Followers

Wednesday, July 13, 2011

LUBUK TAJAM LAGI....

Trip dirancang seawal lebih seminggu sebelum tiba masa. Dua rakan aku hubungi untuk dijadikan teman seperjuangan kerana aku tahu air pada 10 julai 2011 sangat sesuai untuk mengusik penghuni Lubuk Tajam. Malangnya kedua-dua rakan mereply sms menyatakan alasan sibuk dan tidak dapat turut serta dalam trip kali ni. Aku berkira-kira untuk berjuang sendiri namun trip bersama KDN pada sehari sebelum bakal menjadi ukuran perancangan trip aku pada hari ahad. Empat hari sebelum kejadian, adik aku bertanya ruang untuk dia dan rakannya berhibur dengan joran. Aku pantas menyambut. Ruang yang kosong diberikan pada mereka berdua. Jas (adik aku) dan Kay bakal mengetahui situasi pancingan Lubuk Tajam yang banyak menyimpan batu ladung dan mata kail para pemancing.
Pagi ahad, seawal jam 7 pagi, kami bergerak menuju muara Gum-Gum untuk mencari umpan. Puas juga la melilau hingga sampai ke Pantai Dandulit barulah stok udang hidup mencukupi.
Kami bergerak ke lokasi pancingan sekitar jam 11 pagi. Arus surut masih bergerak laju.
Tiba dilokasi, kami melabuh umpan udang hidup. Ada sapaan mesra dari sang penghuni tapi lantaran arus surut yang kuat, kami sukar mendaratkan mangsa. Hampir semua mangsa yang terjerat dengan mata kail berjaya menyelinap masuk ke sarang. Hanya beberapa ekor kerapu dan tabung yang berjaya didaratkan.

Antara ikan tabung yang berjaya di heret naik dari lubang lubuk. Ikan ini juga adalah tangkapan terbesar dalam trip ini.


Saiz kerapu yang biasa dinaikkan. Mungkin sebab kecil maka tak dapat la nak lari masuk sarang balik.Kay pun berjaya menghela tabung dari lubang Lubuk Tajam. Sementara aku pulak asyik kehilangan batu ladung dan mata kail. Mana tahan, sekali baling pancing, sekali ikat perambut.
Selepas beberapa jam kami berlabuh di Lubuk Tajam, kami beralih ke Pulau Baru dengan harapan akan bertembung dengan ikan utik perkasa yang aku dan KDN rasa sebelum ni. Malangnya kami didahului oleh dua buah bot panjang yang melabuh jaring di sekitar batuan Pulau Baru. Situasi itu akan mengundang kegelisahan sang penghuni lubuk dan pasti tiada yang sudi makan lagi. Kami tak tunggu lama terus berpindah ke muara. Lubuk di sekitar Sg Gum-Gum masih sesuai untuk diduga dengan umpan udang hidup.



Gerepoh pun turut serta berpesta di lubuk selunsung muara Gum-Gum.

Tabung la paling banyak didaratkan. Di lubuk terakhir ini, Jas paling banyak mendaratkan ikan tabung. Aku juga yang sunyi.


Banyak lagi ikan yang didaratkan oleh dua peserta ini tapi tidak difotokan. Aku cuma memerhatikan sahaja kemeriahan mereka mendaratkan ikan kerana aku tetap sunyi dari terjahan ikan yang mengusik umpan. Apa boleh buat. Memang begitu adat rezeki.



Satu-satunya ikan yang aku daratkan di Lubuk Tajam dan satu-satunya ikan yang berjaya ku hadiahkan pada KDN dalam trip ni. Entah kenapa, semua pagutan dan usikan sang ikan gagal ku daratkan. Mujur ada seekor kerapu yang menggugurkan label kumpau ku pada trip ni. Namun bagi aku, peserta lebih penting dari tangkapan aku kerana mereka jugalah yang menaja semua kos perjalanan trip ini. hehehehe.. apa pun, dua minggu lagi air bakal cantik walau pun tidak sehebat yang diharapkan. Kita tunggu... Andai ada peluang mengusik lubuk ikan, adalah cerita dinukilkan disini.....

8 comments:

mayong said...

kalau minggu ni lubuk apa yg ngam utk diduga?

alphakilo said...

pulau libaran ok kut. tapi kena sedia udang hidup la. kalaula nda sibuk. mau rasanya mencuba nasib.. heheheh

mayong said...

hehehehe... rasa mcm nak mancing la minggu ni. nanti try apply lesen dulu. boatman mana boleh lebih sudu dari kuah, kena la banyak perhati dari mancing. hehehe... dpt hadiahkan kerapu utk kdn pun dah cukup baik tu

alphakilo said...

hari ahad la kalau mau.. jalan masuk kg pun dah agak ok juga.. aku pun terfikir mau gi libaran mancing siang hujung minggu ni..

mayong said...

lesen dah approve tapi mcm kurang bernafsu la saya nak pegi minggu ni sbb warna putih... apa pendapat bro?

alphakilo said...

pendapat aku? terserah.. hehehe bila lagi mau test warna putih?? mana la tau sebab data kita bukan 100% tepat. itu cuma anggaran. yang penting persediaan ditahap puas hati.. rezeki tu Allah tentukan. tapi dari bro ja ba tu. aku tiada masalah juga tu. hehehehe

mayong said...

jom kita try... dah dpt lesen syg pulak tak pegi

Unknown said...

..ehm..ehm..sini free mau di kasi sibuk,amacam?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...