Followers

Thursday, May 17, 2012

Renew Lesen Casting Haruan

Rasanya dah lama tak dapat haruan dengan teknik casting akibat kurangnya lubuk haruan yang mudah dikunjungi di Sandakan. Namun penemuan 'perkampungan haruan' secara tak sengaja oleh Wan dan kawannya, membuatkan saya betul-betul teruja untuk mencuba nasib. Maka program pun disusun supaya kami dapat mancing bersama.


Wan dengan haruan yang berjaya dicasting. Diceritakan pada hari sebelumnya, dia berjaya menaikkan haruan yang jauh lebih besar namun tak pulak ditimbang dan digambar sebagai kenangan.


Henry, adik kepada Wan yang masih bersekolah rendah pun selamba mendaratkan haruan yang lebih besar dari lengannya sendiri. Memang banyak kes terlepas. Terlucut, mata kail patah, tali putus dan snap swivel terkangkang mewarnai aktiviti kami petang tu. Oleh kerana kami percaya masih banyak haruan yang ada, kami hanya menggunakan teknik casting 100% walaupun kami teringin sangat nak pukat semua ikan dalam kolam tu. Hehehehe..


Herman dengan salah satu haruan yang berjaya dipancing. Kami berpendapat penggunaan hard lure dengan treble hook lebih berkesan berbanding spinner bait dan katak plastik single hook kerana haruan di sini pantas menyambar gewang dan bijak melepaskan diri.


Haruan yang berjaya di pancing pada hari pertama sebanyak 6 ekor. Saya pulang dengan tangan kosong dan kembali lagi pada hari kedua untuk menebus kehampaan. Sama macam hari sebelumnya, banyak sambaran demi sambaran dari haruan dan akhirnya saya dapat jugak.


Haruan kedua besar sikit dari haruan pertama dengan berat 660 gram sahaja. Rasanya banyak lagi yang besar-besar dalam kolam tu sedang menunggu dipancing.



Tanpa disangka-sangka Wan dapat ikan puyu dengan gewang mikronya. Sebelum itu salah satu dari treble hook gewang mikronya telah patah dikekah sang haruan yang pelahap.



Malangya kawasan ini adalah kawasan larangan, itupun dapat masuk dengan kebenaran khas pihak bertanggungjawab.

2 comments:

alphakilo said...

cari yang 3 kelo bro.. boleh dapat baju.. hehehe. err.. bila aku boleh masuk sana?

mayong said...

ada ka yg sampai 3kg? mancing di Papua New Guinea la baru ada kot yg 3 kilo

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...