Followers

Friday, December 30, 2011

Variasi Penghuni Parit Tepi Jalan

Sekian lama saya tidak memancing di tempat ini lantaran sibuk dengan aktiviti lain. Namun baru-baru ini saya mencuba di lubuk yang kami panggil 'Lubuk VOR'. VOR merujuk kepada antena lapangan terbang yang terletak tidak jauh dari situ. VOR yang bermaksud 'VHF Omni-Range' berfungsi sebagai alat navigasi yang memberikan panduan pada juruterbang di udara.

Tarikh : 28 Dis 2011
Target : Udang galah dan keli
Umpan : Cacing



Syok jugak mancing kat Lubuk VOR ni tambahan lagi lepas hujan. Kepelbagaian spesis yang mendiami parit ini menjadikannya tempat mancing kegemaran saya kalau tak ke laut. Tilapia, keli, tebal sisik, bulan, puyu, ketutu, haruan, malah sang sepit biru juga berkongsi habitat yang sama.


Hamsi dengan haruan. Masa ni hujan tengah turun makin lebat tapi kami teruskan mancing sebab ikan makin galak menjamah umpan.

Tiba-tiba sekor tilapia yang telah dipancing terlepas dalam lubang tepi parit. Sanggup turun dalam tu tangkap balik sebab saiznya yang boleh digoreng. Nasib baik dapat.



Kami pulang menjelang waktu maghrib dengan hasil keseluruhan 1.29kg. Namun udang galah dan keli masih belum berjaya didaratkan. Hasil dibahagi dua dan malam saya makan berlaukkan tilapia goreng taucu.

Tarikh : 29 Dis 2011
Target : Udang galah dan keli
Umpan : Cacing

Keesokkan harinya kami pegi lagi ke tempat yang sama untuk cari hasil sasaran. Hamsi mendapat bonus awal dengan ikan bulan panjang anggaran 10cm. Mungkinkah ada lagi ikan bulan atau tarpon yang lebih besar mendiami lubuk VOR ini?








Hasil pancingan hari ini sedikit lebih baik dari hari sebelumnya kerana ikan sasaran telah berjaya didaratkan. Lain-lain ikan tebal sisik, haruan, tilapia, puyu, ketutu dan ikan bulan sebagai bonus. Udang galah jugak yang belum naik. Cuma lupa nak timbang setibanya di rumah.

Malamya pulak saya makan berlaukkan sup ikan haruan. Betul-betul macam orang perempuan dalam pantang sesudah bersalin. Kalau ada masa terluang, pasti saya akan ke sana lagi. Begitulah istimewanya lubuk parit tepi jalan Sg Kayu di Sandakan ni yang dihuni pelbagai spesis air tawar.

5 comments:

Unknown said...

VHF Very High Frequency..hehe teringat dulu zaman persekolahan yg mana frequency ni sering digunakan dlm gelombang radio comunikasi/walky talky 144MHz (megahertz) keatas..apapun nice report dan akan cari juga lokasi tuh..hihi

mayong said...

kalau kita mancing guna 3 4 biji bot pun bwk walkie talkie ngam jugak kan?

Puaka Anglerz Tribe said...

keli kampung ka??? lama xjumpa keli kampung ni...

-ipen-

mayong said...

keli kampung tu pen. dia punya gelek tu yg buat aku rindu mancing keli tu. hehehehe...

second serve said...

Syabas! Memang bestla blog MSP ni. Jeles gak tengok gambar-gambar best memancing udang galah dan ikan. Aduuuuh Maggi udang galah....perrgh! Semoga geng pemancing di seluruh Malaysia terus akrab!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...