Cuti hari Wesak kali ni kebetulan saya off, jadi lepak di rumah jer lah (sebenarnya kena jaga anak sebab isteri buat overtime di pejabat). Tengah layan kartun Despicables Me 2, tiba-tiba whatsapp mesej dari Rodney masuk. "Jom mancing". Pendek tapi tegas dan sungguh memberahikan. Lantas dijawab "jom".
Kolam lama di Sungai Korek, Sandakan dijadikan tempat untuk kami mencuba nasib. Saya dan Rodney cuba casting menggunakan 'hard lure'. Manakala Cjepp dengan teknik fly fishing.
Cjepp dan Rodney di seberang.
Saya dapat dulu. Sekor ikan bulan @ tarpon seberat 200 gram sahaja menjadi pembuka tirai. Untuk rekod, ni la ikan bulan @ tarpon pertama yang berjaya saya pancing. Yang lain semua beli kat pasar.
Dua lagi pemancing masih gigih menaikkan ikan.
Berkat usaha gigih Cjepp, yesss... akhirnya tarpon on fly.
Cuma dua ekor yang berjaya dipancing. Menurut seorang rakan yang membawa saya ke kolam tinggal ini, dulu ikan bulan di situ mencecah saiz 2kg dengan panjang 18 inci. Namun sejak memerang kerap mencari makan di situ, populasinya semakin berkurangan dan yang tinggal hanya bersaiz kecil. Seterusnya kami berpindah ke lubuk larangan yang tak dapat saya dedahkan di mana. Harap maaf.
Cuma Rodney yang strike di lubuk larangan ni. Katanya setakat ini, itu la haruan yang paling besar berjaya beliau pancing. Seberat 700 gram. Tahniah! Berjaya cipta rekod baru di lubuk larangan.
Haruan kami sedekahkan pada seorang cikgu yang baru melahirkan anak kembar. Ikan bulan saya bawak balik. Macam biasa, ikan yang belum pernah saya dapat, akan saya masak untuk rasa isinya. Banyak tulang tapi sedap kalau dikelar rapat-rapat lalu digoreng garing.
Dah makan sebelah baru teringat nak ambik gambar. Hehehehe...
2 comments:
hello bro, mahu tanya gambar ikan profile teratas sekali tu nama apa?
Hello... Ikan Tembaring / Ikan Kanai / Borneo Black Bass
Post a Comment