengan keadaan bot yang dah tua. Kami tiba di Jeti sejam 20 minit.


Inilah hasil kami dua pemancing selama hampir sejam setengah. Cukup untuk mengubat gian walau pun singkat namun dihiasi pertarungan yang jarang dapat dinikmati. Semoga lubuk ini terus terpelihara dari mereka yang rakus dan tak bertimbang rasa.

Monday, October 10, 2011

RONDA-RONDA TELUK LABUK..

Awal lagi team ni dah booking bot aku untuk memancing di Pulau Baru dan sekitarnya. Aku cukup kenal dengan Andi Max dan Aleng. Cuma seorang peserta yang aku tak tau siapa. Andi pun tak bagi nama. Dia cuma katakan seorang pemancing yang aku tak kenal.

Hari sabtu aku luangkan sedikit masa untuk menjala udang hidup memandangkan tiada tukang jala mau ambil tawaran untuk dapatkan umpan hidup. Rupanya susah dapatkan udang hidup masa air pasang pagi begini. Mujurlah malam sebelum trip, seorang nelayan beroleh ikan tamban dengan jumlah yang banyak. Aku dapat pow dalam 10 kilo tamban segar untuk dijadikan umpan.

Semangat betul mereka walaupun umpan terbaik gagal dibawa kelaut. Kami cuma berbekalkan ikan tamban dan udang pink hidup. Ikan tamban segar tersenarai ditangga ketiga umpan terbaik dan udang pink hidup pulak ditangga kelima. Musim umpan terbaik dah lama berlalu. Tunggu tahun depan la kalau mau.


Hmm.. Ni rupanya muka pemancing yang dirahsiakan namanya dari aku. Nak surprise la tu. Hehehe.. Aku ingat siapa la pemancing ketiga tu.

Kami bergerak sekitar jam 8.30 pagi. Bot menghala ke Pulau Baru sebagai lokasi utama. Sayangnya Pulau Baru gagal menghiburkan kami. Selepas beralih di beberapa lokasi di sekitar Pulau Baru, aku mengambil keputusan untuk menguji Takat Tajam.

Tumpuan penuh dari semua pemancing. Takat Tajam jarang menghampakan aku dan pemancing. Aku memberi peluang pada mereka untuk menggunakan udang pink hidup manakala aku cuma menggunakan hirisan ikan tamban yang sudah di ais.






Andi menjadi pembuka tirai pancingan dengan ikan kerapu dan tabung.




Aleng pulak menyusul dengan seekor kerapu yang mengusik umpan udang hidupnya.



Aku pula membuka tirai pancingan ku dengan seekor tabung yang menculik hirisan tamban segar yang ku pertaruhkan.


Hebat Andi ni. Orang mancing ikan dia boleh mancing umpan. Ikan ni kami panggil ikan tipis dan sesuai diguna untuk memancing MJ di muara.


Lagi kerapu menjadi mangsa Andi.







Rostam diasak oleh kerapu terbesar dalam trip ini. Saiz 900 gram lebih memberi tentangan mencabar bila kerapu Takat Tajam menguji. Sedikit kesilapan pasti memberi sang kerapu menyusup masuk ke sarang.



Selanjutnya hanya kerapu bersaiz tapak tangan yang menghiburkan Rostam.



Sekali lagi tabung menghiasi hujung tali pancing aku ketika arus surut sudah mula bergerak kuat. Hirisan tamban tetap menjadi pilihan sang tabung. Selepas beberapa ekor lagi kerapu didaratkan, arus surut mula melayangkan batu ladung kami. Aku mencadangkan kami mencuba Takat Tadika pula.



Panas betul cuaca.


Satu ketewasan yang menjadi tanda tanya.


Di Takat Tadika, hanya Andi beroleh seekor tabung kecil manakala Rostam pula diasak oleh pecutan kuat yang memaksa dia bergerak dari haluan bot ke buritan. Malangnya pertarungan berakhir dengan ketewasan sang pemancing. Ada yang teka alu-alu ada pula teka tabung atau gerepoh. Kami semua tak pasti ikan apa.




Selepas takat Tadika sunyi, kami beralih ke Takat Keriting pula. Mengharap sang kerapu masih sudi hiburkan kami. Ternyata kunjungan kali ni menyaksikan kurang sambutan dari penghuni Takat Keriting. Lokasi yang dianggap kolam kerapu ternyata begitu kurang sambutan. Bukan tiada tapi kurang.



Walaupun agak kurang, aku sempat juga menggoda sang kaci dengan umpan hirisan tamban. Memang hebat tentangan kaci ni. Cukup mengujakan tatkala ia tercangkuk mata kail.



Apa yang aku perasan adalah semua gambar aku nampak sangat cerah hingga gambar agak kurang jelas. Adakah ini aura sang ikan tabung dan kaci atau aura jeles kengkawan. hehehe...



Kebanyakan ikan kerapu yang sudi menjamah umpan kami hanya bersaiz begini. Hanya sesuai untuk dilepaskan semula. Cukup kecil nak dilepaskan dalam tong.

Kami bergerak ke muara sekitar jam 3.15 petang dan singgah di muara untuk menduga sang siakap berbekalkan 8 ekor udang yang aku jala di anak-anak sungai setiba dimuara. Malanngnya tiada sebarang getuan dari pahlawan muara sepanjang penantian kami.



Selepas semua setuju, kami mula bergerak pulang selepas hari sudah hampir gelap.


Ini lah keseluruhan tangkapan kami bertiga. Tangkapan dimonopoli oleh kerapu. Andi, Aleng dan Rostam bergerak pulang selepas ikan diagihkan.


Secara keseluruhan, trip ini masih ada kesilapan percaturan dari tekong iaitu aku sendiri. Aku gemar mengikut pergerakan biasa ketika mengunjungi setiap lubuk. Mengikut pengamatan aku sendiri, pergerakan kunjungan lubuk sepatutnya berbeza dari biasa mengikut jadual arus pasang surut namun keadaan laut yang agak berombak menghalang aku menyesuaikan pergerakan dan terpaksa mengikut corak lawatan seperti biasa. Apa pun aku akan cuba dilain trip bersama corak pergerakan yang sesuai dengan arus dan umpan.

Friday, October 7, 2011

Menguji Padang Pancing Baru

Sejak akhir-akhir ini ada kawan-kawan bercerita tentang port mancing baru di tapak sepatutnya loji arang batu dibina di Sandakan. Khabarnya pemancing boleh dapat MJ dan ikan putih (gerepoh) dengan mudah. Jadi saya pun meluangkan masa petang saya, meninjau tempat yang dimaksudkan. Jalan masuk dari bulatan Jalan Batu Sapi/Jalan Sicily ke lokasi ini yang sejauh 1km masih belum berturap, walaubagaimanapun jalan di kawasan industri ini amat memuaskan dengan lampu jalan yang cantik ala-ala Putrajaya. Kepada yang belum sampai ke kawasan ni mari kita layan gambar.

Arang Batu Boulevard

Saya yakin, itulah dia perahu sorang pakcik dari Bambangan yang selalu mancing seorang diri. Hanya berdayung, beliau gigih memancing di bawah panas terik di spot yang sama hampir setiap hari. Menurut cerita orang kampung, hasil pancingan beliau selalunya mewah dengan ikan-ikan kelas A walaupun tanpa bantuan GPS dan Fishfinder.


Geng Hospital Duchess Of Kent menghabiskan waktu petang memancing dan merambat bersama rakan sekerja dan keluarga.

Macam best pulak port yang tu.

Siap boleh parking sampai tepi pulak tu.

Eh, betul la best! Siap ada kawasan untuk merambat pulak tu. Sayangnya rambat saya belum beli yang baru.

Maka keesokkan harinya saya datang lagi dengan kapcai buruk saya untuk mencuba nasib di tempat baru ni. Berbekalkan umpan ikan tamban, sotong dan udang pasar, saya gagahkan jugak diri walaupun sorang kawan tiba-tiba tak jadi join. Mungkin dia nak tengok pembentangan Bajet 2012 kot.

Awam hitam memenuhi ruang udara kawasan tersebut. Nasib baik tak hujan. Dapat la berteduh dari panas mentari.


Semakin petang awan hitam semakin jauh meninggalkan tempat tu. Datang pulak 1 couple otai dari Tinusa 2. Boleh jugak buat teman sembang. Menurut uncle tu, kawasan tempat kami mancing tu dulunya sebuah jambatan yang menghubungkan ke seberang sana. Namun dari pemerhatian saya, ianya mungkin hanya sebuah jeti besar kearana terdapat banyak longgokkan kayu dan tali kapal. Kawasan di seberang sana pun masih penuh dengan bakau, tak macam bekas jambatan pun.

Ikan pertama saya cuma ikan kekek sebesar perut tapak tangan. Itupun foul hook. Ada jugak kawan mengusik dengan sms yang hari tu takde ikan sebab semua ikan tengok Bajet 2012.

Saya menukar umpan kepada ikan tamban dengan harapan ada MJ sudi menyerah diri untuk bergambar. Tapi yang naik ikan ni. Saya tak tau la nama ikan ni. Siapa tahu? Tak pernah tengok. Berbadan panjang, gigi tajam penuh macam gigi ikan patin.

Sedang asyik memancing, kami didatangi sebuah bot nelayan. Rupanya mereka menunggu peraih ikan datang membeli ikan yang mereka pukat. Punya la banyak ikan tabung. Entah dari mana tiba-tiba orang ramai memenuhi kawasan tersebut. Ada yang datang untuk mancing dan ada juga yang datang dengan keluarga sekadar jalan-jalan.

Nelayan menunjukkan salah sekor ikan tabung (jenahak) yang mereka dapat menggunakan pukat ranggas. Peraih yang datang rupanya penjual ikan di tepi jalan Batu 8. Kenal betul saya dengan muka apek tu. Melihat pada jumlah ikan yang ada, apek tu menganggarkan berat mencecah 300kg. Yang besar dia ambik RM16 sekilo dan yang kecil RM14 sekilo.

Jam menunjukkan pukul 4 stgh petang. Kemas kemas, balik. Sekarang jam 6 dah gelap. Pada pandangan saya, kawasan baru ni sama saja dengan lain-lain port mancing di Sandakan yang boleh diakses dengan jalan darat. Cuma belum rezeki saya dapat naikkan MJ liar ni. Mungkin saya akan datang lagi di lain hari.

Pagi tadi, saya ke pasar Bt 8. Ada la apek kelmarin berniaga hari ni. Ikan tabung yang besar dia jual RM20. Tak beli pun pasal saya dengki kat dia saya tak dapat ikan A. Padan muka aku.

Monday, October 3, 2011

BAGAI MENGAIL DIKOLAM KERAPU..

Selepas trip casting bersama Yie pada minggu lepas ( http://yiengail.blogspot.com/2011/09/trip-pengenalan-di-sg-beruang-sandakan.html ) perancangan seterusnya dijalankan. Peserta kali ni datang dari Kinabatangan dan perancangan awal mereka adalah bergerak dari jeti seawal jam 5 setengah pagi. Walau pun aku tau sukar untuk ku tunaikan pergerakan awal tersebut, aku tetap terima cabaran. Bot di setting sehari awal. Namun pada malam sebelum trip, banyak perubahan dilakukan oleh peserta. Antaranya adalah peserta yang berkurang dari 4 orang ke 2 orang sahaja dan jadual peserta yang akan tiba sekitar jam 7.30 pagi. Aku cuma menurut sahaja.

Selepas beberapa pesiapan akhir dibuat, kami bergerak sekitar jam 8.15 pagi dan bot menghala ke Pulau Baru. Umpan yang disediakan cuma udang hidup yang rendah kualiti dan ikan kuaci (selangat) segar.

Tatkala menghampiri lubuk, hala tuju diubah ke Takat Tajam memandangkan ada dua buah bot berlabuh di Pulau Baru. Lubuk tersebut sedang giat di pukat oleh nelayan. Di Takat Tajam, kami bertahan hampir 3 jam. Penghuni lubuk agak pemalu. Hanya beberapa ekor kerapu berjaya dijerat.

Kami beralih ke lubuk yang berjaya menghiburkan KDN aku 3 minggu lepas. KERITING.. Kami begitu bernasib baik kerana kerapu masih meriah di sini dan sesekali ikan merah juga menyelit menambahkan kemeriahan kami.


Ini bukan kes pertama aku menarik naik jaring buruk yang merosakkan lubuk. Malah dalam trip ini 2 kali mata kail kami berjaya mengheret naik jaring nelayan dan aku menarik serta mengumpulkannya lalu dihanyutkan bersama sebotol mineral kosong untuk dijadikan pelampung.



Double hooked up. Ceria betul bro Zan bila kerap kali mata kailnya full dengan ikan.


Dia lagi double hooked up.


Dan lagi.. Kerapu lagi tu.


Bro din pulak dapat bonus bila berjaya mendaratkan ikan kaci dan seekor senangin. Beliau juga ada beberapa kes Double hook up cuma aku agak sibuk dan masing-masing ingin cepat turunkan pancing semula.


Masa perjalanan pulang di isi dengan mengira hasil tangkapan mereka berdua.. Banyak juga. Ikan merah 28 ekor, kerapu 84 ekor, kaci 2 ekor dan senangin seekor.



ni pulak hasil tangkapan aku sendiri.


Happy betul bro zan dengan trip kali ni. Aku teringat kata-katanya " macam memancing di kolam kerapu ja bah".. Memang seperti trip bersama KDN yang lepas. Kerapu Takat Keriting masih lagi 'taruk makan, taruk makan". Apapun trip ini pasti akan menggamit mereka untuk berkunjung semula. Semoga ada peluang lagi untuk mereka atau pemancing lain berkunjung ke sana...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...