Followers

Tuesday, December 27, 2011

Trip Pemanas Badan Di Musim Tengkujuh

Tarikh : 24 Dis 2011
Target : Mancing laut (bottom) dan sungai (casting) 2D1N
Ahli : Arbakin, Andi, Lee dan Yazid

Kami sampai sekitar pukul 8 pagi di jeti Sg Beruang, namun setelah menunggu 3 jam hujan lebat tidak menampakkan tanda-tanda akan berhenti. SMS amaran ombak kuat dan angin kencang yang diterima merisaukan kami. Lantas kata putus dicapai, trip dibatalkan kerana kami lebih sayangkan nyawa dari tarikan ikan yang belum tentu ada. Try esok pulak, mana tau cuaca ok.



Tarikh : 25 Dis 2011
Target : Mancing sungai (Daytrip) dan mungkin laut kalau cuaca baik.
Ahli : Arbakin, Andi, Lee dan Yazid

Cuaca di cuti Hari Krismas seakan memberi peluang pada kami untuk mencuba nasib. Trip hari ini disasarkan untuk mancing udang galah. Satu pengalaman baru untuk Andi dan Lee yang lebih teruja untuk mancing laut sebenarnya.


Wajah riang Andi semasa bertolak dari jeti Sungai Beruang sementara Lee membelakangkan kamera bagi menyembunyikan rasa excited beliau.

Udang galah pertama Andi dalam hidupnya. Namun beliau mendakwa tidak rasa langsung getuan sang sepit biru tersebut. Mana taknya, set pancing yang digunakan tidak sesuai untuk layan udang galah. Tapi itulah satu-satunya udang galah yang berjaya dipancing dalam trip ini.


Cuaca dan keadaan air pada hari tersebut benar-benar mempengaruhi aktiviti mancing kami. Bosan dengan menjenggo, kami try pulak pasang pukat untuk cari umpan untuk pancingan dasar. Ada la ikan 4 ekor yang kami potong-potong untuk dibuat umpan. Akhirnya Lee dapat sekor kerapu pucat sebab banjir.

Dari pagi sampai petang kami sentiasa berhujan yang hanya berhenti sekejap-sekejap. Mungkin trip ni juga boleh dinamakan "Bersembang sambil mancing di musim tengkujuh". Hehehe...

4 comments:

mayong said...

takde 1 pun gambar aku pakai baju hujan baru rupanya. hehehehe...

alphakilo said...

time bro pakai baju ujan kan ujan tengah turun. pastu kamera mesti simpan dalam beg. hehehe.. gambar menyelusur terowong pun tiada amik juga..

mayong said...

betul la, jom pegi lagi! boleh rakam video lalu terowong

Anonymous said...

Baseball bat easily moved swimsuit for the purpose of $10, 000 towards Ufer, receiving him or her using phony together with defamatory feedback. https://imgur.com/a/2LJvwRp https://imgur.com/a/yBzst7S https://imgur.com/a/3vPOhtI https://imgur.com/a/OlcAdyA https://imgur.com/a/XFvG45X https://imgur.com/a/uKhnYje http://luo07ki8tc.dip.jp

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...