Followers

Tuesday, September 4, 2012

Pegasus, Kretam dan Assam

Baru-baru ni terlaksanalah satu trip laut dalam saya yang pertama untuk tahun ni. Walaupun telah dirancang sejak Februari lagi namun akibat kekangan kerja dan keluarga, aktiviti ini terpaksa ditangguhkan berkali kali sehingga Sabtu 1 September yang lepas. Terima kasih pada saudara Rodney terutamanya dan kawan-kawan lain yang amat memahami masalah saya. 


Bot Ah Ping menjadi harapan untuk misi kali ini. Sebelum ini saya pernah memancing di Taganak dan Baguan menggunakan bot Jack dan Tikia.


Antara rakan-rakan yang turut serta, Kwong Ying, Cjepp dan Jason. 


Yazid dan Bakri.


Sebaik meninggalkan jeti Yacht Club, masing-masing membuat persiapan awal. Saya dinasihatkan oleh saudara Rodney untuk menyediakan beberapa perambut paternoster dan apolo lebih awal untuk mengelakkan masa terbuang kalau-kalau terkena masa ikan frenzy. Teknik tanduk atau spreader tidak saya praktikkan dalam trip ini kerana saya mensasarkan ikan untuk dibuat lauk dan bukan untuk mencipta rekod.


Saya diletakkan di belakang tempat duduk kapten sebab masih baru. Let professionals seat at the back. 


Bot dipecut laju meninggalkan Sandakan ke lokasi pertama. Di 3 spot pertama kami memancing di kedalam antara 70 m - 78 m. Satu pengalaman baru buat saya. Lantas tidak meletakkan harapan yang tinggi selain menimba pengalaman dari rakan-rakan lain.


Saudara Bob yang duduk di belakang banyak menaikkan ikan ketambak dalam trip ini.


Saudara Cjepp dengan ikan piring-piring.


Bob dengan ketambak lagi.




Cjepp dengan sepasang kerapu sekali naik.


Kuat juga rupanya ikan ketambak ni tapi saya kurang suka dengan rasa isi ikan ini.


Dari jauh kelihatan angin membawa hujan semakin hampir ke lokasi kami memancing. Sebelum pulang kami singgah di satu lagi spot berkedalaman 40 m. Menurut kapten biasanya banyak ikan putih menghuni di spot terakhir ini. Perambut apolo dengan bulu-bulu berkilat menjadi taruhan.


 Jemuduk saiz sekilo berjaya dinaikkan. Fighting belt beli 2 tahun lepas baru ni diguna sepenuhnya buat pertama kali.


Saudara Kwong Ying dengan gerepoh terbesar dalam trip ini. Terdahulu beliau berjaya menaikkan seekor MJ yang agak besar berumpankan isi ikan.


 Ketambak sekali lagi menyelit di tengah-tengah kesibukan kami menaikkan ikan putih. Berbagai umpan digunakan namun yang menjadi pilihan adalah isi ikan alu-alu dan sotong.




Situasi semakin kalut apabila tali pancing kami bepintal sesama sendiri lantas jadi mihun segera. Di sinilah menuntut kesabaran dan ketahanan mental yang lebih agar kami tak bermasam muka yang akhirnya akan merugikan kami sendiri. 


Jemuduk memenuhi lantai bot tempat kami memancing sambil derai tawa dan gurauan meriuhkan suasana masa itu. Ada juga kami nampak anak-anak ikan yang banyak melompat-lompat di permukaan air namun tidak seorang pun di antara kami mencuba teknik popping.



Perjalanan pulang kami ke Sandakan menempuh hujan renyai dan ombak sederhana.



Hasil kami semua. Menurut saudara Rodney, bukan selalu dapat hasil sebegini. Adakalanya jauh lebih banyak dan ada masanya jauh lebih sikit. Nama pun memancing. Bersyukurlah dengan apa yang diberi-Nya.



Rodney, selaku trip organizer.


Jason, suara dia yang paling riuh dalam bot.


Bakri, pemancing yang cool.


Ustaz Razali, agak lewat dapat ikan hari tu tapi berjaya memperolehi hasil yang agak lumayan.


Ini pulak ikan yang saya dapat dengan berat keseluruhan 11kg. Secara peribadi inilah rekod terbaik saya memancing menggunakan bot dari Yacht Club. Pernah terdetik dalam hati saya, jika saya gagal dalam trip ini, saya akan melupakan terus pancingan laut dalam menggunakan bot dari Yacht Club lantaran kos tambang yang tinggi untuk pemancing picisan seperti saya.

4 comments:

Puaka Anglerz Tribe said...

wow!!!
2 minggu makan nda habis ni...
tahniah!!!

-ipen-

alphakilo said...

banyak hasil owh.. hehehe.. bila nak minta tolong habiskan ni?

mayong said...

hehehe, tengkiu frens... boleh bah, mkn di kedai..

Gold Buyer said...

Salam bro ..

Aku baru balik dari Kretam .. 15/06 - 16/06/2013
Trip 2 hari satu malam ..

Trip kali ni adalah trip paling hampa dalam sejarahku ..

Balik dengan hanya 3 ekor ikan saiz bawah 1kg !

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...