Followers

Tuesday, November 22, 2011

KARAN CASTING TAK TERANCANG..

Hari jumaat lepas, aku mendapat satu sms pertanyaan dari seorang rakan. Bertanya tentang situasi pancingan di Kg. Jawapan aku mudah. Air keruh sebab hujan lebat baru lepas menyiram. Itu pun aku jawab selepas aku tanya seorang rakan yang juga dari kampung Sg Beruang. Maklumlah, aku bukan selalu tengok sungai. Sabtu ahad saja aku berpeluang.


Pagi sabtu lepas, masih hujan renyai-renyai. Aku turun ke jeti menimba air bot yang hampir penuh satu bot. Aku tengok air sungai taklah keruh sangat. Hanya keruh-keruh air tebu. Maknanya dikawasan muara lagi jernih. Aku merancang untuk memukat ikan umpan disebelah petang nanti memandangkan masih ada kerja ditengahari.




Maka petangnya sekitar jam 4 petang, aku bergerak sendiri berbekalkan pukat hanyut bersaiz kecil dan sebatang joran viper venom putih berteman shimano bersaiz 3000. Hanya seketul gewang dibawa. Gewang rapala TDD9 fire tiger yang dah pecah ekornya menjadi taruhan lantaran tiada sebarang harapan untuk mendapat habuan dengan menggunakan gewang. Matlamat utama adalah ikan tipis yang bakal dijerat dengan pukat hanyut pada waktu maghrib nanti.




Tiba di lokasi, hari masih terlalu awal untuk memhanyutkan pukat. Aku lantas menuju ke lubuk troling. Ingin menggunakan masa yang ada untuk merenangkan gewang. Entah berapa kali sang TDD terbang menghampiri tebing dan berenang semula ke tepi bot. Saat niat untuk berpindah lubuk sudah terbit di hati, satu sergapan ganas menggugat kebosanan aku. Gewang yang berenang mengetuk batuan dasar ternyata menarik perhatian penghuninya. Sang ikan cukup lincah. Berpusing dibawah bot. Lepas di kiri beralih ke kanan pula. Hampir 5 minit juga la joran aku ditekan. Dalam hati sudah meneka ikan apa yang punya angkara. Benarlah, benaman sang KANAI masih belum dilupa lagi. Saat sang mangsa berjaya disauk, hati terasa kesal. Lantaran bukan niat merendam gewang sepenuh masa, kamera tidak tersenarai dalam barang yang perlu dibawa. Alangkah sedihnya, Rekod yang sukar diukir ternyata tidak dapat dirakam dilokasi.


Selepas kanai pertama didaratkan, niat untuk lontaran terakhir dibatalkan, sebaliknya gewang di lempar dengan lebih pantas. Ternyata masih ada pasangannya. Gewang rapala TDD 9 disergap kali kedua. Daya juang dan benaman yang hampir sama membuatkan hati ku semakin kesal. "Kanai lagi.. Kenapa lah aku nda bawa kamera tadi?" gumam ku sendiri. Kanai kedua tewas lagi. bersaiz hampir sama seperti yang pertama.. Selepas kanai kedua naik, aku berhenti melontar gewang, maghrib dah cukup hampir. Niat untuk menghanyut pukat sudah dipadam. Bot dihalakan menuju ke jeti. Lain di cari lain pulak di miliki.


Tiba di rumah, aku mengetik beberapa keping gambar sebagai kenangan. Dua ekor kanai dalam satu trip bukan la perkara biasa bagi aku. Lebih-lebih lagi dijerat dengan teknik casting. Memang sangat mengujakan.




Sang Kanai yang hanya dapat dirakam selepas berada di rumah.




Kanai pertama berskala 2.50 kilogram.

Kanai kedua bersaiz 2.40.


Apapun, aku mohon maaf andai gambar yang ada tidak memuaskan. Hanya gambar selepas ikan dibawa naik sahaja yang ada lantaran kamera tidak dibawa bersama. Aku tetap berharap suatu hari nanti akan ada rekod casting yang dirakam dilokasi pancingan bersama set dan gewang. Semoga sang kanai terus bertahan dari tekanan tinggi di Muara Gum-Gum...


5 comments:

mayong said...

Tahniah bro... sikit lagi nak hatrik tu, nasib baik bilal dah ketuk2 microfon. yeahh, semoga kanai terus survive dari pemburu kanai part time macam saya ni ha...

alphakilo said...

kanai.. tah mana yang bagaknya.. mungkin dah habis oleh pemburu kanai gaya nelayan. hehehe.. tengkiu bro..

Anonymous said...

tahniah bang :) patut la hati rasa terpanggil panggil je utk ke Sg.Beruang.hehehehe

alphakilo said...

tengkiu bro yie.. aku pun tiada plan casting tu. hanya sekadar membuang masa ja. nda sangka pulak ada habuan begitu.. hehehe

Anonymous said...

hehehe,rezki tak terduga :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...