Followers

Wednesday, October 1, 2014

Kembara Sukau, Kinabatangan

Berbulan-bulan lamanya kami merancang untuk memancing di Sungai Kinabatangan. Namun akibat kesibukan masing-masing, aktiviti tersebut seringkali tertangguh. Akhirnya 27 Sept lalu kami berkesempatan juga ke Sukau, Kinabatangan.



Umpan cacing oleh Bob. Mau dekat 200 ekor banyaknya.


Yazid pula ditugaskan cari umpun-umpun. Arbakin sediakan umpan sawit peram, pengangkutan ke Sukau dan minyak bot. Razak, selaku pemandu utama kami di Sukau, juga menguruskan bot yang bakal kami guna.



Semua umpan telah siap kami sediakan sehari sebelum tu sebab kami rancang untuk bertolak dari Sandakan seawal jam 4 pagi.


Pukul 05:30 pagi kami dah hampir sampai ke Sukau.



Kami berhenti sarapan dan minum pagi di Kampung Sukau.


Evergreen Lodge menjadi tempat kami berkumpul sebab kami akan menyewa bot lodge tersebut.



Pandangan hadapan Evergreen Lodge. Lodge yang bersih, selesa, dilengkapi kipas, aircond, makan minum dan dikelilingi pokok buah buahan tempatan. Harga pun sangat berpatutan.



Selfie dulu sebelum turun.


Inilah bot yang akan kami gunakan. Sewanya RM50 untuk satu trip. Minyak kena bawa sendiri. Khidmat boatman juga disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Kami minta Arbakin jer yang jadi kapten bot pasal dia dah biasa. Dapat juga jimatkan kos.


Lokasi pertama yang di tuju, Sungai Resang. Salah satu cabang anak sungai di Sukau. Beberapa bulan lepas Razak dikejutkan dengan kumpulan ikan yang banyak di sini. Balinglah apa saja gewang, semua disambarnya. Namun kunjungan kali ini tidak seperti yang kami harapkan. Ada jugak la ikan dan udang tapi kecik-kecik.


Kami berpindah pula ke persimpangan masuk ke Sungai Resang. Barulah kami dilayan oleh udang galah.



Bob yang kali pertama mancing udang galah semakin mengganas. Lepas dia, dia lagi.




Hanya Yazid dan Bob berselang seli menaikkan udang. Razak dan Arbakin pun sibuk juga tapi dilayan oleh ikan lais dan ikan duri (ikan kokok panggilan tempatan)



Jam 12 tengah hari kami balik ke lodge untuk makan tengah hari dan berehat. Kami turun semula sekitar 1:30 tengah hari dengan semangat baru.


Yazid yang tersenyum kenyang lepas makan tengah hari akhirnya tewas, sempat jugak dia layan mata dalam 15 minit.


Lokasi seterusnya adalah Sungai Menanggol. Sungai ini dikatakan sangat merbahaya kerana didiami oleh banyak buaya. Masa berhenti sarapan pagi pun kami dinasihatkan oleh makcik tu supaya berhati-hati jika ke Sungai Menanggol. "Awas kamu kalau nampak kayu hanyut, memang nampak macam kayu tapi kadang-kadang, dialah tu", katanya lagi.



Arbakin dengan udang galahnya.



Mudik lagi ke hulu sungai.


Ada lagi.




Petai gajah atau petai gergasi yang tumbuh liar di tepi sungai menarik perhatian kami.


Sebelum pulang kami mancing di jeti sebuah resort terbiar untuk menghabiskan umpan.



Banyak juga Bob naikkan ikan lais hari tu. Sungai Menanggol juga sebenarnya adalah lokasi tumpuan pelancong untuk melihat monyet belanda atau proboscis, orang utan, burung enggang, dan lain-lain. Kalau nasib baik, dapat la tengok gajah pigmy dan buaya.


Lebih kurang 10 buah bot pelancong juga masuk ke Sungai Menanggol petang tu.


Perjalanan pulang kami ke Sandakan diiringi hujan lebat. Trip memancing kali ini saya simpulkan sebagai ala kadar sahaja. Pengalaman baru mancing di Sukau, Kinabatangan. Kami berpendapat masih banyak lagi ilmu mancing sungai yang perlu kami pelajari. Jumpa lagi dalam trip akan datang.

2 comments:

BorneoAngler said...

macam port tapah je,try trolling gewang lain kali.
petai gajah tu boleh makan ke?

Unknown said...

Berminat bertukar link blog di bloglist, ini blog saya http://blogpancingelih.blogspot.com/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...