Followers

Sunday, May 15, 2011

MASIH ADA KAH KANAI SUNGAI BERUANG?

Jarang benar aku luangkan masa dijeti sebelum bergerak dalam mana-mana trip yang aku lalui, hanya untuk menyiapkan perambut. Persediaan sebegitu sebenarnya boleh dilakukan di bot tapi kali ini, buruan kami bukanlah sebarangan ikan. Menggunakan peralatan kelas ringan bukan pilihan tapi hanya itu yang termampu. Lantaran itu, persiapan ditahap kemahiran perlu dititik beratkan. Ikatan perambut perlu diambil perhatian. Kami sering terdengar kes gewang pecah, tali meletup, drag tak berfungsi, joran kecundang, pemancing menggeletar dan banyak lagi tanda-tanda ketewasan pemancing yang ingin bertarik tali dengan samseng muara ini.

KANAI, TEMBARING, PANTAHAN, BORNEO BLACKBASS. Antara beberapa nama yang diberi untuk samseng ini. Di sini, aku suka menggunakan nama Kanai untuk ikan ini. Selama hampir dua tahun tiada khabar kedengaran kanai didaratkan dengan apa cara sekali pun di Sg Beruang. Hingga ada yang bertanya, 'masih ada kanai ka di kampung'? Namun berbeza pada tahun ini, ada beberapa kes kanai dijerat dengan pancing dasar hanya dari jeti! Malah, skala 13.5 kilo didaratkan dengan rawai juga kedengaran dari perbualan aku bersama rakan nelayan.




Antara kanai yang pernah tertewas oleh kaki pancing sebelum ini. Ini hanya bersaiz baby tapi cukup untuk merenjat adrenalin kita hingga ada yang terketar-ketar.


Lantaran inginkan pengalaman bertegur sapa dengan samseng muara ini, aku (Alphakilo), Mayong, Rosmady dan Nazri berhimpun di jeti pada hari yang dijanjikan. Aku meminta sedikit masa untuk menyiapkan perambut agar kesilapan kerana kecuaian tidak berlaku. Dengan senang hati, rakan lain mempersilakan sambil memerhati.


Selesai persiapan terakhir tersebut, kami bertolak. Air sudah hampir pasang maksimun. Tidak sesuai untuk aktiviti casting. Aku mencadangkan agar kami memulakan sesi pancingan dengan teknik trolling. Baru beberapa minit gewang berenang jauh di belakang bot, satu sambaran ringan merenjat. Pantas Nazri membalas sentap.

Alu-alu kecil berjaya ditawan. Satu permulaan yang baik. Tuan punya alu-alu sirip hitam enggan berposing bersama hasil pertamanya. Mungkin sebab ikan tersebut bukan ikan sasaran. 'Tunggu ada kanai', jawabnya ketika diminta bergambar dengan ikan.

Selepas alu-alu sirip hitam didaratkan, ada beberapa sambaran lagi menyusul tapi berakhir dengan kemenangan ikan. Pergerakan kami diteruskan sehingga tengahari. Casting cuba dipraktikkan di tempat-tempat yang cantik tapi tiada sapaan. Aku mencadangkan kami berehat ditepi sungai yang teduh untuk menikmati bekalan makanan masing-masing.

'arus surut masih kuat ni. Belum sesuai menunda gewang lagi' aku bersuara.

Yang lain turut bersetuju. Sebenarnya selain kami ada 4 bot lagi menjelajah sistem muara Sg Beruang dengan niat yang sama. Antara tekong yang terlibat adalah Sunal, Jas, Atong dan Din. Walaubagaimana pun bot kami adalah yang 100% menggunakan gewang.


Selepas berehat, kami memulakan tundaan sesi petang. Dengan kondisi arus yang semakin perlahan dan air yang cetek, aku percaya, gewang akan mudah melintasi kawasan jajahan sang kanai. Bila bot kami melintasi satu spot yang aku gemari, joran Rosmady melentur, manakala kekili aernoss aku pulak menjerit. Enjin dihentikan. Aku meminta dua pemancing lain lagi mengarau gewang mereka. Dua pancing bertegang urat dengan momentom bot yang dipacu perlahan oleh enjin 15 HP, lantaran gewang tersangkut dibatuan dasar. Tiba-tiba Mayong bersuara, 'Eh cam ada ikan lah pancing aku. Eh.. ikan!!' aksi sang ikan dilayan dengan agak terkejut. Mangsa merentap gewang ketika Mayong mengarau perlahan pancingnya. Mangsa berjaya didaratkan....


Kanai pertama Mayong tahun ini dan kanai keduanya dilubuk yang sama. Senyuman lebar bila berjaya renew lesen kanai. Mungkin bagi sesetengah pemancing, kanai tersebut kecil sahaja tapi itu bukan persoalannya. Kanai adalah antara ikan yang sukar dicari. Tahniah Mayong..


Selain dari nama-nama tekong yang disebutkan diatas, ada juga bot lain yang mencuba nasib. Tekong dalam gambar di atas kami gelar sebagai Kanai Master lantaran menewaskan tidak kurang dari 5 ekor kanai dalam tempoh 3 hari!


Bila berselisih dengan bot Sunal, aku bertanya kabar. Sunal dengan pantas merapati kami dan terus memperlihatkan hasil yang mereka perolehi. Seekor kanai bersaiz mencabar dan seronok ditentang sudah ditawan. Kami rasa teruja dan jeles.



Lihatlah aksi Sunal ketika diminta posing dengan kanainya. Menariknya, gewang yang menjerat kanai ini dan kanai Mayong bukan lah halco tapi hanya hinomiya. Entah apa kelebihan gewang cap ayam tersebut.



Sesi petang diteruskan demi memburu ikan impian bersaiz mencabar. Takkan nak naik curut ja. Sesekali nak juga melihat kepala lutut rakan terketar-ketar dihenjut kanai perkasa..


Gambar ni no komen lah. Malas nak cakap dah sebab aku dah la langsung tak kena sambar, gewang putus pulak tu sangkut. Pedih mata sendiri lah tengok aksi rakan-rakan.. hehehe..



Aksi terakhir Rosemady pada lewat petang. Drag kekili terus tertekan melayan pecutan gila dari hujung tali. Kemuncak pertarungan ini menyaksikan ketewasan sang pemancing. Ditambah lagi malang bila ianya satu ketewasan yang merugikan lantaran gewang halco sorcerer istimewa beliau menjadi korban. Maka tamat lah sesi troling sepanjang hari kami pada trip tersebut. Kami tiba di jeti kira-kira jam 5 setengah petang.

10 comments:

alphakilo said...

err.. aku kumpau dan hilang sebiji gewang.. huhuhuhu....

mayong said...

ipen kata kumpau itu indah

mayong said...

sunal tu boleh la dipanggil kanaiboy... pasal dia takde lembu nak dipanggil cowboy

alphakilo said...

memang kanaiboy la tu.. pasal rekod tangkapan terbesar guna gewang masih dia pegang dari tahun2006. skala 8 kilo.. kanai master pun tiada rekod gitu. hanya jumlah ja dia menang..

Anonymous said...

waaaaa... pesta kanai di mana ni ? sungai beruang? ermm pelik sket nama sungai ni, tp xkisah la, janji kanaiiii... hehehehe

-anonymous yg sgt anonymous hehehe...

mayong said...

hai anonymous.... hehehehehe...

Anonymous said...

hai gak la mayong, jgn risau sy ni anonymous yg baik, yg singgah melihat gambar2 kemeriahan kanai di sg berwang ni... terima kasih hai sy hehehehe...

-anonymous yg sgt anonymous hehehe...

Anonymous said...

cayalah tuan tanah :) artikel yg sangat menarik. harapnya musim kanai masih ada di waktu saya dapat mula memancing balik.hehehehe.

mayong said...

banyak lagi masa tu wahai bakal pengantin baru, nanti pegi la dgn bro AK, dia pun nak renew lesen kanai mega tu... aku dpt renew lesen kanai remaja jer tu

alphakilo said...

rilek yie.. hehehe takkan lari kanai di muara. kang 3 hari lepas majlis kita gi pintasan 3 hari 2 malam. amacam? hehehe... dengar-dengar kat sana banyak kanai juga.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...